Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 14, 2012

SETPOL MB KEDAH DEDAH AZIZAN TAKTAU APA-APA PASAL GLC..!!!?


Sebelum aku nak "sekolahkan" Sanusi Setpol, aku nak bagitau dia bahawa status aku bukanlah "blogger upahan UMNO" memandangkan aku tak makan gaji dengan depa. Aku kerja kat tempat lain, halal dan insyaAllah berkat dengan hasil titik peluh aku setiap hari..

Jadi, sebelum aku bidas dia dia teruk-teruk, lebih baik dia ubah apa yang patut...heh!

Mungkin kerana Sanusi Setpol tak tau nak jawab soalan aku mengenai pemberian projek bernilai jutaan ringgit kepada Quartzcity Global Resources, maka dia terpaksa tanya MB Kedah, Azizan Razak untuk menjawab soalan aku tu...

Sanusi kata, Azizan suruh dia tanya kat aku...


PKB dok korek batu besi di Gurun, siapa korek aku tak tau, tapi aku juga jadi Pengerusi PKB, adakah aku yang bagi batu besi tu kat depa, dan adakah depa tu juga kroni aku?

Aku juga pengrusi PKNK dan ada banyak syarikat dapat batu besi depa di Aman Jaya, aku bagi juga ka? Kroni aku ka?

Aku juga Pengerusi KUIN dan banyak syarikat dok buat bangunan baru di Kuala Ketil, adakah aku juga bagi projek tu kat depa dan depa tu kroni aku juga ka?
Memang la tak semua projek PKB, PKNK dan KUIN tu tak diberi pada kroni Azizan. Kroni Azizan tu mana larat nak buat semua projek dari semua GLC Kedah tu...tak menang cekak depa nak kaut monopoli semua projek..!!! Heh!

Lagipun, fikir logik sikit la...kalau Azizan bagi semua projek GLC kat Kedah ni kat kroni dia, nampak sangat la dia monopoli semua projek, kan? Jadi untuk mengabui mata rakyat, dah tentu dia kasi projek kat orang lain sama...kan?

Aku minta Sanusi Setpol kaji dan gali lagi fail-fail lama kat MBI tu since 2008. Sejak 2008, dah berapa banyak syarikat yang mempunyai kepentingan Ikhram tu dah dapat projek dari MBI. Tu dari MBI saja...GLC lain yang bagi projek kat dia lagi camana tu?

Cuba tengok, Azizan jadi Pengerusi PKB. Tapi dia sendiri tak tau siapa yang korek besi kat Gurun tu. Nampak sangat Azizan ni tak ambik tahu hal ehwal GLC yang dia pengerusikan. Kalau rasa tak sempat nak ambil tahu, letak jawatan je la dalam GLC tu...patut pun banyak projek GLC lingkup!

Sampai di sini dulu...aku akan sambung lagi lepas ni...heh! Kasi Sanusi fikir dan jawab satu persatu..heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!