Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 25, 2012

PANASS..!!! MAK LAMPIR KEMBALI LAGI...!!!

zuraidah

Sudah lama kita tidak mendengar “suara” Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai “Mak Lampir” sejak dia disaman oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada awal tahun ini.

Namun baru-baru ini, Zuraidah beranikan diri untuk bersuara lagi dan kali ini dia menyalak meminta agar kepimpinan UMNO Selangor untuk memberikan nama calon Menteri Besar negeri itu sekiranya BN kembali berkuasa.

Saya tertanya-tanya, siapakah yang menyuruh Zuraidah untuk bertanyakan soalan sebodoh itu?

Atau, apakah soalan tersebut terbit dari kotak pemikirannya sendiri untuk memperlihatkan betapa bodohnya dia di kalangan rakyat Selangor?

Saya tidak pasti dari mana Zuraidah belajar “perang” politik, namun saya yakin bahawa dia sememangnya merupakan salah seorang pemimpin politik PKR yang paling lemah, tidak berdaya saing dan selalu tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Tidakkah Zuraidah tahu bahawa di dalam mana-mana peperangan sekali pun, termasuk “perang” politik, pihak lawan sudah tentunya tidak akan mendedahkan taktik perang mereka kepada lawannya di seberang sana.

UMNO dan BN tidak bodoh seperti Zuraidah untuk menjawab soalan yang sebodoh itu, khususnya dari orang yang bodoh! Justeru itu, tidak perlulah Zuraidah bertanya tentang perkara itu lagi.

Sebaliknya, Zuraidah perlu bertanya kepada Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim tentang kabinet bayangan Pakatan Haram sekiranya gabungan parti pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Anwar sejak tahun 2008 lagi begitu kemaruk kuasa dan sanggup mengelilingi segenap pelosok negara mencanangkan bahawa Pakatan Haram akan menawan Putrajaya pada PRU ke-13, khususnya sejak penipuannya tentang peristiwa 16 September memalukan dirinya.

Anwar mencanangkan bahawa kononnya PKR, DAP dan PAS bakal merampas kuasa dan menjajah negara ini sehingga memberikan harapan kepada segelintir penyokongnya yang masih lagi sanggup tertipu dengan “Raja Putar Alam” itu.

PAS yang dulunya begitu “dihentam” Anwar pun “ter”percaya dengan omongan kosong “agen Yahudi” itu dengan menganjurkan siri-siri Himpunan “Katak” Hijau Ke Putrajaya di seluruh negara dan dihadiri oleh ribuan pak-pak lebai yang begitu naif…

Meskipun begitu, ramai rakyat di negara ini menyedari bahawa gabungan Pakatan Haram itu hanyalah gimik murahan politik Anwar sedangkan PKR, DAP dan PAS tidak pernah sebulu di dalam dasar mereka, khususnya berkenaan hukum hudud dan isu negara Islam.

Jadi, memandangkan Anwar begitu yakin untuk menawan Putrajaya, maka dia wajar memberitahu rakyat tentang perancangannya untuk melantik kabinet sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan menang pada PRU ke-13 nanti.

Sememangnya rakyat ingin tahu tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Anwar akan melantik seramai tiga orang Timbalan Perdana Menteri, termasuk “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, seorang wakil DAP dan seorang lagi wakil dari PAS.

Ramai juga ingin tahu sama ada Anwar akan melaksanakan hudud sebagaimana kemahuan Nik Aziz, Hadi dan para pemimpin PAS lain sekiranya portfolio berkenaan akan diberikan kepada parti yang kononnya terlalu Islam itu.

Anwar juga perlu menerangkan tentang kesamarataan hak yang diperjuangkan DAP itu apakah akan memungkinkan Jabatan Perdana Menteri akan diwujudkan portfolio khas seperti Hal Ehwal Agama Buddha, Hal Ehwal Agama Hindu, Hal Ehwal Agama Kristian dan sebagainya?

Zuraidah perlu bertanya kepada Anwar tentang segala perancangannya dan sekiranya Anwar gagal menjawab persoalan Zuraidah itu maka tak payahlah sebok-sebok untuk “jaga tepi kain” orang lain sedangkan ketuanya sendiri penuh dengan “auta”!

Saya berpendapat, Anwar perlu menasihatkan Zuraidah untuk tidak bersuara lagi selepas ini memandangkan apa yang selama ini keluar dan terbit dari mulutnya hanyalah tentang sesuatu yang akan menyebabkan PKR ditertawakan ramai.

Justeru itu Zuraidah harus sedar bahawa dia hanyalah merupakan “ketua wanita cukup syarat” sahaja memandangkan tiada wanita yang berketerampilan untuk menjadi Ketua Wanita PKR yang bijak dan berkreadibiliti. Diamlah Zuraidah dari terus menjadi liabiliti…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Pn Zuraida,
Tlg la settle masalah banjir kat kg melayu ampang pun dah cukup baik. Bottle-neck kat jambatan kecil sungai ampang tepi padang sekolah kebangsaan tu pun tak terusik. Jalan2 kat situ pun byk juga yg terlopong.. Tolonglah puan ya..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!