Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 1, 2012

GEMPARRR DARI KEDAH..!!! AZIZAN RAZAK SERAH JAWATAN MB PADA AMIRUDDIN..???!!!

azizan amiruddin

Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu.

Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu.

Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan Menteri Besar itu memandangkan mereka semua tahu Azizan sememangnya “parah” sebelum Hari Raya lagi.

Topik utama yang menjadi pilihan pak-pak lebai kulup PAS itu adalah mengenai ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah, yang telah menggantikan tempat Menteri Besar itu sebagai wakil untuk melayani tetamu yang hadir.

Sudah tentunya pada hari tersebut Amiruddin telah mengerahkan seluruh jentera politiknya untuk melobi diri sebagai pengganti jawatan Menteri Besar Kedah paling ideal sekiranya Azizan berjaya digulingkan.

Bagaimanapun, dikhabarkan Amiruddin langsung tidak menyuarakan keinginannya itu dikhalayak ramai, namun dia hanya mengunakan “soldadu-soldadu” untuk menjual namanya supaya dia dilihat popular dan paling layak berada di kerusi Azizan Razak.

Sebenarnya, para “warlord” PAS ada menghantar “soldadu-soldadu kerahan” mereka untuk hadir meninjau keadaan di majlis rumah terbuka MB Kedah tersebut.

Menurut sumber dalaman yang diperoleh baru-baru ini, lagak Amiruddin yang seolah-olah “lebih sudu dari kuah” di Sri Mentaloon itu telah menyebabkan ramai yang sakit hati, mengamuk dan merancang sesuatu terhadapnya.

Antara yang dikatakan tersinggung dengan lagak Amiruddin itu ialah “musuh politik” Azizan nombor satu iaitu Phahrolrazi Zawawi. Marahnya bukan kepalang terhadap Amiruddin yang bernaung di bawah PAS kawasannya…

Sumber memberitahu bahawa ADUN Pengkalan Kundur itu sememangnya berhajat untuk menggulingkan Pesuruhjaya PAS Kedah serta bakal menjadikan keuzuran serta hubungan baik Menteri Besar itu dengan para pimpinan UMNO sebagai alasan untuk menumbangkan Azizan.

Selain Phahrolrazi, antara pemimpin PAS lain yang marah pada Amiruddin kerana insiden “berlagak MB” itu adalah Mahfuz Omar, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Nasir Mustafa dan ramai lagi.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dapat mengemukakan bukti-bukti kemarahan “warlord-warlord” PAS Kedah tersebut memandangkan ia hanya berkisar dari mulut ke mulut.

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan cerita itu memandangkan gerakan menjatuhkan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar telah bermula sejak tahun kedua selepas PAS berjaya berkuasa di negeri tersebut.

Pernah saya berbicara dengan Yusrin yang merupakan bekas menantu Azizan Razak dan bekerja di Pejabat MB Kedah memberitahu bahawa bekas mertuanya itu dijangka tidak lama memegang jawatan tersebut.

Menurut Yusrin, Azizan akan dipaksa turun dari kerusi Menteri Besar serta Pesuruhjaya PAS Kedah dengan alasan keuzurannya untuk menguruskan hal ehwal negeri Kedah dan parti di negeri itu.

Bagaimanapun untuk menjaga hati Azizan yang terkenal dengan panas barannya itu, gerakan konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu akan memberikan jawatan baru bergelar “penasihat PAS Kedah” kepadanya untuk menutup mulut.

Lagipun, puak-puak PAS di Kedah begitu khuatir dan meragui Azizan sekiranya dia bertindak keluar PAS serta menyertai UMNO akibat dari perbuatan mengenakannya itu.

Begitulah permainan politik PAS Kedah yang terkini. Kecoh memang kecoh dan dijangka Amiruddin yang kini sedang mengintai kerusi MB Kedah bakal berhadapan dengan ramai “warlord-warlord” PAS Kedah, khususnya dari Phahrolrazi Zawawi.

Kita tunggu saja kesudahan perebutan kuasa dan kemelut PAS Kedah yang semakin meruncing itu. Pastinya menarik untuk melihat mereka menafikan sengketa di antara mereka, namun secara realitinya kalau boleh mereka bagaikan peserta “royal rumble” bergaduh teruk!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!