Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 7, 2012

Legoland di Nusajaya Bawa “Durian Runtuh” Pada Rakyat Johor


Welcome to Legoland..!!!
Korang ada dengar cerita pasal Legoland kat Johor tu tak? Aku ada dengar cerita pasal Legoland tu. Jom aku share beberapa info penting pasal taman tema tu dengan korang semua. Terbaik bebbb..!!!

Kalau korang nak tahu, kat dalam dunia hanya ada 5 Legoland dan yang taman tema Legoland yang dibina di Nusajaya tu adalah yang ke-6 dalam dunia dan yang pertama di Asia. Kiranya Malaysia merupakan negara pertama yang ada Legoland di Asia..bangga betul aku!

Menariknya, Legoland tu akan berikan sebanyak lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Johor dan aku rasa pekerjaan paling menarik kat situ ialah jawatan pembina model Legoland.

Korang ingat senang ke nak bina model lego? Kerja membina model lego di Legoland tu bukannya buat model kereta “kartun” macam kita selalu tengok kanak-kanak buat tu...

Pergghhh...Korang boleh bina model Bangunan Sultan Abdul Samad ni dengan lego?

KLCC ni bebbbb..!!!

Ni Pejabat PM kat Putrajaya...best..!!!
Tak! Diorang bina KLCC bebbb..!!! Tuuuu...pejabat PM kat Putrajaya pun diorang bina..!!! Selain itu, pembina model Legoland turut membina replika-replika bangunan terkenal di Asia macam Taj Mahal dan Angkor Wat. Mencabar minda tuuu...korang boleh buat? Heh!

Selain 1,000 peluang pekerjaan di Legoland, ribuan lagi peluang pekerjaan dijangka bakal ditawarkan kepada rakyat di premis-premis perniagaan yang bakal tumbuh bak cendawan lepas hujan di kawasan bandar terancang berprospek tinggi tu...

Aku dengar, memandangkan kawasan tu dijangka jadi tarikan ramai macam Universal Studio di Singapore, beberapa hotel akan dibina di sekitarnya dan ia juga dijangka akan memberikan ribuan peluang pekerjaan.

Seterusnya, kawasan tu akan ada business centre, pusat-pusat kormesial, universiti bertaraf antarabangsa dan dilengkapi dengan beberapa buah hospital swasta. Aku dengan Gleneagles adalah di antara yang akan dibina di situ...

Sebanyak RM700 juta telah dilaburkan untuk Legoland tu saja dan korang bayangkan berapa lagi jumlah pelaburan yang akan dibawa masuk ke Nusajaya yang merupakan salah satu agenda Wilayah Iskandar di Johor. Aku pasti, rakyat Johor mesti bangga punya dengan Nusajaya ni...

Aku tak sure la sapa punya idea yang bertanggungjawab untuk bangunkan kawasan Nusajaya ni, tapi siapa pun dia atau mereka, idea membangunkan Nusajaya ni memang brilliant. 

Dulu kawasan ni hanya ada kebun kelapa sawit dan kurang membangun. Tapi sekarang ni dengan perancangan yang bersifat berpandangan 100 tahun jauh ke hadapan, Nusajaya bakal menjadi tarikan utama di Johor. 

Mungkin lepas ni Nusajaya akan jadi famous dan glamour di seluruh dunia...siapa tahu, kan?

Pada pandangan aku, pembangunan di Nusajaya ni memang terbaik di mana ia mengambil kira kepentingan rakyat di semua peringkat sama ada miskin, sederhana mahupun golongan berada. 

Aku dengar ada yang merungut, kononnya tiket Legoland mahal. Ye ke mahal? Harga tiket promosi pengenalan Legoland berharga RM96 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Aku rasa harga tu lebih murah dari Universal Studio kat Singapore tu...

Lepas promosi habis, harga tiket dewasa berharga RM245 dan kanak-kanak pula perlu bayar RM180. Tapi kalau korang tunjuk mykad atau mykid masa nak beli tiket, korang dapat diskaun RM30.

Budak-budak la paling happy...!!!
Lagipun, aku rasa harga barang cenderamata dan makanan kat dalam Legoland tu tak la semahal kat dalam Universal Studio tu. Kat Universal Studio tu semua pakai Singapore Dollar. Kat Legoland pakai Ringgit Malaysia. 

Bayangkan aku perlu bayar RM18 untuk beli keychain kat Universal Studio! Mahal tu beb! Padahal keychain je tu. Aku beli satu je keychain kat Universal Studio. Tapi aku rasa kat Legoland tu nanti tak la semahal tu...maklum la...pakai ringgit Malaysia jer..kan?

Actually, banyak tarikan di Legoland tu. Kat situ ada 7 taman iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland. Semuanya menarik..!!!

Selain tu, semua kemudahan pelancong ada kat Legoland seperti kemudahan meletak kenderaan yang luas dan restoran-restoran turut ada kat situ. Tidak dilupakan yang paling penting, SURAU untuk umat Islam bersolat dengan selesa juga disediakan.

Aku dengar, taman tema Legoland tu pun ada rollercoster! Nama rollercoster tu ialah “Dragon Coaster” yang akan membawa kita semua meneroka segala yang ada di dalam Lego Kingdom. Dah tentu anak-anak korang suka punya..!

Frankly aku cakap, memang aku teringin sangat nak pegi ke Legoland tu. Teringin jugak aku nak jalan-jalan kat dalam Legoland tu dan berangan-angan jadi “gergasi” merentasi bangunan-bangunan hebat Asia yang dibina dari lego tu... 

Antara pembina model di Legoland...

Salah seorang pembina model Legoland yang cun...aku tahu nama awek ni tapi takmau kasi tahu korang...heh!

Taman tema tu akan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada 15 September ni. Aku tak sure bila aku akan pegi melawat Legoland dan Nusajaya. Tapi memang aku teringin sangat nak melawat tempat tu. Aku memang suka travel pun...

Aku kat Kedah. Kat sebelah utara. Legoland tu kat Johor. Tapi kalau Universal Studio kat Singapore tu aku boleh pegi, kenapa tak boleh pegi Legoland yang hanya kat Johor tu, kan? Heh! Aku akan ke sana jua suatu hari nanti...insyaAllah...

2 comments:

Anonymous said...

[ Harga tiket promosi pengenalan Legoland berharga RM96 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak ]

yg ni harga tiket utk 1 hari shj


[ Lepas promosi habis, harga tiket dewasa berharga RM245 dan kanak-kanak pula perlu bayar RM180. ]

yg ni untuk pas setahun.. boleh masuk berkali-kali dlm setahun.. tapi ni pun harga promo


[ Tapi kalau korang tunjuk mykad atau mykid masa nak beli tiket, korang dapat diskaun RM30 ]

yup.. mmg pemegang mykad akan dpt diskaun tu

Anonymous said...

Cemana nak kijer jadi pembina model Lego tu?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!