Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 18, 2012

GEMPARRR..!!! BUKTI PAS DAH BORING GILER KAT POK NIK AJISSS..!!!

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan “baton” yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan “baton” ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika “baton” yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan “fatwa sesat” Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap “orang tua” itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan “buat-buat bodoh” serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya “tiket ke syurga” miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong “Nabi PAS” itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!