Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 25, 2012

KEPUTUSAN #PRKampus: MAHASISWA SOKONG PEMBANGKANG?

pR kampus

Hari ini merupakan hari para mahasiswa dan mahasiswi di kebanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi awam turun mengundi di mana Pilihanraya Kampus (PR Kampus) 2012 sedang hangat berlangsung di seluruh negara.

Saya agak tertarik untuk mengupas PR Kampus di zaman ini di mana kebanyakkannya dilihat telah jauh menyimpang dari naturaliti sesebuah universiti memandangkan para siswa dan siswi lebih condong ke arah politik nasional berbanding politik pelajar.

Apa yang saya lihat, budaya PR Kampus di zaman ini sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan budaya dan perjuangan para mahasiswa di zaman saya.

Maksud saya, mahasiswa di zaman dahulu begitu ikhlas dan konsisten memperjuangkan keperluan pelajar di universiti berbanding sekarang yang dilihat begitu senang terpengaruh untuk menjadi “balaci” parti politik pembangkang.

Sebelum ini kita melihat beberapa anak muda berhingus begitu biadap dan kurang ajar apabila bertindak keterlaluan serta mengganas di kampus masing-masing menentang kerajaan.

Kalau yang agenda yang ditentang itu berkaitan dengan mahasiswa dan para pelajar universiti, itu tidak menjadi masalah. Namun peliknya, mereka membawa ideologi Pakatan Haram untuk masuk ke universiti dan cuba mempengaruhi para mahasiswa yang lain.

Nama-nama seperti Adam Adli dan Safwan Anang bukanlah nama asing di negara ini apabila mereka muncul sebagai “bajingan nombor wahid” apabila terbabit di dalam beberapa siri demontrasi anjuran pemimpin Pakatan Haram dan penaung LGBT.

Budak-budak yang kurang matang itu begitu mudah dimanipulasi pihak pembangkang sehingga mereka sanggup bermati-matian menjadi “anjing suruhan” yang rela dipenjara semata-mata mempertahankan ideologi negatif yang merosakkan.

Misalnya, apabila mereka ditahan pihak berkuasa atas sesuatu kesalahan, apakah mereka tidak fikir bahawa rekod peribadi mereka telah tercemar secara tidak langsung sekaligus menyukarkan untuk mereka mencari peluang pekerjaan selepas graduasi kelak?

Selain itu, mahasiswa Pro-pembangkang baru-baru ini mencontohi para pemimpin politik nasional apabila mereka beramai-ramai berkumpul di Dataran Merdeka untuk berdemonstrasi atas kapasiti “Bershit Kampus”.

Sedangkan secara jelasnya, tidak pernah pun sekali pihak pentadbiran berlaku tidak adil atau bertindak kotor ketika mengendalikan PR Kampus di penggal-penggal sebelum ini dan untuk apa sebenarnya mereka berdemo begitu?

Apakah mereka mahu menutup kelemahan dakwaan mereka sebelum ini yang kononnya “mahasiswa menyokong Pakatan Haram”?

Mereka sedar bahawa majoriti mahasiswa di negara ini menolak sekeras-kerasnya Pakatan Haram dan tidak mahu melihat kekotoran parti politik pembangkang itu menular masuk ke dalam kampus mereka.

Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mampu menang di majoriti institusi pengajian awam di seluruh negara dan bagi memastikan mereka tidak dimalukan, mereka cuba menuduh pihak pengurusan PR Kampus sebagai tidak telus melalui “Bershit Kampus”.

Ia adalah modus operandi yang sama digunakan oleh Pakatan Haram di persada politik nasional dengan memperalatkan Ambiga dan konco-konconya.

Sewajarnya, para mahasiswa di zaman ini perlu merenung kembali budaya dan perjuangan para pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di zaman dulu di mana kami hanya memperjuangkan agenda pelajar dan menolak politik luar kampus.

Tugas utama mahasiswa adalah belajar sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, manakala politik kampus pula hanyalah salah satu mekanisma bagi pelajar untuk mengasah bakat kepimpinan mereka, khususnya bagi mereka yang minat berpolitik.

Namun menyedihkan, mahasiswa belaan Pakatan Haram cuba menukar budaya itu dengan mempelopori budaya negatif tersebut dan ia menyebabkan ramai mahasiswa yang bangkit serta enggan menyertai mereka.

Kumpulan seperti Pro-M di UM dan WUFI di UIAM misalnya, begitu komited serta tebal fahamannya terhadap perjuanga politik pembangkang sehingga dikatakan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan mereka menang PR Kampus.

Namun menurut tinjauan rakan-rakan saya yang merupakan pensyarah di universiti-universiti, dikatakan bahawa kebanyakkan IPT akan menolak pengaruh politik Pakatan Haram dan lebih gemar menjadi calon bebas di pusat pengajian tinggi masing-masing.

Apa pun, kita tunggu saja keputusan PR Kampus hari ini dan kita lihat apakah benar pada mahasiswa menyokong pembangkang atau Pakatan Haram sememangnya syok sendiri selama ini, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!