Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 8, 2012

PANASSS..!!! "Tokong" Suruh Rafizi "Bunuh" Perniagaan Orang Melayu..??!!!





PENGARAH Strategi PKR, Rafizi Ramli dilihat sengaja mencetus kontroversi baru dengan melepaskan tuduhan rambang yang tidak berasas terhadap tokoh ahli perniagaan Melayu, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari, baru-baru ini.


Rafizi mendakwa kononnya Tan Sri Syed Mokhtar melalui MMC Corp. Bhd miliknya mempunyai agenda tersembunyi mahu membolot kekayaan tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang bernilai RM50 bilion menerusi pengambil alihan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tuduhan tersebut dilakukan oleh Rafizi berdasarkan dia “difahamkan” bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambil alihan pada awal tahun ini dan kerajaan sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan itu.

Sebagaimana maklum, Rafizi kini sedang menghadapi dakwaan mahkamah yang serius berhubung kesalahannya yang melanggar akta BAFIA yang menyaksikan kemungkinan besar dia bakal ke penjara tidak lama lagi.

Justeru sebelum “disumbat ke kandang” penjara, berkemungkinan besar Rafizi diarahkan pihak tertentu untuk melakukan serangan “kamikaze” terhadap tokoh perniagaan Melayu yang banyak berjasa untuk rakyat di negara ini, khususnya umat Islam.

Tuduhan tersebut mampu membuat Rafizi muflis sekiranya di saman oleh tokoh korperat Melayu terkemuka itu dan mungkin dia akan papa kedana di dalam penjara nanti…

Persoalannya, siapakah yang “memahamkan” Rafizi bahawa MMC bakal memiliki RAC melalui pengambil alihan KTMB itu dan apakah benar syarikat GLC itu akan dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar sebagaimana POS Malaysia sebelum ini?

Sebagaimana maklum, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan individu ke-5 yang terkaya di Malaysia dan berada di belakang seramai 4 orang “taikun-taikun” perniagaan yang terdiri dari ahli-ahli perniagaan berbangsa Cina.

Sebelum ini tokoh terkemuka perniagaan Melayu itu pernah disekat oleh “tokong” Lim Guan Eng untuk mengambil alih Penang Port dengan pelbagai alasan tidak munasabah dan sengaja direka-reka untuk menyekat kemajuan perniagaan beliau.

Kali ini, Tan Sri Syed Mokhtar disekat sekali lagi dari mengambil alih KTMB dan memandangkan syarikat itu tidak punya sangkut paut dengan Pulau Pinang, maka “tokong” yang sememang tak boleh tengok orang Melayu maju itu tidak punya kuasa untuk menghalangnya lagi.

Mungkin kerana itulah “dia” menghubungi “bakal banduan PKR” itu untuk menyerang Tan Sri Syed Mokhtar untuk melebarkan sayap perniagaannya dan menghalang cadangan pengambil alihan KTMB tersebut.

Persoalannya, mengapa Rafizi tidak pernah menyerang seorang pun dari 4 orang individu yang lebih kaya berbanding Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah ia disebabkan bahawa keempat-empat mereka itu sebangsa dengan “tokong” puak-puak PKR dan PAS itu?

Berapakah juta ringgitkan jumla “upah” yang diterima Rafizi untuk “menyerang” Tan Sri Syed Mohktar, dan apakah “adik jambu” Anwar Ibrahim itu dijanjikan pulangan yang lumayan untuk melangsaikan kos guamannya di mahkamah tidak lama lagi?

Lagipun, apa salahnya Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih KTMB memandangkan beliau dilihat lebih dari layak untuk memiliki KTMB yang sememangnya tertera perkataan “Melayu” di nama syarikat tersebut.

Apakah sesuai sekiranya syarikat Keretapi Tanah “Melayu” Berhad itu dimiliki oleh empayar Robert Kuok, empayar Teh Hong Piow, empayar Lee Shin Cheng, empayar Quek Leng Chan, empayar  Lim Kok Thay atau empayar Tiong Hiew King?

Saya ingin bertanya Rafizi, mengapakah dia tidak mempersoal seorang pun dari taikun-taikun bilionare berbangsa Cina itu tentang jumlah keluasan tanah milik mereka di “Tanah Melayu” ini yang telah berjaya dikuasai oleh mereka? Berani..?

Lagipun, sepanjang hayat empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar, rekod beliau menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dan lebih menariknya ialah tokoh perniagaan Melayu itu sering berkongsi hasil kekayaannya dengan seluruh umat Islam di negara ini.

Jadi, apa yang membuatkan Rafizi dengki sangat terhadap Tan Sri Syed Mokhtar yang banyak berjasa kepada Islam, Melayu dan “Tanah Melayu” itu?

Justeru itu, saya rasa Rafizi tidak perlulah “menyalak” mengikut telunjuk “tokong” memandangkan kad pengenalannya tertera bahawa dia beragama Islam dan berbangsa Melayu sama seperti Tan Sri Syed Mokhtar.

Usahlah Rafizi menjadi “anjing DAP” yang menkhianati bangsa dengan menjanjikan “kuasa” sedangkan maruah bangsa tercemar dan kemajuan umat Islam terbantut oleh kerakusan cita-cita politik Anwar yang kotor…

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

Mengambil alih KTMB adalah berbeza dengan mengambil alih KTMB tanpa asset. Yang difahamkan Tan Sri Syed Mokkhtar akan mengambil alih ialah oprasi KTMB tidak termasuk asset yang bernilai berbilion ringgit itu.

Rafizi sengaja menyebut dan mengatakan Tan Sri Syed Mokhtar akan mekan mengambil alih KTMB bermakna keseluruhan KTMB termasuk harta tanah bangunan dsbnya.

Saorang Akaunten, tapi bodoh kerana alimen politik.

Puak-puak dalam PR niiii... termasuk PAS yang sanggup mengatakan Tan Sri Syed Mokhtar, tuan empunya Komplek Bukhari Alor Star membangunkan kompleksnya dengan merobohkan msjid Alor Malai dan mendiriakan kompleks disitu. Sebenarnya mesjid Alor Malai memang dirobohkan, tapaknya tiada dibina sebarang bangunan, malah mesjid Alor Malai dibina baru ditapak disebehnya dengan sabuah mesjid yang morden lagi cantik.

Dan, puak-puak PR NI, samada PAS, PKR dan DAP tetap akan menyerang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, kerana beliau adalah tokoh koprat keempat terkaya di Malaysia selain tiga taikun bangsa lain yang terang-terangan taikun-taikun ini tidak pernah menonjol membantu rakyat dengan menggunakan kekayaan yang ada kepada mereka.

Anonymous said...

Tersangat gembira Tokong DAP bila ada melayu bangang seperti Rafizi nih bersedia dikerah untuk mendukung perjuangan komunis untuk menjahanamkan kaum melayu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!