Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 4, 2012

LIHAT BAGAIMANA ANWAR CEMAR MASJID DI SEBERANG PUMPONG, ALOR SETAR..!!!

ScreenHunter_05 Sep. 04 16.37

Insiden yang membabitkan serbuan lebih 50 orang anak qariah Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong, Alor Setar masih lagi menjadi bualan hangat di kalangan para penduduk setempat dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Hanya disebabkan seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim, umat Islam di qariah berkenaan berpecah belah, bermasam muka dan bergaduh sesama mereka sejak kejadian tersebut.

Ramai yang merungut apabila orang luar yang hadir ke masjid itu pada masa kejadian bertindak luar batasan sehingga ada insiden tolak menolak dan sedikit pergelutan yang memalukan serta mencemar kesucian rumah Allah itu.

Sebenarnya, saya adalah salah seorang anak qariah di masjid berkenaan di mana arwah ayah saya dikebumikan di masjid berkenaan.

Sejarahnya, masjid Al-Hussain sememangnya terkenal menyokong PAS sejak di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lagi. Ketika itu, masjid berkenaan agak dhaif dan serba kekurangan memandangkan AJKnya yang dikatakan enggan menerima sumbangan dari Kerajaan BN.

Namun dari tahun ke tahun, AJKnya bertukar ganti dan ada yang lebih mengutamakan Islam berbanding perjuangan politik. Dari sebuah masjid yang kecil, kini masjid yang terletak ditepi sungai Kedah itu semakin besar dan cantik.

Sebenarnya, peruntukan membaik pulih dan mengimarahkan masjid itu diperoleh melalui bantuan ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Mohd Bashah, di mana masjid berkenaan menerima ratusan ribu peruntukan khas bagi membesarkan rumah Allah tersebut.

Khabarnya yang terbaru, anak-anak qariah tersebut memohon peruntukan sebanyak RM1 juta dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu bagi mengimarahkan dan menyediakan prasarana ibadah yang lebih selesa berbanding sekarang.

Berkaitan dengan ceramah Anwar di masjid berkenaan selepas solat maghrib pada 2 September lalu, sumber saya menjelaskan bahawa mesyuarat AJK masjid itu sebenarnya tidak membenarkan Anwar berceramah di dalam masjid.

Bagaimanapun, mereka membenarkan Anwar berucap di luar perkarangan rumah Allah itu sekiranya dia benar-benar berhajat demi menjaga kesucian masjid berkenaan dari sebarang risiko dipergunakan untuk tujuan politik.

Malangnya, selepas menunaikan solat Maghrib, “imam baru” di masjid berkenaan telah meletakkan sebuah meja untuk Anwar menyampaikan ceramah berdekatan dengan mimbar masjid.

Melihat Anwar menodai kehormatan rumah Allah itu bagi meraih sokongan politiknya, maka ramai anak-anak qariah yang tidak berpuasa hati dengan tindakan tersebut.

Sementara itu, kehadiran pasukan gerak khas PERKASA yang berhimpun di perkarangan masjid untuk membantah Anwar turut menghangatkan keadaan di mana mereka turut serta meminta “pemilik jam tangan Omega” itu berhenti dari mempergunakan masjid.

Ketika itulah berlakunya kekecohan berkenaan di mana terjadi insiden tolak menolak, memaki hamun dan pertikaman lidah di antara anak-anak qariah dengan golongan yang membawa Anwar ke masjid berkenaan.

Menurut saksi kejadian, salah seorang dari anak qariah telah membaling kasutnya ke arah Anwar yang duduk di tepi mimbar dan hampir-hampir terkena kepalanya, namun dia sempat mengelak sedikit…

Mahfuz Omar yang jarang-jarang pulang ke Kedah turut campur tangan dengan menolak seorang anak qariah yang dikenali sebagai Cikgu Shakib seraya berkata, “heiii…aku dah lama tak masuk penjara nihhh..”, kata Mahfuz.

Mahfuz yang naik hantu ketika itu terpaksa di halang oleh beberapa jemaah yang tidak mahu melihat sebarang insiden negatif yang mencemarkan masjid berkenaan dari tindakan Naib Presiden PAS yang terkenal dengan kebodohan bukan kepalang itu.

Persoalannya, lihatlah bagaimana kehadiran Anwar itu jelas memecah belahkan umat Islam di qariah tersebut dan mencemarkan sebuah rumah Allah. Jelas di situ bahawa kehadiran Anwar di masjid berkenaan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.

Mungkin Anwar dan Mahfuz tidak tahu bahawa anak-anak qariah yang menyokong PAS di kampung Seberang Pumpong itu juga tidak menyukai “lelaki Y” itu dan tidak rela masjid mereka dicemari oleh “peliwat tegar” tersebut.

Harapan saya agar umat Islam sedar betapa buruknya Anwar dan pengaruhnya yang memecah belahkan umat Islam dan semoga kejadian seperti itu tidak lagi berlaku di masjid berkenaan pada masa yang akan datang…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!