Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 17, 2012

PANASSS..!!! GENERASI MUDA DAH TAHU RAHSIA ANWAR...!!!

anwar_16_september


16 September sebetulnya merupakan satu tarikh keramat yang pasti diingati oleh ramai rakyat Malaysia apabila ia diisytiharkan sebagai cuti umum di negara ini bagi menyambut sempena Hari Malaysia.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap secara rasmi memberikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia di mana ia telah ditayangkan secara langsung di kaca televisyen masing-masing.
Pun begitu, bagi para peminat dan pemerhati persada politik tanahair, tarikh 16 September juga melambangkan penipuan dan pembohongan yang jelas serta tidak dapat tidak ia akan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2008 setelah berjaya menafikan kemenangan 2/3 Barisan Nasional pada PRU ke-12 yang lalu, Anwar kemudiaan telah mencanangkan bahawa dia bakal menjadi Perdana Menteri pada tarikh 16 September.

Anwar menjelajah ke setiap pelosok negeri membayangkan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia bahawa pembangkang akan mengambil alih pentadbiran negara ini sejak merdeka melalui kaedah “lompat parti” beberapa Ahli Parlimen.

Katanya, dia mempunyai lebih 31 orang Ahli Parlimen yang dikenal pasti akan “melompat parti” dari BN bagi menyertai Pakatan Rakyat sekaligus menafikan majoriti mudah yang dimiliki oleh parti yang membentuk kerajaan pusat itu.

Anwar ketika itu turut menjelajah ke luar negara dan memburuk-burukkan Malaysia bagi menakut-nakutkan para pelabur asing selain mengarahkan orang-orang kanannya “mengejar” sekumpulan Ahli Parlimen BN yang turut ke luar negara.

Bapa Nurul Izzah itu juga memberitahu kononnya pihak Istana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia turut “merestui” dan “bersedia” dengan “rampasan” kuasa yang bakal dia lakukan pada tarikh 16 September.

Namun pihak Istana dan ATM kemudiaan menafikan dakwaan Anwar itu.
Bersungguh-sungguh benar Anwar cuba meyakinkan rakyat Malaysia pada ketika itu bahawa dia bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan akan memaksa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk turun dari jawatan tersebut.

Peliknya, apabila tiba pada tarikh 16 September pada tahun itu, tiada sebarang perubahan berlaku pada tampuk pemerintahan negara di mana Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan Anwar masih lagi Ketua Pembangkang.

Malah pada tarikh tersebut, Anwar langsung tidak menjejakkan kaki di Pejabat PM di Putrajaya sekali pun, apatah lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri!

Dan sehingga semalam tarikh 16 September berulang sekali lagi setelah 4 kali diulang sejak tahun 2008, dan Anwar masih lagi menjawat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan tidak mampu langsung mengancam jawatan Perdana Menteri dalam kerajaan pusat.

Persoalannya, sebagai rakyat Malaysia yang mengalami dan pernah diganggu emosi dengan propaganda Anwar itu, apakah kita tidak rasa ditipu, dibohongi, didustai atau dipermainkan oleh seorang individu yang kononnya seorang “Pak Syiekh” yang berimejkan Islam?

Sesungguhnya saya tidak pernah dengar mana-mana manusia yang suka ditipu atau dibohong begitu rupa oleh mana-mana pihak dan bagaimana pula dengan generasi muda hari ini?

Apakah generasi muda di zaman ini suka ditipu oleh individu yang kerap “dibuktikan” menipu dan berdolak-dalik dari kebenaran itu, atau anda semua suka ditipu?

Sumber: SGB

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!