Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 14, 2012

PANASSS..!!! SANUSI SETPOL MENGESAHKAN MBI BERI PROJEK PADA KRONI AZIZAN...


Saya nak ucapkan terima kasih kepada Setpol MB, Sanusi Md Noor sebab mendedahkan pekung di dalam kurniaan projek MBI yang diberikan kepada kroni-kroni MB yang melibatkan "Pak Su Am" atau nama sebenarnya Ikhram Shafie di sini...

Dalam jawapan balas Sanusi tu, dia ada sebut...
Dalam kes galian quartz (apa benda quartz tu saya pun tak tahu) yang diteroka dan ditemui di satu kawasan hutan simpan oleh sebuah syarikat  (Quartzcity Global Resources yang dituduh sebagai kroni MB Kedah yang dapat anugerah projek berjuta- juta) yang dimiliki oleh seorang lelaki berketurunan siam dan seorang lelaki melayu bernama Ikram Shafie.
Dalam kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa Sanusi memang jenis tak sekolah. Kalau tak tahu apa benda Quartz tu, sila la belajar dan ambil tahu benda apa Quartz tu. Aku malas nak ajar Sanusi tentang benda apa Quartz tu, suruh dia cari sendiri...

Namun, salah satu fakta penting yang Sanusi perlu tahu, Quartz tu berharga dan boleh dijual dengan harga yang mahal..itu fakta umum.

Dan bila dia sentuh pasal Quartzcity Global Resources tu, maka dia perlu tahu bahawa Pengarah Kedua bagi syarikat tu ialah Ikhram Shafie yang merupakan biras kepada MB Kedah, Azizan Razak. Paham ke "biras" tu apa? Takkan nak aku terangkan jugak kot?

Jadi, secara tak langsung, MBI sebenarnya telah dan sedang memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat milik biras MB. Dan aku nak Sanusi siasat, sejak bila Ikhram tu dilantik oleh "Jan Siam" untuk jadi "Pengarah Kedua" syarikat mineral tu...heh!

"Jan Siam" tu memang aku tak pertikai sebab memang dia yang gali buat kajian mineral dan mintak kontrak dari kerajaan negeri. Usahasama, aku tak marah. Tapi, sila check nama Pak Su Am tu dan aku nak tanya berapa banyak kontrak yang diberikan kepada Quartzcity Global Resources tu...

Sebelum Kerajaan PAS Kedah ambil alih kerajaan negeri dulu, apakah nama Pak Su Am tu ada dalam syarikat QGR tu? Atau "Jan Siam" sengaja lantik dia dalam QGR tu sebagai "sleeping partner" untuk bolot banyak projek menerusi MBI...? Heh!

Game businessman nihhh..Takkan Sanusi tak paham? Atau Sanusi buat-buat tak paham? Heh!

Untuk pengetahuan Sanusi, bukan projek itu saja yang telah diberikan kepada QCR oleh MBI dan aku mempunyai beberapa dokumen sebagai bukti untuk Sanusi "gali" lagi. Tapi buat masa ni aku tak mahu dedahkan dulu...

Sanusi perlu cari lagi projek-projek yang diberikan MBI directly kepada QCR tanpa sistem tender terbuka...heh!

Dengan itu, aku ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Sanusi sebab mengesahkan bahawa Ikhram tu mempunyai pertalian saudara dengan isteri pertama Azizan. Azizan memang takdak pertalian darah dengan Ikhram sebab depa tu "BIRAS". Biras mana ada pertalian darah! Ngok..!!!

Itu saja buat masa ni dan aku akan pertikaikan lagi kenyataan Sanusi Setpol tu pada entry yang seterusnya. Aku harap Sanusi boleh bagi jawapan yang mantap dan kalau betul salah tu, mengaku saja la weiiiii..!!! Qulil Haqqa, Walau Kaana Murran..am I rite? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!