Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, September 11, 2012

GEMPARRR..!!! SUARA POK NIK AJIS DAH TAK LAKU DALAM MAJLIS SYURA..!!!

nasha jamil khir

Saya ucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang gagal dilenyapkan terus dari partinya oleh golongan pro-Anwar yang dipercayai diketuai oleh Mohammad Sabu, Khalid Samad, Kamarudin Jaafar, Husam dan ramai lagi.

Pada saya, perkembangan ini menunjukkan bahawa majoriti Ahli Majlis Syura menyokong kenyataan Nasharuddin yang “membelasah” PAS yang semakin menyeleweng dari perjuangan asal, khususnya setelah parti itu dibawah pengaruh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz mula “menyerang” Nasharuddin sejak beliau masih lagi menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS apabila dikatakan bertanggungjawab mengajak PAS bersatu bersama UMNO untuk berada di bawah payung BN.

Gesaan yang bakal menyatukan umat Islam di negara itu turut disokong oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum agenda murni itu dipunahkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, dipercayai atas arahan Anwar Ibrahim.

Sejak itu Nasharuddin sering “dihalau” keluar dari PAS oleh Nik Aziz dan sekutu-sekutu Anwarinas. Tidak cukup dengan itu, Nasharuddin turut dicantas dari saf kepimpinan PAS apabila dikalahkan oleh tukang karut parti itu, Mat Sabu.

Dan hanya kerana gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah majlis peringkat antarabangsa di Mekah, Nasharuddin sekali lagi menerima ancaman untuk dipecat dari PAS.

Apatah lagi apabila Nasharuddin menegur PAS supaya kembali ke perjuangan asal parti itu yang jelas terseleweng dari landasan Islam setelah bergabung dengan DAP dan PKR yang jelas memperkudakan parti itu serta melayan PAS bagai parti kelas bawahan.

Bermula dari Nik Aziz, para pemimpin PAS lain seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai golongan Anwarinas yang mahu Nasharuddin keluar dari parti sekutu DAP tersebut.

Sebenarnya, kegagalan menyingkirkan Nasharuddin dari PAS merupakan satu tamparan hebat kepada Nik Aziz yang pernah mengelar bekas Timbalan Presiden parti itu sebagai “sampah” dan lebih afdhal keluar dari PAS.

Serangan-serangan Nik Aziz terhadap Nasharuddin memang jelas dapat dilihat melalui “fatwa-fatwa”nya yang seolah-olah menghalau bekas orang nombor dua PAS itu dari terus berkata yang benar dan menegur pendirian parti itu yang jauh menyimpang dari Islam.

Namun sehebat mana sekalipun serangan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadapnya, Nasharuddin tetap kukuh di dalam PAS apabila dia dipertahankan oleh Majlis Syura PAS dan terbaru mesyuarat parti itu tidak langsung menyentuh bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Padahal, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebelum ini beriya-iya mahu Nasharuddin dihadapkan ke mesyuarat Majlis Syura atas dakwaan memburuk-burukkan PAS sehingga ramai yang mula melobi agar beliau digantung dari parti tersebut.

Nasharuddin tetap “kebal” dan terus istiqamah dalam perjuangannya memperbetulkan PAS yang kini terpesong dari perjuangan asal mereka yang mahu mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Persoalannya, jelaslah di sini bahawa “aura” Nasharuddin masih mampu menyengat kehebatan Nik Aziz yang bergelar Mursyidul Am PAS. Nik Aziz fikir dia hebat dan mampu singkirkan Nasharuddin dari PAS sewenang-wenangnya?

Rasanya kegagalan menyingkirkan Nasharuddin dari PAS ini adalah satu tamparan hebat yang terakhir kepada Nik Aziz yang kini berada di hujung-hujung nyawa politik. Ini membuktikan bahawa suara Nik Aziz tidak lagi di dengar oleh Majlis Syura.

Suara Mursyidul Am PAS itu tidak laku lagi di kalangan ahli majlis berkenaan yang kini dikuasai oleh golongan pro-ulama PAS yang memperkukuhkan barisan bagi menentang pengaruh Anwarinas yang semakin mengancam hala tuju parti tersebut.

Harapnya dengan kebangkitan golongan pro-ulama PAS itu ia akan membawa parti itu keluar dari terus menjadi balaci DAP dan PKR. Cuma, mampukah golongan pro-ulama PAS itu berbuat demikian memandangkan PAS hampir hancur dikerjakan DAP dan PKR selama 4 tahun? Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Nik Aziz dah tak boleh pakai lagi.Dia yang merosak perpaduan Islam.Dia yang patut dipecat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!