Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, October 19, 2012

HARAP ZAINI HASSAN (Utusan) TAK CEPAT BUAT PERSEPSI SENDIRI TENTANG UMNO KEDAH...

Saya ada membaca tulisan Datuk Zaini Hassan di ruangan Cuit Sikit di portal online Utusan Malaysia mengenai krisis PAS Vs KCS yang sedang hangat berlaku di Kedah. Klik di link yang bergaris tu untuk membaca tulisan Datuk Zaini...

Memang tepat tulisannya. PAS kini secara tidak langsung telah mengisytiharkan "perang" terhadap sebuah institusi berusia ratusan tahun yang bernaung secara terus di bawah DYMM Sultan Kedah sejak sekian lama.

Dalam KCS memang ada yang berpihak kepada BN, tapi depa tak tunjuk pun sokongan depa dan depa buat kerja dengan penuh prinsip profesional. Kalau tak percaya, sila tanya MB Kedah sendiri.

Lagipun, Azizan sebelum ini rapat dengan beberapa KCS yang pro-UMNO, dan atas hubungan baik itu, KCS pro-UMNO ni sangat hormat pada Azizan. Atas rasa hormat itu juga mereka meneruskan tugas dengan profesional tanpa memilih parti (walaupun depa boleh buat lagu tu..).

Tapi, dalam KCS ni pun ramai jugak yang sokong PAS! Dulu masa BN tadbir Kedah, depa terpaksa diam saja dan suka mengutuk di belakang. Tapi bila PAS take over Kedah, KCS pro-PAS ni mula "besar kepala"..!!!

Contohnya Ahmad Fisol tu laaa. Dia tu kalau tanya KCS mana pun, depa akan kata Fisol tu orang PAS totok! Heh! Problemnya sekarang ni ialah bila Fisol bertindak tidak profesional dengan mencampur aduk urusan eksekutif negeri dengan sentimen politik!

Dan hanya kerana sentimen politik itu la jugak dia cari pasal dengan Datuk Rasli. Habis dia keras puak-puak PAS Kubang Pasu untuk serang SUK tu hanya kerana dia kena tukar ke Kota Kuala Muda. Heh! Padahal, tukar daerah berkerja tu memang biasa dalam amalan KCS sebelum ni...

Mengada-ngada, kan?

Cuma, dalam tulisan Datuk Zaini tu, ada part yang aku tak berapa setuju pada perenggan akhir sekali.

Tulis Datuk Zaini...
Bagi UMNO negeri pula, mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!
Pada saya la Datuk, dari tulisan Datuk ni seolah-olah UMNO Kedah tu "tidur" dan tak sokong KCS dalam konflik PAS vs KCS ni. Dan Datuk juga suruh UMNO Kedah sokong KCS..kan?

Untuk pengetahuan Datuk, UMNO Kedah pada pengamatan saya dah tak tidur dah. Depa dah lama jaga dari "tidur".

Setahu saya, UMNO Kedah memang sokong KCS. Tapi, takkan la depa nak tunjuk sangat yang depa sokong KCS? UMNO Kedah sokong KCS atas dasar profesional di mana KCS pernah bersama-sama UMNO Kedah memacu pembangunan di negeri itu.

Kalau UMNO Kedah sokong KCS secara terbuka, ini membawa maksud bahawa UMNO mengajar KCS untuk memasukkan sentimen politik di dalam institusi itu sedangkan ia sepatutnya bersifat adil dan "neutral". 

Kalau UMNO Kedah tunjuk sokongan pada KCS, maka puak-puak PAS yang bodoh "mengheput" tu akan berpeluang menuduh KCS didalangi UMNO, kan? Tak ke sokongan itu akan membawa rebah kepada UMNO Kedah dan KCS sendiri?

Datuk Zaini, saya fikir mungkin Datuk dapat cerita dari satu atau dua source sahaja dan mungkin disebabkan tidak berada di Kedah untuk mengikuti keadaan sebenar yang berlaku menyebabkan Datuk membaut persepsi sendiri.

Jadi, saya memohon jasa baik Datuk untuk mendapatkan gambaran sebenar secara menyeluruh mengenai situasi terkini di Kedah sebelum menulis sesuatu isu. Saya tak pertikai sumber Datuk, cuma saya meminta Datuk supaya tidak cepat membuat persepsi sendiri.

Maafkan saya kalau Datuk marah atau tersinggung dengan tulisan saya. Namun rasanya saya wajar menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Kedah. Cuma, tak semua saya boleh dedahkan di sini sebab saya terpaksa simpan untuk dijadikan "bom" untuk PAS pada PRU 13 nanti..heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!