Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 25, 2012

AZIZAN KATA DIA TAK PERANG, TAPI HANTAR ORANG SERANG KCS..!!!

KCS

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini menafikan bahawa pihaknya “berperang” dengan Kedah Civil Servant (KCS), sebuah badan eksekutif Kerajaan Negeri Kedah yang bernaung di bawah DYMM Sultan Kedah.

Dalam kenyataannya, Azizan mendakwa kononnya dia tidak pernah berperang dengan KCS dan menafikan sebuah artikel di akhbar Utusan Malaysia mengenai apa yang sedang hangat berlaku di dalam pertadbiran kerajaan negeri tersebut.

Kononnya lagi, para pemimpin PAS Kedah yang kini memerintah negeri itu tidak pernah mencampuri urusan kerja KCS dan menghormati institusi tersebut yang telah memberi khidmat kepada rakyat negeri itu sejak lebih seratus tahun.

Itu kata “General PAS”, Azizan Razak.

Tapi, saya difahamkan bahawa pada 1 November ini, Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik secara lantikan politik akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi menuntut Datuk Rasli Basir untuk meletak jawatan pada 1 November ini.
Siapa Datuk Rasli ini?

Datuk Rasli Basir adalah seorang “General KCS” yang kini memegang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, yang baru-baru ini telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya oleh DYMM Sultan Kedah selama setahun.

Dalam ertikata lain, jika Azizan merupakan “General PAS”, maka Datuk Rasli pula adalah “General KCS”.

Persoalannya, apakah dengan tindakan Ahli-Ahli Majlis yang boleh dikatakan hampir semuanya puak-puak PAS itu menyerang “General KCS” menunjukkan bahawa PAS Kedah tidak “berperang” dengan KCS?

Secara rasionalnya, Ahli-Ahli Majlis PAS itu semuanya terletak di dalam bidang kuasa Azizan Razak sebagai “General” di mana dia berkuasa untuk menghalang atau mengarahkan mana-mana orang bawahnya untuk menyerang mana-mana pihak.

Dalam hal ini, jelas menunjukkan juga bahawa Azizan mempunyai kuasa untuk menghalang serangan yang bakal dilakukan oleh orang-orangnya terhadap Datuk Rasli.

Tapi, mengapa dia tidak menghalang tindakan tersebut dilakukan kepada “boss” KCS tersebut? Apakah Azizan Razak dalam diam merestui tindakan yang dilakukan oleh “askar-askar”nya terhadap Datuk Rasli?

Untuk membuktikan Azizan ikhlas dan berkata benar bahawa dia tidak berperang dengan KCS, dia sepatutnya melarang Ahli-Ahli Majlisnya untuk berdemo menyerang peribadi seorang anggota KCS yang bernaung di bawah DYMM Sultan.

Apatah lagi demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan Wisma Darulaman yang juga merupakan pejabat Azizan Razak. Jadi, takkanlah Azizan tak boleh menghalang “askar-askar”nya itu dari melancarkan “perang” terhadap “boss KCS”?

Selain itu, media-media internet dan blog pro-PAS di Kedah turut melancarkan serangan terhadap beberapa orang anggota KCS, termasuk Datuk Rasli, dan saya dimaklumkan bahawa serangan-serangan tersebut dirancang teliti oleh sekumpulan “cybertroopers” PAS Kedah.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah itu, apakah dia merestui segala serangan yang dilancarkan kepada KCS dan Datuk Rasli Basir?

Jawapan dengan mendiamkan diri dan menafikan serangan dari PAS Kedah terhadap KCS adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal memandangkan apa yang berlaku di Kedah sekarang adalah bertentangan dengan kata-kata Azizan Razak itu.

Apakah Azizan kini bersifat “lidah bercabang”? Katanya tidak berperang dengan KCS, tapi dalam diam Azizan merestui dan menghantar “askar-askar upahan”nya untuk menyerang Datuk Rasli dan KCS!

Kalau betul berperang dengan KCS, mengaku sajalah! Kalau betul pun PAS berperang dengan KCS, apa salahnya mengaku hakikat yang tak dapat disembunyikan itu, kan? Lagipun satu Malaysia sudah tahu apa yang berlaku di Kedah…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

cerita kcs ini.
2x5=5x2
serupa saja.

non ulu sik said...

oooooooi.
pak lebai pas dok ceramah rata tempat kata kedah dapat pujian dari odit negara.

punyalah paklebai kaki bohong.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!