Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 12, 2012

GEMPARRR..!!! ANWAR UGUT PENGERUSI SPR UMUM DIA MENANG PRU 13 LEBIH AWAL..!!!

anwar jegil

Saya agak terkejut dengan kegilaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang mengugut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mengumumkan kemenangan Pakatan Haram pada jam 3 petang pada hari PRU ke-13 nanti.

Katanya, dia akan menghubungi Pengerusi SPR itu seawal jam 2.30 petang pada ketika tarikh PRU tersebut nanti bagi memaksanya mengumumkan kemenangan Pakatan Haram atau SPR akan berdepan dengan “tindakan serta-merta” dari pihaknya.

Selain itu, Anwar juga memberitahu bahawa apabila Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya, media adalah bebas untuk bertanya sebarang soalan, khususnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan sebagai “pembangkang” ketika itu.

Kata-kata angkuh dan bongkak itu direkodkan media pada satu ceramahnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Saya tertanya-tanya, siapa Anwar untuk memaksa SPR untuk mengumumkan kemenangan Pakatan Haram pada jam 2.30 petang sedangkan ketika itu para pengundi di seluruh negara masih lagi dalam proses mengundi di pusat-pusat undi masing-masing.

Siapa dia untuk memaksa Pengerusi SPR untuk mengumumkan sesuatu yang tidak pasti pada hari pilihanraya tersebut sedangkan peti undi belum lagi ditutup dan undian masih lagi belum dikira oleh para petugas yang dilantik.

Persoalannya, apakah dia yakin bahawa Pakatan Haram yang diketuainya itu akan menang pada PRU ke-13 nanti?

Sekiranya Pengerusi SPR tidak mengikut kemahuan Anwar pada jam 2.30 petang itu, apakah “tindakan serta-merta” yang akan dilakukan terhadap SPR?

Apakah Anwar akan mengarahkan agar semua jentera pilihanraya Pakatan Haram untuk menyerang semua petugas SPR dengan mengatakan bahawa pilihanraya itu sebagai tidak sah dan tidak telus sebagaimana biasa?

Atau, apakah Anwar akan mengarahkan semua pengawal-pengawal peribadinya mengacukan pistol kepada para petugas SPR dan para pengundi untuk memberikan undi kepadanya pada hari pilihanraya tersebut?

Selain itu, sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan kalah pada PRU ke-13 nanti, apakah Anwar akan mengambil “tindakan serta merta” terhadap keputusan pilihanraya itu dan mengarahkan seluruh penyokong menghuru-harakan peti-peti undi di seluruh negara?

Apakah bentuk “tindakan serta-merta” yang dimaksudkan Anwar itu? Dan apakah dia begitu hebat dan berkuasa untuk mengatur “tindakan serta-merta” itu terhadap badan yang mengendalikan pilihanraya itu?

Saya berpendapat bahawa ugutan Anwar itu tidak boleh dipandang ringan memandangkan dia menafikan hak demokrasi yang selama ini menjadi amalan di negara ini dan ia adalah satu ancaman yang agak serius terhadap SPR.

Memaksa SPR untuk mengumumkan kemenangannya merupakan satu tindakan diktator dan mengancam untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap SPR merupakan satu sikap yang boleh disifatkan sebagai samseng.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia akan merestui dan berdiam diri dengan sikap Anwar yang bakal mencetus ketegangan di hari mengundi pada PRU ke-13 nanti?

Rasanya rakyat Malaysia perlu tampil untuk membuat laporan polis terhadap ancaman Anwar itu sebagai tindakan “pre-amptive” bagi mengelak suasana dan budaya demokrasi di negara ini diancam oleh individu gila kuasa seperti Anwar.

Terlalu kemaruk mahu jadi Perdana Menteri, Anwar bagaikan hilang akal sehingga mahu memaksa SPR mengumumkan kemenangannya. Mungkin dia enggan menjadi seorang guru selepas PRU nanti, kot?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!