Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 24, 2012

NGEH HINA ISLAM PUN UMNO YANG SALAH, KATA MAHFUZ


SAYA berpendapat, tentu ramai yang semakin menyampah terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar), yang seolah-olah kehabisan modal untuk menyerang UMNO sehingga menyalahkan parti kerajaan itu dalam semua hal.

Terbaru, Mahfuz ketika ditanya media mengenai kenyataan Ngeh Koo Ham di laman sosial Twitter yang jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW, dia sekali lagi menyalahkan UMNO.

Katanya, UMNO bertanggungjawab mengajar golongan bukan Islam untuk menghina Islam dan mengaitkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, mengenai isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur “gillete”.

Sebenarnya, sekiranya diberi peluang, mahu saja saya meluku kepala Naib Presiden PAS itu sekuat-kuat hati bila dikenangkan kebebalannya.

Semua kesalahan di negara ini akan dikatakan salah UMNO.

Ngeh keluarkan kenyataan menghina Islam, Mahfuz kata salah UMNO. Mungkinkah kalau dia digigit nyamuk pun nanti dikatakan salah UMNO juga?

Tidakkah Mahfuz fikir bahawa setiap individu itu bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dilakukan sama ada diajar atau pun tidak diajar?

Misalnya, jika seorang murid diajar untuk mecuri oleh gurunya, apakah murid itu perlu mengikut ajaran gurunya itu untuk mencuri?

Atau, sekiranya seseorang muslim diajar untuk menghina Islam oleh rakan Yahudinya, apakah dia tidak boleh berfikir dengan waras untuk tidak melakukan sedemikian?

Saya tidak rasa begitu memandangkan setiap individu itu dikurniakan Allah dengan otak dan akal untuk berfikir secara rasional serta bijak memilih untuk melakukan kesalahan atau membetulkan keadaan dengan tidak melakukan perkara yang salah.

Samalah juga dengan Ngeh.

Jika dia sedar tentang sensitiviti masyarakat di negara ini dan menghormati Islam sebagai agama rasmi yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia, sewajarnya dia tahu bahawa tindakan berlaku biadap terhadap Islam akan mengundang padah baginya.

Pada saya, Mahfuz sepatutnya bertindak mengutuk kenyataan Ngeh tersebut dan mendesak DAP untuk menghadapkan pemimpin itu kepada jawatankuasa disiplin partinya kerana dia jelas menghina Islam yang kononnya menjadi asas perjuangan PAS.

Mahfuz perlu mengambil kes pemecatan Hasan Ali dari PAS ekoran desakan dari Azmin Ali setelah bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dipecat hanya kerana menghentam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir, rasanya isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur “gillete” itu sudah dijawab lama dulu.

Tun Dr. Mahathir sebenarnya tidak menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan tersebut dan PAS hanya mengambil kesempatan untuk memutar belitkan kenyataan itu dengan memburuk-burukkan mantan Perdana Menteri itu.

Memang benar bahawa tiada sesiapa pun kini yang dapat menggambarkan rupa fizikal sebenar janggut Rasulullah SAW kecuali melalui riwayat-riwayat para sahabat RA dari mulut ke mulut yang dinukilkan melalui kitab-kitab muktabar.

Begitu pun, para ulama meletakkan hukum haram kepada mana-mana pihak untuk menggambarkan rupa fizikal Rasulullah SAW setelah disepakati dan sebab itulah tiada sesiapa yang berani untuk menggambarkan rupa bentuk fizikal Baginda.

Begitu juga dengan kisah pisau cukur “gillete” yang sememangnya tidak terdapat ketika di zaman Rasulullah SAW dan memang benar bahawa mereka yang hidup di zaman itu agak sukar untuk bercukur kerana ketiadaan pisau khas seperti itu.

Cuma, mereka yang hidup di zaman tersebut tetap bercukur dengan menggunakan pedang dan pisau yang diasah tajam sebagaimana yang diriwayatkan di dalam kisah para sahabat RA.

Justeru itu, Mahfuz perlu mencari modal lain untuk mencerca UMNO memandangkan hujahnya itu langsung tidak masuk akal dan ketinggalan zaman, malah akan ditertawakan sahaja oleh golongan yang celik berfikir.

Amat malang sekali PAS memiliki seorang Naib Presiden yang berhujah sebegitu mudah untuk dipatahkan. Harap tukarlah dengan orang lain di penggal lain…

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

kan si babi tunggal tu bodoh! kalau dah berkawan dgn kafir, sikit sebanyak perangai dia macam kafir juga. dia suka mengata orang, kalau mampos apa agaknya balasan dia akan dapat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!