Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, October 2, 2012

FUZIAH TORON GADUH DENGAN KHALID GAGAP..SIAPA MENANG?

Langat 2

Agak melucukan untuk melihat reaksi dua orang pemimpin politik dari parti yang sama bertelagah sesama sendiri mengenai projek bekalan air bersih dari negeri Pahang yang sepatutnya disalurkan ke loji Langat 2 di negeri Selangor yang semakin hangat diperkatakan kini.

Segalanya berpunca apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat sengaja “mencucuk jarum” mengusik dengan memberi amaran untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor jika Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor bersikap “jual mahal”.

Menurut kenyataan yang dibuat baru-baru ini, Menteri Besar Pahang itu berkata bahawa sekiranya kerajaan pimpinan Khalid “Gagap” di Selangor itu masih terus enggan melepaskan ego politiknya demi kepentingan rakyat, beliau tidak teragak-agak membatalkan projek berkenaan.

Khalid sebelum ini berdolak-dalik dan memberikan pelbagai alasan untuk menggagalkan projek pembinaan loji Langat 2 yang sepatutnya dijadualkan bermula pada dua tahun lepas.

Menteri Besar Selangor itu mahu menyelesaikan terlebih dahulu penstrukturan semula air di Selangor dan mempersoalkan tender pembinaan loji tersebut yang kononnya akan diberikan kepada kroni pemimpin UMNO/BN.

Mendengar amaran dari Menteri Besar Pahang yang mahu membatalkan perjanjian menyalurkan air Pahang ke Selangor itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba-tiba “naik angin” dan marah-marah menyatakan bahawa negeri Pahang akan rugi besar sekiranya projek berkenaan tidak diteruskan.

Kata Fuziah,  tindakan Kerajaan Pahang itu akan menyebabkan kerajaan negeri itu bakal kehilangan sehingga RM60 juta dan akan menyebabkan rakyat Selangor sengsara akibat krisis air bersih yang berterusan.

Melihat senario ini, saya ketawa besar melihat sikap kedua pemimpin PKR di Pahang dan Selangor yang jelas tidak sependapat dalam isu penyaliran air dari Pahan ke Selangor dan pembinaan loji Langat 2.

Fuziah di Pahang mahukan projek berkenaan diteruskan tanpa sebarang masalah, manakala Khalid “Gagap” dan konco-konconya di Selangor tidak mahu projek berkenaan diteruskan sebelum penstrukturan semula industri air dilaksanakan.

Perselisihan pendapat di antara kedua pemimpin PKR itu sangat memalukan. Macam budak-budak tak cukup akal yang bertelagah tentang suatu isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah!

Cuba lihat bagaimana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba menyelesaikan masalah tersebut. Tindakan dan kenyataan yang beliau utarakan bagi menyelesaikan krisis air di Selangor itu begitu konsisten serta komited untuk memastikan kepentingan rakyat terbela.

Dalam apa jua perkara pun, Muhyiddin begitu fokus terhadap tujuan asal projek berkenaan iaitu loji Langat 2 perlu dibina bagi memastikan rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak mengalami krisis air yang dijangka berulang sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu.

Atas nama mendahulukan rakyat, Muhyiddin berikrar untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 meskipun beliau sedar bahawa tindakan tersebut bakal mengundang surat saman dari Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor.

Jika Khalid takut tender pembinaan loji itu diberikan kepada kroni pemimpin BN secara “direct nego”, Muhyiddin segera mengiystiharkan bahawa tender projek tersebut ditawarkan secara terbuka kepada para kontraktor yang layak.

Malah lebih mengusik hati, Muhyiddin turut mempelawa mana-mana kroni para pemimpin Pakatan Haram Selangor untuk memohon tender tersebut tanpa sebarang prejudis!

Bila Khalid berdolak-dalik dan mahu bertemu denga Timbalan Perdana Menteri itu untuk berbincang tentang penstrukturan semula air di Selangor, Muhyiddin selamba memberikan lampu hijau kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu untuk membeli semua syarikat konsesi air di negeri tersebut.

Lebih menarik, memandangkan Khalid beriya-iya mahu bertemu, Muhyiddin menyatakan pula kesanggupannya untuk berbincang mengenai masalah tersebut.

Apa yang perlu dicontohi oleh Khalid, Fuziah dan para pemimpin pembangkang dalam usaha Muhyiddin itu, segala usaha dan komitmen yang diberikan beliau itu adalah berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat serta memastikan rakyat tidak hidup susah tanpa bekalan air bersih.

Percakaran di antara Fuziah dan Khalid dalam hal ini tidak akan menyelesaikan masalah. Tetapi, resepi terbaik yang dipamerkan Timbalan Perdana Menteri itu benar-benar memperlihatkan kesungguhannya mengatasi masalah rakyat.

Justeru itu, dari senario ini juga kita dapat lihat sikap, kecenderungan dan ketidakmatangan para pemimpin Pakatan Haram yang begitu sebok dengan agenda politik mereka sedangkan rakyat sendiri diancam masalah yang tidak sepatutnya berlaku di negeri paling maju di Malaysia itu.

Kata kuncinya, mudah. Bina loji Langat 2 sekarang, masalah krisis bekalan air bersih di Selangor akan selesai dan kerajaan negeri Pahang pula akan untung sebanyak RM60 juta.

Dan jika Khalid cukup duit untuk beli semua syarikat konsesi air di Selangor, kerana ia tidak ada kena mengena langsung dengan pembinaan loji Langat 2 itu. Buatlah “bapak” penstrukturan semula air sekalipun, tapi Langat 2 perlu bermula sekarang demi kesejahteraan hidup rakyat Selangor!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!