Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 24, 2012

PEDASSS..!!! ANWAR KUTIP DERMA UNTUK NAIK JET..???


anwar jet

Sungguh saya terkejut bila mendapat tahu tentang Anwar Ibrahim, Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin Pakatan Haram yang lain terbang ke Labuan dan Kota Kinabalu dari terminal Subang untuk satu majlis mereka di sana.

Menakjubkan minda saya, mereka ke sana menggunakan jet peribadi eksekutif yang kelihatan begitu eksklusif bergaya! Sudah tentu mahal harga penerbangan mereka itu, bukan?

Bukan calang-calang untuk mampu menaiki sebuah jet eksekutif sebegitu. Rasanya kalau golongan berpendapatan sederhana sudah tentu tidak mampu untuk menaiki pesawat semewah itu. Yang miskin tak payah cakaplah, tengok di tepi lapangan terbang sajalah…

Saya benar-benar berkerut dahi melihat senyuman Anwar di atas pesawat tersebut, mungkin juga dia ketawa di dalam hati melihat beberapa orang kanannya yang kelihatan seperti “jakun” yang tidak pernah naik jet sepanjang hayat mereka.


Apatah lagi melihat Zuraidah “Mak Lampir” yang tersengih-sengih macam kerang busuk di atas jet itu dan mungkin gambar tersebut akan disimpan sebagai kenangan terindah seumur hidupnya. Harap-harap dia tidak jaja gambarnya itu ke hulu ke hilir di Parlimen Ampang nanti!

Saya tertanya-tanya, dari mana Anwar dapat wang untuk menyewa sebuah jet eksekutif untuk terbang ke Labuan dan kemudiaannya ke Kota Kinabalu?

Sebelum itu, biarlah saya berbaik sangka terlebih dahulu terhadap segerombolan pemimpin pembangkang ini…



Mungkin Anwar dan gerombolannya ini ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang kaya raya dan memiliki rangkaian perniagaan yang bernilai berbilion ringgit. Kalau benar, siapakah ahli perniagaan tersebut? Boleh nyatakan?

Atau mungkin juga penerbangan Anwar dan rombongan “cik kiah”nya itu ditaja sepenuhnya oleh syarikat pemilik jet eksekutif berkenaan. Mungkin kebetulan tiada penyewa, maka sebagai penyokong tegar Anwar, dia menaja penerbangan tersebut secara percuma. Tapi siapa dia?

Saya tertanya-tanya begini memandangkan Anwar selama ini membayangkan bahawa dia begitu telus tidak merompak wang kerajaan ketika di dalam kerajaan dulu, tidak punya perniagaan, tidak bekerja selain menerima elaun Ahli Parlimen, sudah tentu dia tidak sekaya mana.

Jadi, dari mana sumber kewangannya untuk membawa orang-orang kanannya melaram naik jet eksekutif ke Labuan dan Kota Kinabalu?

Lainlah jika jet tersebut sememang milik Anwar sendiri. Cuma, siapa pula yang baik hati sangat kali ini dan menghadiahkan jet eksekutif itu kepada Anwar?


Selama ini memang Anwar berlakon di depan rakyat. Kononnya dia tidak kaya raya, dia hanya bergaji RM1 bila dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Pakatan Haram terpaksa kutip derma dari rakyat untuk berjuang.

Masih ingat Rafizi Ramli yang kini didakwa atas kesalahan melanggar BAFIA? Masih ingat lagi tentang Tony Pua yang mengadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana membantunya menghadapi kes saman di mahkamah?

Apakah wang derma yang diterima dari karung ceramah PAS, PKR dan jualan meja DAP itu digunakan Anwar, Tian Chua, Dr. Hatta Ramli dan Zuraidah sewenang-wenangnya untuk melaram melancong ke Labuan dan Sabah?

Hebat benar Anwar dan puak-puak penjilatnya bergerak ke sana ke mari. Belum berkuasa di Putrajaya pun mereka sudah tunjuk lagak bermewah-mewah sedangkan mereka sebok mencanang keliling negara bahawa mereka “kering kocek”.

Kalau “kering kocek”, rasanya naik Air Asia pun sudah memadai atau jika mahu membantu MAS, rasanya kos penerbangan kedua syarikat penerbangan itu tidaklah semahal menyewa sebuah jet eksekutif.

Saya tertanya-tanya, tidakkah Rafizi teringin untuk menyiasat segala perincian akaun kos rombongan Anwar dan pasukan gerilanya ke pulau Borneo itu? Atau Rafizi hanya pilih kasih menyiasat sebelah pihak saja? Teluskah begitu?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!