Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 13, 2012

GEMPARRR..!!! MAHFUZ MENGAMUK SURUH AZIZAN BUBAR DUN KEDAH..???

azizan kcx8

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akhirnya mengaku bahawa PAS Kedah sangat sukar untuk mempertahankan kuasa di negeri Kedah yang dimenanginya pada empat tahun lalu apabila tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Dalam kenyataannya kepada akhbar baru-baru ini, dia yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah menyatakan bahawa dia hanya akan membubarkan DUN sekiranya penilaian politik menunjukkan bahawa Pakatan Haram akan menang.

Berkata pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini, Azizan menyatakan pendirian PAS Kedah sama ada akan membubarkan DUN serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen.

Dengan kenyataan itu, maka jelaslah bahawa Azizan dan kepimpinan PAS sama sekali tidak yakin bahawa mereka mampu mempertahankan Kerajaan PAS di Kedah kerana takut untuk membubarkan DUN sehingga sekarang.

Mendengar kenyataan Azizan Razak ini, saya teringat tentang gesaan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang sebelum ini beriya-iya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan tarikh PRU ke-13.

Mahfuz kononnya mahu tarikh PRU ke-13 diumumkan bagi memudahkan rakyat untuk mengatur jadual kehidupan mereka dan tidak bertindih dengan aktiviti lain seperti menunaikan haji, mengadakan kenduri kendara dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, Kerajaan PAS Kedah berhak untuk membubarkan DUN pada bila-bila masa dan tidak dipaksa sama sekali untuk mengadakan pilihanraya negeri itu serentak dengan tarikh PRU ke-13.

Dalam kata lain, Azizan Razak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN Kedah sesuka hatinya seperti Najib Razak yang dijangka bakal membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU ke-13 dalam masa yang terdekat.

Persoalannya, mengapakah Mahfuz tidak mendesak Azizan Razak untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN Kedah dan memaksa Pesuruhjaya PAS Kedah itu untuk memberitahu tarikh pilihanraya negeri itu?

Padahal, kalau dilihat dari sudut keakraban, Mahfuz sudah tentu lebih mudah untuk bekerjasama dengan Azizan untuk mendapatkan tarikh pembubaran DUN Kedah memandangkan mereka dari satu parti dan Mahfuz sendiri berasal dari Kedah.

Mengapa Mahfuz tidak pulang ke Kedah dan bertanya kepada Azizan tentang tarikh tersebut dan umumkan kepada rakyat Kedah supaya rakyat di negeri itu boleh menyusun jadual kehidupan mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh pembubaran DUN?

Jelaslah di sini bahawa Mahfuz tidak ikhlas dalam gesaannya terhadap Najib Razak dan bersikap “double standard” dalam desakan tersebut. Mahfuz hanya berani meminta tarikh PRU dari Najib dan begitu takut untuk mendapatkan tarikh pembubaran DUN dari Azizan!

Lebih jelas lagi ialah tentang keupayaan PAS Kedah yang sama sekali tidak yakin untuk mengekalkan kuasa mereka di negeri Jelapang Padi itu memandangkan keadaan politik Kedah yang sama sekali tidak menyebelahi mereka.

Azizan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kedudukan PAS di Kedah adalah tidak stabil sama sekali di mana parti pimpinannya itu dalam keadaan huru-hara sehingga ramai pemimpin PAS di negeri tersebut yang berani mengadakan gerakan saraf untuk menggulingkannya.

Mungkin Azizan sedar bahawa jawatannya sebagai MB Kedah bakal berakhir tidak lama lagi apabila puak-puak PAS seperti Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Mahfuz Omar dan kini Mat Sabu pula cuba menjatuhkan kedudukannya.

Ditambah pula dengan kebangkitan rakyat yang semakin celik dengan kepincangan pentadbiran PAS – Pakatan Haram yang tidak teratur, merugikan kerajaan negeri, menyusahkan rakyat dan menipu mereka “hidup-hidup” selain tidak menepati janji serta manifesto mereka yang lalu.

Selain itu, kedudukan UMNO/BN Kedah yang hampir pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat turut merisaukan PAS Kedah serta menyebabkan Azizan tidak berani untuk membubarkan DUN meskipun kuasa tersebut berada di tangannya.

Pada saya, Azizan sedar bahawa sekiranya dia membubarkan DUN Kedah, maka sudah pasti dia akan kehilangan kerusi Menteri Besar Kedah lebih awal, dan kalau boleh, dia mahu terus berada di kerusi empuk itu sehingga tamat tempoh penggal ini.

Begitulah dilema yang sedang melanda Azizan Razak. Kalau dibubarkan DUN, maknanya dia kehilangan kuasa. Kalau tidak dibubarkan DUN, maknanya dia masih lagi boleh makan gaji buta. Maka lebih baik dia kekalkan DUN sampai habis tempoh…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!