Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 18, 2012

Airmata Rohingya Di Rakhine Tidak Mustahil Tumpah Di Malaysia Jika...

mykmu4

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negara berbilang agama, bangsa, kaum, etnik, budaya serta keturunan seperti Malaysia, dan sesungguhnya saya bersyukur atas kurniaan Allah kerana dilahirkan di negara yang makmur, aman dan membangun ini.

Sebenarnya, saya bernasib baik kerana berpeluang untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia yang membawa bantuan seberat 580 tan berisi keperluan harian, ubat-ubatan dan sebagainya ke wilayah bergolak di Rakhine.

Alhamdulillah, satu-satunya misi yang terbesar yang dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan dari kerajaan Myanmar itu berjaya dilaksanakan dan segala amanah yang dibawa dari negara ini berjaya disampaikan kepada masyarakat Islam di sana.

Melihat kemiskinan, perintah berkurung, serangan penyakit dan yang paling utama sekali, tiada lagi erti keharmonian di negara itu menjadikan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang begitu berjaya mentadbir Malaysia sehingga kini.

Saya dan rakan-rakan media yang lain tidak dapat menahan airmata melihat kesengsaraan akibat konflik agama dan krisis perkauman yang berlaku di wilayah itu disebabkan kurangnya semangat perpaduan di sana.


Mereka juga sama seperti Malaysia, mempunyai beberapa kaum, etnik dan merupakan penganut agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya, namun kerana kurangnya perpaduan, mereka bertelagah, bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.

Berpuluh masjid, kuil dan ratusan rumah dibakar setiap minggu akibat pertelingkahan yang begitu sukar untuk “disembuhkan” itu mengakibatkan ramai masyarakatnya terpaksa tinggal di dalam kedhaifan di kem-kem perlindungan sementara di sana.

Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air besih, tidur di atas tikar buluh, tinggal di rumah panjang seperti kandang kambing, hanya bertandaskan pondok kecil tanpa sistem kumbahan yang baik dan kekurangan makanan, itulah kehidupan saudara-saudara seagama kita di sana sejak Jun lalu.

Paling teruk, seorang makcik tua terpaksa merengkok di pondok buluh tersebut tidak mampu bergerak dan terpaksa menahan sakit sekian lama akibat tiada khidmat perubatan yang sempurna setelah dia dibaling batu oleh pihak pelampau yang bertelagah.

Mendengar keluhan dan tangisannya, ia mampu merentap jiwa setiap insan yang berhati manusia dan hanya binatang sahaja yang tidak berperi kemanusiaan saja yang tidak pilu melihat penderitaan makcik tersebut.


Itu baru satu contoh yang saya berikan dan bayangkan kami terpaksa berdepan dengan puluhan ribu lagi saudara-saudara seagama yang senasib dengannya.

Seorang wanita, Saidatul Niza Abu Sayaf, 25, kini terpaksa tinggal bersama suami dan seorang anaknya setelah 11 anggota keluarganya dibunuh secara kejam oleh puak-puak pelampau Buddha, termasuk kedua ibu bapanya, dua orang anaknya yang berusia 4 dan 5 tahun.


Peliknya, misi kami ini langsung tidak disertai oleh media-media pro-pembangkang seperti Harakah, Malaysiakini, Malaysia Insider dan Suara Keadilan sedangkan penyertaannya dibuka kepada semua media yang berminat.

Kalau mereka bersama kami di misi itu, saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia dan berterima kasih kepada Kerajaan UMNO/BN yang begitu baik hati dan cemerlang mentadbir negara ini meskipun terpaksa berhadapan dengan bajingan-bajingan seperti mereka.

Terlintas juga dibenak saya untuk mencabar Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Rafizi Ramli untuk bersama Lim Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua, Eli Wong dan Teresa Kok untuk tinggal bersama mereka di kem-kem di wilayah Rakhine itu untuk tempoh 6 bulan.

Bukan apa, teringin benar saya untuk melihat mereka berdepan dengan kancah pergolakan di sana yang berpunca dari individu-individu seperti mereka yang suka menghasut dan menyebarkan persepsi buruk sehingga menyebabkan berlakunya pepecahan di negara ini.

Saya yakin, jangankan 6 bulan, sebulan pun rasanya mereka tidak akan sanggup berada di sana dan kalau lebih dari tempoh itu pun saya pasti mereka hanya tinggal nama saja kerana silap haribulan, nyawa mereka boleh terpisah dari tubuh pada bila-bila masa sahaja…

Justeru itu, hargailah keamanan, kesejahteraan dan perpaduan yang tersemai sejak zaman berzaman di Malaysia. Dan belajarlah berterima kasih terhadap sebuah kerajaan yang terbukti terbaik dalam mentadbir sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia.

Andai kata Malaysia jatuh ke tangan “agen Yahudi”, puak-puak “chauvinis ultra kiasu” dan “khawarij Syiah”, saya yakin apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar, tidak mustahil untuk berlaku di tanahair kita ini, insaflah…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!