Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 5, 2012

TERKINI DARI KEDAH..!!! Taulan Tak Payah Nafi, Azizan Bakal Tersingkir Dalam Masa Terdekat..??!!!


Aku terbaca pasal kenyataan Taulan Rasul yang mengatakan bahawa "tiada sebarang usaha untuk menggulingkan Azizan Razak" sebagai MB Kedah walaupun dia sakit teruk sampai terpaksa lepak di ward KMC berhari-hari...

Kononnya, Taulan nak nafikan cubaan untuk gulingkan Azizan? Heh! Betul la tu...siapa yang nak mengaku ada taik berterabur dalam rumah dia..kan? Heh! Siap nafikan kat Sinar Harian lagi baru-baru ni...

Tapi sumber-sumber grass root dalaman PAS sendiri yang mengesahkan wujudnya gerakan nak gulingkan Azizan Razak..! Itu faktanya...kalau tak percaya, sila tanya Yusrin, bekas menantu Azizan yang kerja di pejabat MB tu sendiri...

Aku jumpa Yusrin dalam 2-3 tahun lepas. Time tu dah mula bunyi tak puas hati terhadap kepimpinan Azizan yang tak bagi projek kat orang-orang PAS...

Yusrin kata, paling kuat pun Azizan jadi MB selama sepenggal. Katanya Azizan akan dilantik sebagai "penasihat", satu jawatan khas yang akan diwujudkan PAS Kedah. Alaaa...nak ambik hati Azizan la supaya dia bersetuju untuk turun takhta...

Katanya, pemimpin PAS paling senior dijangka akan dilantik ganti Azizan. Masa tu dia sebut nama Taulan Rasul. Tapi memandangkan Taulan kata dia nak pencen, maka dijangka senior yang menjadi pilihan ialahhhhhh...PHAHROLRAZI ZAWAWI..!!! Heh!

Masalahnya, Azizan memang tak ngam dengan Phahrolrazi apatah lagi lepas ADUN Pengkalan Kundor tu buat hal baru-baru ni... Heh! Tu yang bergaduh sakan tuuuuu...Phahrolrazi banyak serang Azizan. 

Banyak rahsia dan kegagalan Azizan yang sengaja didedahkan Phahrolrazi supaya Azizan nampak buruk. Tak caya? Tanya orang-orang kuat Azizan sendiri...heh! Tu pun kalau depa nak mengaku la...

Maka Amiruddin Hamzah pun ambil kesempatan nak masuk line...tapi masalahnya Amiruddin ni junior yang sakan dok bodek MB...heh! Maka ramai la pemimpin senior PAS yang marah dan hangin kat Amiruddin...heh!

Tapi, Amiruddin ni dikatakan ada hubungan baik dengan Anwar. Khabarnya, dia ni "kuda trojan" Anwar dalam PAS Kedah...heh! Bayangkan kalau "kuda Anwar" jadi MB Kedah...heh! Hancur wehhhh...!!!

Dr. Ismail Salleh pun gaduh gak dengan Azizan sebab MB Kedah tu nak "cantas" dia dari bertanding pada PRU ke-13 ni. Azizan dok promote Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, untuk dijadikan calon di DUN Alor Mengkudu, nak ganti tempat Dr Ismail...

Apa lagi..!!! Mengamuk la Dr. Ismail. Tapi dia cekap...dia guna kabel PAS Pusat. Lepas lobi sakan kat KL...dia dikatakan menerima endorsement dari "Pemandu" Azizan. Tu yang buat Azizan "sesak nafas" tu kot...heh!

Banyak lagi kisah yang berjaya dicungkil dari grass root PAS yang dah tak tahan tengok PAS Kedah makin hari makin teruk bergaduh sesama sendiri. Depa sendiri mengaku ada gerakan nak gulingkan Azizan Razak...

Lagipun, antara kenyataan Taulan Rasul dan puluhan grass root PAS, kita nak percaya kat sapa? Takkan Taulan nak mengaku kejijikan sikap dan perkara buruk yang berlaku dalam PAS Kedah, kan? Heh! Kena tanya grass root PAS laaaa...baru la reliable sikit info tu...heh!

Sebenarnya, aku siasat dulu info dari grass root PAS ni. Aku counter dengan ramai sumber-sumber yang ada di seluruh Kedah. Kalau tipu, aku tak publish. Tapi memandangkan ada asas yang kukuh, maka aku tulis laaaa...kan?

Heh! Jadi camana ni Taulan? Betoi ka tak betoi? Biasa laaa...politician takkan nak mengaku...kan? Heh! Teruk la Azizan lepas ni....heh! Spekulasi? Atau memang benar faktanya? 

P/s: Aku yakin jauh di sudut hati Taulan, dia akui kebenaran aku ni...heh! Kan? Kan? Kan? Heh!

2 comments:

Anonymous said...

Dengaq kata MB Kedah kena sakit buah pinggang...?. Betul kaaa..?

Kekuda said...

tak perlu singkir atau cari pengganti, sebabnya PAS pun belum tentu menang PRU13 nanti.. buang karan je..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!