Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 14, 2012

KERAJAAN PUSAT TAK RELA LIHAT RAKYAT LEMBAH KLANG JADI MANGSA KHALID GAGAP..!!!

krisis air sngor

Saya benar-benar teruja apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin selamba “jentik telinga” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, di mana beliau mengumumkan tender terbuka loji Langat 2 bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Memang kedua-dua pemimpin ini bergelar “Tan Sri”, tapi rasanya sudah tentu ramai yang dapat menilai bahawa Muhyiddin jauh lebih bijak dari Khalid, kalau tidak, takkanlah beliau jadi Timbalan PM, kan?

Bila diumumkan tender pembinaan Langat 2, secara tidak langsung maka Kerajaan Pusat bakal berdepan dengan tindakan saman dari Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor memandangkan Khalid degil tidak mahu meluluskan perintah pembangunan di negeri jajahannya.

Jelas di sini Timbalan Perdana Menteri membuktikan bahawa Kerajaan BN lebih rela disaman demi memastikan keperluan rakyat di sekitar Lembah Klang terjamin dan mendapat bekalan air bersih secukupnya.

Khalid tak sedar-sedar lagi ke bahawa kepentingan bekalan air bersih untuk rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jauh lebih penting dari ego dan kepentingan politik Pakatan Haram?


Khabarnya, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier mencadangkan agar Majlis Perbandaran Kajang melalui pejabat tanahnya memfailkan saman sekiranya tender dan projek tersebut diteruskan oleh Kerajaan Pusat.

Saya ingin bertanya kepada Majlis Perbandaran Kajang, apakah mereka sanggup lihat rakyat dan pejabat mereka sendiri tidak mendapat bekalan air?

Dan kemudian mereka saman pula pihak yang mahu membantu untuk memastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi, wajarkah begitu?

Khalid “Gagap” katanya lagi tidak mahu meluluskan projek Langat 2 selagi penstrukturan semula industri air dijalankan di negeri itu di mana Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dibenarkan mengambil alih Syabas sepenuhnya.

Untuk menjayakan penstrukturan semula industri air di Selangor, Khalid perlu membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang sedang menguruskan industri air di negeri pimpinannya itu terlebih dahulu.

Persoalannya, mampukah Khalid melalui Kerajaan Negeri membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit itu? Kerajaan negeri pimpinan Khalid itu ada duit ke nak beli?

Rasanya Khalid perlu seluk poket perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor dan cermin diri sendiri dahulu sebelum bercita-cita membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya.

Pada saya, Khalid sebenarnya takut kena bayar lebih banyak wang kepada Syabas jika loji Langat 2 dibina nanti. Maklumlah, bila lebih banyak rumah yang guna air, sudah tentu dia terpaksa beri “air percuma” pada rakyat.

Status “air percuma” itu hanya percuma untuk rakyat saja, tapi harga “air percuma” itu perlu dibayar oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor kepada Syabas! Mungkin sebab itu Khalid susah hati dan tak mahu luluskan pembinaan Langat 2…


Sebelum ini Khalid pernah bongkak dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya kaya raya dan memiliki wang berbilion ringgit.

Tapi apa yang jelas hutang di UniSel dan KUIS pun tak mampu dilangsaikan sehingga ramai pelajar yang tak boleh masuk asrama. Lepas digadai beberapa bidang tanah milik UniSel maka barulah para pelajar itu boleh masuk asrama. “Kaya” sangatkah begitu?

Apa pun, syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Pusat kerana begitu bertegas dan biar pun menyedari risiko disaman Khalid “Gagap”, projek dan tender Langat 2 tetap dikeluarkan demi kepentingan rakyat di Lembah Klang.

Memang agak berisiko untuk meneruskan projek berkenaan, apatah lagi apabila Kerajaan Pusat terpaksa berdepan dengan ugutan dibawa ke mahkamah. Namun rasanya sebuah mahkamah yang adil pastinya akan memberi kemenangan kepada kepentingan rakyat, bukan ego politik.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!