Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 24, 2012

AZIZAN TAKUT KE MAHKAMAH, PI STADIUM KAT SEBELAH BOLEH PULAKKK..!!!

madrasah salihiyyah

Semalam telah berlaku sesuatu yang membuktikan betapa PAS mengamalkan “undang-undang rimba” ekoran sikap Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang jelas tidak menghormati undang-undang serta Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Azizan Razak yang sepatutnya hadir di mahkamah semalam bagi menjawab pertuduhan tersebut setelah dengan bongkaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Negeri untuk menukar nama geran tanah wakaf Madrasah Salihiyyah di Kancut, Alor Setar, sebelum ini.

Padahal, pada Mei lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun telah menetapkan injunksi interim terhadap madrasah yang berusia lebih 100 tahun itu di mana ia tidak boleh “diusik”, dipindah milik atau diubah statusnya sama sekali.

Namun pada 5 Jun kemudiannya, Azizan yang memikirkan kuasa Menteri Besar yang ada padanya itu lebih besar dari kuasa mahkamah telah mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk menukar status tanah tersebut menjadi milik Syarikat Great Realty Development Sdn Bhd, milik Sonny Ho.

Azizan mungkin berpendapat bahawa tanah wakaf itu lebih baik diserahkan selama-lamanya kepada ahli perniagaan yang banyak menolong DAP di Pulau Pinang itu dari mempertahankan simbol terawal kehadiran Islam di bumi Jelapang Padi itu.

Justeru itu, Majlis Bertindak Madrasah Salihiyyah telah memfailkan kes atas dakwaan menghina keputusan injunksi interim mahkamah itu dan mendesak supaya pertukaran status Tanah Wakaf tersebut tidak sah dari sudut perundangan.

Mengenepikan undang-undang yang melarangnya berbuat demikian, Azizan sekali lagi bertindak secara tidak bertamadun apabila mengarah Pejabat Tanah Negeri yang diketuai oleh kroni PAS di situ untuk memfailkan Afidavit Sokongan terhadap tindakan melampaunya itu pada 26 Ogos lalu.

Dia fikir, dengan Afidavit Sokongan itu, mahkamah akan mewajarkan tindakannya menggadai maruah tanah wakaf orang Islam itu kepada puak kuffar yang mementingkan keuntungan duniawi semata-mata.

Mungkin kerana itulah juga, dia begitu bongkak untuk tidak hadir ke mahkamah semalam bagi mendengar pertuduhan kes yang melibatkan kezaliman dirinya itu.

Bersangka baik, mungkin ramai yang mengandaikan bahawa Azizan tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan yang dialaminya.

Namun jangkaan itu jelas meleset apabila Azizan dan konco-konconya dilihat masuk ke perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti yang terletak kira-kira 200 meter sahaja dari mahkamah tinggi tersebut!

Dia ke stadium itu bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tak tahulah Azizan guna wang sendiri atau wang rakyat untuk membeli lembu-lembu korban itu…

Namun pokok pangkalnya, Azizan mampu hadir ke stadium tersebut bagi menunjukkan dirinya sangat baik hati, tapi nampaknya dia tidak berani “tunjuk batang hidung” di mahkamah dan berdepan dengan kezaliman dirinya terhadap rakyat!

Apakah tindakan dan perlakuan Azizan itu menunjukkan “dia buat kerja cara Islam” sebagaimana yang dia tengking wartawan tempohari?

Nampaknya Azizan fikir dia lebih berkuasa dari undang-undang. Dia fikir dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu, dia boleh berbuat apa saja tanpa sekatan perundangan dan menzalimi umat Islam di Kedah.

Saya tidak tahu Menteri Besar jenis apakah Azizan ini, namun saya yakin bahawa dialah Menteri Besar Kedah yang pertama yang begitu bongkak, kurang ajar, biadap dan paling sombong untuk berhadapan dengan permasalahan rakyat.

Dan tidak hairanlah dengan sikap “tidak buat kerja cara Islam” begini, ramai puak-puak PAS Kedah yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Kedah yang sering sakit ini dari kerusi empuk di Wisma Darulaman!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!