Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 20, 2012

GEMPARRR..!!! KADIAQ NAIK TARAF JADI NABI LEPAS JOIN PAKATAN HARAM..?!!!

kadiaq

Saya agak hairan dengan sikap dan aqidah para pemimpin Pakatan Haram hari ini apabila mereka dengan beraninya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu kontroversi dan dijangka mampu memesongkan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan seorang khatib “totok” PAS yang dijemput menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Padang Serai, Kedah, dan mendakwa ada pihak mimpikan Rasulullah SAW dan Baginda ada menyebut nama Anwar Ibrahim.

Dalam khutbah di hadapan jemaah di Masjid Jamek An-Najah itu, Halizal menceritakan tentang mimpi “mursyidul am” Ikhwanul Muslimin dan para pemimpin pertubuhan itu yang kononnya bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi mereka.

Peliknya, dia mendakwa Rasulullah SAW bersabda bahawa zaman kegemilangan Islam akan kembali secara khusus di Malaysia dan akan berlaku di zaman Anwar Ibrahim!

Saya tertanya-tanya, bagaimana para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu boleh bermimpi secara serentak dan mimpikan perkara atau dialog yang sama dengan Rasulullah SAW?

Lebih meragukan lagi, Rasulullah SAW boleh menyebut pula nama Anwar Ibrahim secara jelas. Jika benarlah mimpi tersebut, sudah tentu Anwar lebih layak dijadikan pemimpin umat Islam di seluruh dunia berbanding secara khusus memimpin umat Islam di Malaysia sahaja.

Terbaru, bekas pemimpin UMNO yang khianat pada perjuangan alif ba ta, Kadir Syeikh Fadzir pula cuba menyesatkan umat Islam di negara ini apabila mendakwa dia mendengar “suara Allah SWT” yang memintanya agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Saya sangat terkejut dengan kenyataan dahsyat yang diucapkan oleh Kadiaq itu setelah dia berkawan rapat dengan PAS dan Anwar Ibrahim. Terdesak sangatkah dia untuk mengampu Anwar hingga sebegitu rupa?

Di dalam pengetahuan saya, Muhammad SAW bin Abdullah merupakan Rasulullah yang terakhir yang menerima wahyu dari Allah dan merupakan khatamul anbiya’ atau nabi akhir zaman serta tiada nabi lagi selepas Baginda.

Ini membawa maksud bahawa Jibrail atau Allah SWT tidak akan menyampaikan mana-mana wahyu kepada mana-mana individu selepas Rasulullah SAW sehingga ke hari kiamat.

Jadi, bagaimana pula Kadiaq “bowtie” yang berambut merah dan terkenal dengan kehidupannya yang sangat sosial tiba-tiba mendakwa mendengar “suara Allah” yang boleh disifatkan sebagai “wahyu” itu?

Pada padangan saya, sekiranya Kadiaq terdesak sangat mahu memuja Anwar demi kepentingan politiknya, usahlah mengaitkan nama Allah atau kreadibiliti hadis Rasulullah SAW.

Sekiranya Kadiaq terlepas cakap atau sebagainya, sewajarnya dia bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di dunia dengan ketelanjurannya berpolitik sehingga mengenepikan kesucian Islam.

Beginilah jadinya bila berkawan dengan “syaitan”, semakin lama semakin teruk sikap dan tutur bahasa Kadiaq. Bukan saja saya yang berkata begitu, adik beradiknya di Kulim/Bandar Bharu dan Baling pun beritahu perkara yang sama.

Rasanya, ramai pejuang-pejuang UMNO yang bersetuju bahawa tindakan Kadiaq keluar dari UMNO merupakan satu rahmat dari Allah dan sangat ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, dia berambus juga dari terus reput membusuk di dalam UMNO.

Persoalannya, mengapakah PAS masih diam membisu mendengar segala kesesatan yang dibawa oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan Haram ini?

Bukankah PAS kononnya pejuang Islam dan aqidah mereka jauh lebih hebat dari umat Islam lain di seluruh dunia? Mengapa mereka enggan menegur atau melakukan demonstrasi memprotes kenyataan-kenyataan yang zalim itu?

Atau PAS terpaksa mendiamkan diri dan menyembunyikan kesesatan rakan-rakan “syaitan” mereka serta merelakan Islam terus dihina? Mungkin PAS benar-benar sudah bertukar menjadi “keldai” Pakatan Haram.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!