Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    44 minutes ago

Sunday, September 16, 2012

Karnival #astrofiesta disabotaj? @beliabangkit @portalSGB



Penganjuran Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja yang berlangsung di Padang Taman Klang Jaya berjaya menepati matlamat penganjurannya semalam.

Idea penganjuran program ini lagi adalah bermula daripada Parlimen Kota Raja yang menginginkan satu program yang boleh melibatkan pelbagai kaum hadir dan terlibat sama dalam setiap penganjuran aktivitinya.

Menurut sumber yang dipercayai, pelbagai aktiviti telah dirancang bermula daripada 14 September sehingga 16 September 2012. 

Antaranya Futsal 1Malaysia di mana sebanyak 38 pasukan telah berjaya dikumpulkan yang terdiri daripada belia kaum India, Cina dan Melayu.

Namun, di sebalik kejayaan penganjuran program ini, terdapat juga isu di mana menurut sumber, begitu banyak kerenah birokrasi dan prosedur untuk mendapatkan tempat penganjuran program ini.

Kain rentang dan bunting yang digantung juga telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan dirosakkan sehingga menyukarkan aktiviti promosi program ini.

Walaupun begitu banyak usaha untuk menggagalkan program ini, usaha promosi tetap dijalankan melalui media siber dan lain-lain medium yang mana pelbagai kaum datang ke program ini.

Harapan beliau hanyalah satu, iaitu agar setiap pengunjung yang hadir bergembira dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Semoga semangat perpaduan 1Malaysia di Parlimen Kota Raja dapat diteruskan demi kebaikkan generasi yang akan datang.


Dari Perspektif Peniaga : Peluang belia untuk membina kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja di Padang Taman Klang Jaya memberi peluang kepada belia-belia tempatan untuk menambahkan pendapatan mereka.

Pelbagai gerai jualan yang kebanyakkannya diuruskan oleh belia seperti menjual makanan dan minuman, permainan kanak-kanak, kraf tangan, beg dan kasut, pakaian dan pelbagai lagi.

Salah seorang peniaga belia tempatan, Mohd Nazri, 29 tahun yang berniaga pakaian menyatakan, beliau telah menyertai banyak gerai jualan Karnival Mesra Belia dan pulangan yang diperolehi agak memuaskan. 

Beliau yang juga turut mempunyai premis perniagaan di Seksyen 7, Shah Alam turut menyatakan, walaupun beliau mempunyai ijazah Sains Sukan daripada Universiti Malaysia Sabah, minat yang mendalam bidang perniagaan membuatkan beliau bertekad untuk memulakan perniagaan.

Punca yang menyatakan beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan adalah apabila beliau mendapat pembekal pakaian dan kasut berkualiti tinggi dengan harga yang murah dari pembekal pelbagai luar negara iaitu Australia, China, Indonesia, Bangladesh dan juga India.

Melalui kelebihan ini, digunakan oleh beliau untuk menarik perhatian daripada pelanggan dan terbukti dalam setiap Karnival Mesra Belia, ramai pelanggan yang memuji kualiti pakaian yang dijual walaupun dengan harga yang murah.

Beliau menasihatkan kepada belia-belia yang ingin menceburi dunia perniagaan agar memperkuatkan ilmu dalam bidang yang ingin diceburi dan tidak malu untuk bertanya dengan yang lebih berpengalaman sebagai penutup kata.


Dari Perspektif Pengunjung : Penganjuran yang baik dan berjaya menarik perhatian penduduk tempatan.

Kehadiran sepasang suami isteri ke Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja menarik perhatian wartawan SuaraGenerasiBaru yang bertugas pada malam ini.

Chua Teng Swee, 58 tahun yang merupakan penduduk setempat menyatakan, beliau dan isteri merasa terpanggil untuk hadir kerana tertarik dengan gerai-gerai jualan yang ada di karnival ini.

Beliau kini yang telah menyerahkan perniagaan keluarga kepada anak-anaknya menyatakan, beliau hadir untuk melihat produk-produk yang dijual di karnival ini sambil membawa isterinya bersiar-siar.

Apa yang menarik perhatiannya adalah terdapat pelbagai jenis barangan dijual dengan harga amat berpatutan dan berkualiti.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang pengajuran program ini, beliau memuji penganjuran program ini yang mana dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk berhibur dan berehat.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga banyak melibatkan aktiviti kekeluargaan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dan juga penduduk setempat.

Pendapatnya mengenai 1Malaysia pula, ianya satu usaha yang amat baik daripada kerajaan dan berharap ia dapat diteruskan.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!