Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 22, 2012

KENALI SUARA ANAK HARAM MENIPU RAKYAT..!!!


MEMANG melucukan melihat telatah badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang kini dilihat menggelabah apabila disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung hubungannya dengan syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Menurut Menteri terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SSM akan mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa syarikat tersebut di mahkamah di atas laporan kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang mengelirukan.

Selain itu, Suaram yang selama ini dipercayai sibuk menguruskan propaganda untuk kepentingan Pakatan Haram turut mengaku mendapat dana dari penyangak mata wang antarabangsa, George Soros, melalui sebuah yayasan yang berselindung di sebalik kepentingan Yahudi.

Saya sebagai rakyat Malaysia rasa tertanya-tanya, dimanakah kreadibiliti sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan “suara rakyat Malaysia”?

Benarkah rakyat di negara ini merelakan “suara” mereka diwakili oleh sebuah pertubuhan yang mengaku mendapat peruntukan yang besar jumlahnya dari agen propaganda Yahudi yang selama ini menjahamkan dunia Islam?

Pada saya, SUARAM sudah tiada kreadibiliti di mata rakyat negara ini memandangkan perjuangannya yang terbukti karut, dusta, mengelirukan dan penuh pembohongan.

Misalnya, NGO itu menggembar-gemburkan isu kapal selam negara, Scorpene, yang kononnya dikatakan tidak telus dalam urusan jual beli aset pertahanan negara itu dan mereka turut membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini.

Malah lebih melampau, ada di kalangan mereka yang mengaitkan isu mendiang Altantuya di dalam isu tersebut sedangkan kes mengenai wanita Mongolia itu telah ditutup dan dibuktikan tiada mengena dengan Perdana Menteri walau secalit sedikit pun.

Paling menarik, SUARAM mendakwa bahawa kes perbicaraan Scorpene telah dibuka di Perancis di mana NGO itu telah mengumpul derma bagi perbelanjaan mereka memperjuangkan kes tersebut di negara itu.

Malangnya, tembelang mereka pecah apabila pihak mahkamah di Perancis mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai apabila mengesahkan bahawa tiada sebarang kes yang melibatkan kapal selam sedang berlangsung di sana.

Nah! Persoalan demi persoalan berkecamuk di fikiran rakyat, khususnya yang pernah menghulurkan derma untuk SUARAM.

NGO itu mendakwa kes Scorpene sedang berlangsung di Perancis, tapi mengapa pula mahkamah di negara itu menafikan kenyataan tersebut dan apakah ada negara lain yang bernama “Perancis” selain dari negara tersebut di atas peta dunia?

Ke mana perginya dana yang dikumpul dari rakyat untuk menyelesaikan kes Scorpene yang selama ini dijaja oleh SUARAM selama bertahun lamanya dan apakah dana tersebut digunakan pertubuhan itu untuk melancong di Perancis?

Lebih memalukan lagi, di mana SUARAM mahu letak muka setelah dikesan menerima dana lumayan dari Yahudi sedangkan mereka selama ini berlakon seolah-olah tiada sumber dana, miskin dan memerlukan pertolongan dari sudut kewangan!

Hakikatnya memang benar SUARAM tidak lagi punya kreadibiliti atau maruah diri, hanya NGO itu saja yang muka tak tahu malu kerana mahu terus berdiri meneruskan propaganda Pakatan Haram yang begitu terkenal menipu rakyat di segenap pelusuk negara…

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Asyik nama Soros naik lagi.

Apa benda ni?

Lepas PRU, TDM pi jumpa Soros lagi kat Hong Kong minta maaf ke?

Macam ulang tayang filem saje.

Melayu tak mudah lupa dah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!