Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 18, 2012

PANASSS..!!! PAS KATA DIA MAMPU GANTI UMNO BELA MELAYU..???!!! KAH! KAH! KAHHH..!!!

dap ganti pas

Agak melucukan apabila bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, begitu yakin menegaskan bahawa PAS mampu mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib Melayu sekiranya Pakatan Haram memenangi PRU ke-13 kali ini.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Idris menyatakan bahawa PAS mampu memastikan nasib masyarakat Melayu terbela dengan memberi alasan yang langsung tidak masuk akal.

Katanya, PAS terbukti mampu membela nasib bangsa Melayu memandangkan rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk di negeri itu selama berkuasa sejak lebih 20 tahun di negeri Cik Siti Wang Kembang.

Secara spontan, saya ketawa besar mendengar alasan bodoh yang diberikan oleh Idris Ahmad tersebut. Saya tertanya-tanya, apakah kena mengenanya menjelaskan hutang lapuk di Kelantan dengan keupayaan membela nasib orang Melayu di negara ini?

Sekiranya kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya menyelesaikan sebanyak RM220 dari hutang lapuk negeri itu kepada kerajaan pusat, maka ia adalah sesuatu yang normal dan menjelaskan hutang itu sememangnya menjadi kebiasaan bagi setiap kerajaan negeri.

Jadi apa istimewanya alasan tersebut? Cuba Idris Ahmad tanya pada kerajaan-kerajaan negeri lain tentang jumlah pembayaran hutang mereka kepada kerajaan pusat sejak tahun 1999, saya yakin jumlahnya lebih besar dari jumlah yang dibayar oleh Nik Aziz itu.

Berbalik kepada isu pembelaan nasib bangsa Melayu yang kononnya mampu diambil alih oleh PAS, saya tertanya-tanya, apakah jasa PAS terhadap bangsa Melayu sejak awal penubuhannya selama lebih 60 tahun sebelum ini?

Apakah tindakan PAS yang memecah-belahkan bangsa Melayu menggunakan sentimen agama dan menjual maruah Islam untuk dijaja di kalangan umat Islam bagi meraih undi politik itu boleh dikategorikan sebagai “jasa”?

Berbanding dengan jasa yang telah ditabur oleh UMNO sejak sebelum zaman merdeka sehingga ke hari ini, apakah mampu PAS menafikan segala pengorbanan, perjuangan dan budi baik yang selama ini dilakukan oleh parti keramat orang Melayu itu?

Idris Ahmad merujuk kepada kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, sebagai “model”, kononnya Kerajaan PAS Kelantan itu membela nasib bangsa Melayu sejak diambil alih oleh PAS pada tahun 1999.

Persoalannya, apakah Idris Ahmad “buta kayu” untuk melihat sendiri penyeksaan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap rakyat di negeri itu apabila anak-anak Kelantan terpaksa keluar merantau ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki yang lebih?

Lihat pula kemelut air di Kelantan setelah Nik Aziz mengambil alih industri air tersebut di mana rakyat di negeri itu terpaksa menerima air sekeruh “nescafe ais” sebagai sumber minuman, membasuh, memasak dan berniaga setiap hari sehingga kini.

Apakah sebuah negeri yang “lebih Islam” dari negeri-negeri lain di negara ini tidak mementingkan aspek sumber air yang menjadi asas kepada kebersihan dalam kehidupan seorang muslim? Bukankah kebersihan itu sebahagian dari Iman dan Islam?

Apakah PAS boleh dikatakan “membela nasib” bangsa Melayu dan umat Islam apabila Nik Aziz memberikan pelbagai peruntukan kepada wat-wat dan kuil-kuil buddha di Kelantan sedangkan masjid-masjid di sana terbiar sehingga ada kubah utamanya yang “terbang” dibawa angin!

Tiap-tiap tahun, negeri Kelantan dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian besar dialami oleh rakyat negeri itu yang majoritinya orang Melayu beragama Islam dan apa kerja PAS Kelantan hingga tidak mampu menyelesaikan masalah itu selama lebih 20 tahun?

Begitu juga dengan ciri-ciri negeri Kelantan yang dikatakan sebagai negeri “serambi Mekah” yang dimalukan dengan pencapaian jumlah tertinggi pengidap AIDS di Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut. Apakah itu yang dikatakan berjaya membela bangsa Melayu dan umat Islam?

Itu belum lagi diungkit apabila PAS gagal membela Islam di mana seorang pemimpinnya yang banyak berjasa membela Islam seperti Hasan Ali terpaksa digugurkan setelah didesak oleh agen Yahudi yang berselindung di sebalik PKR!

Begitukah rupanya PAS yang dikatakan Idris Ahmad sebagai mampu membela nasib orang Melayu? Lawak jenis apakah yang cuba disampaikan oleh bekas Ketua Penerangan PAS ini? Jika terdesak sangat sekali pun, tak payahlah buat lawak bodoh yang menyakitkan diri sendiri…kan?

Sumber: Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

PAS baik la korang kembali ke Pangkal Jalan. Makin sesat lagi menyesatkan PAS sekarang ni. Dulu memang ade la rasa hormat sikit Pada PAS selepas Al-Juburi bin Al-Zinati di sokong oleh PAS hilang terus rasa hormat yang sedikit itu. UMNO memang la tak sebaik mana namun sekurang-kurangnya UMNO takde la keluarkan kenyataan dan fatwa yang mengelirukan rakyat terutama umat islam.

Anonymous said...

wakakakakaka

Umno pembela Melayu? Mamak dan poket sendiri adalah.

Ternak lembu pun tak erti, macam mana nak jadi pembela?

Anonymous said...

pandai jugak ustaz idris ahmad buat lawak! macam ni bolehlah jadi raja lawak. lawak! lawak! kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!!!!!!

Anonymous said...

BELA atau memBELE orang MELAYU?, cukuplah pengalaman 2008 hingga 2012, hanya dengan bermodalkan pembesar suara ada hati nak bela orang2 MELAYU.
Oii... sekarang ni... dah penghujung tahun 2012, bukan tahun2 40 ke 50an.
Orang MELAYU yang tak sedar diri aje yang nak pembilaan dari PAS. Orang MELAYU bukan nak pembelaan, zaman sekarang orang2 MELAYU nak maju mengikut petunjuk ALQURAN dan HADITH.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!