Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 20, 2012

BILA POK NIK NAK SURUH RED WARRIORS TUTUP AURAT..?

red warriors

Tahniah saya ucapkan kepada rakyat dan pasukan bola sepak negeri Kelantan kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung hari ini, 20 Oktober, di Stadium Melawati Shah Alam.

Dek kerana kegembiraan terlampau, Kerajaan PAS Negeri Kelantan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan cuti umum di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada hari Ahad ini.

Pun begitu, Nik Aziz sempat berpesan kepada umat Islam yang mahu menonton perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu agar menunaikan solat terlebih dahulu sebelum menonton perlawanan tersebut.

Namun saya tertanya-tanya, kenapa Nik Aziz tidak nasihatkan atau mewajibkan para pemain bola sepak yang mewakili negeri Serambi Mekah itu untuk memakai seluar panjang yang menutup aurat pada setiap perlawanan mereka?

Sekiranya dirujuk kepada skuad bola sepak negeri Kelantan, rasanya hampir semua dari mereka merupakan penganut agama Islam yang sudah akil, baligh, mukallaf dan wajib mengamalkan hukum hakam Islam.

Apatah lagi negeri Kelantan selama lebih 22 tahun kononnya telah dipimpin oleh seorang pemimpin spiritual yang begitu warak, hebat ilmu agamanya dan sangat menjaga auratnya sebagai muslim!

Bukankah sebagai pemain bola sepak Kelantan, mereka juga merupakan rakyat Nik Aziz di mana Menteri Besar itu berkuasa penuh untuk meletakkan syarat sedemikian?

Sebelum ini, puak-puak PAS sering mempersoalkan penampilan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan tidak menutup aurat kerana tidak bertudung dan apakah hukum aurat itu jatuh kepada golongan wanita sahaja?

Padahal, lelaki juga tertakluk kepada hukum menutup aurat di mana menurut mazhab Shafie, lelaki diwajibkan menutup aurat dari paras pusat ke bawah sehingga ke paras lutut!

Jadi, apakah Mursyidul Am PAS itu sengaja melepaskan tanggungjawabnya dengan mewajibkan skuad Red Warriors untuk mengenakan seluar panjang atau sekurang-kurangnya melepasi paras lutut bagi tujuan menjaga aurat?

Kalau orang UMNO, puak-puak PAS begitu lancang menegur tanpa berfikir cara yang berkhikmah untuk menegur.

Tapi bila terkena batang hidung sendiri, mereka seolah-olah buat-buat lupa dan menutup sebelah mata. Mazhab Islam mana yang mereka ikut?

Saya berpendapat bahawa sekiranya benar Nik Aziz merupakan seorang pemimpin Islam yang adil, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah mewajibkan setiap muslim yang mewakili skuad bola sepak Kelantan untuk menutup aurat, bukan?

Tapi sehingga dia hampir “expired” (padahal memang sudah “expired” pun!), skuad bola sepak Kelantan masih lagi tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat mereka untuk tatapan muslimah di negara ini.

Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan dosa percuma kepada mereka yang menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan negeri pimpinan Nik Aziz, bukan?


Sebelum ini Nik Aziz sebok menumpang “glamour” penjaga gawang gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, yang digilai oleh ramai gadis-gadis di seluruh negara dengan menghadiahkan kepada pemain bola itu pelbagai hadiah lumayan.

Tidakkah terlintas di hati Nik Aziz untuk menghadiahkan hidayah kepada Apek untuk menutup auratnya sebagaimana yang ditetapkan oleh ajaran Rasulullah SAW?

Nampaknya Nik Aziz sendiri terlupa tanggungjawabnya. Nasihat saya, memandangkan Nik Aziz selalu uzur keluar masuk hospital dan belum lagi meninggal dunia, tolong pastikan skuad bola sepak Kelantan menutup aurat!

Takkanlah perkara semudah itu pun Nik Aziz tak boleh buat, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Pok Nick sudah maafkan pemain yg tak tutup aurat. Pok Nick ada kuasa untuk memaafkan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!