Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 12, 2012

FATWA TERBARU ABBY ABADI..!!! TERUS SONGSANG BERSAMA LEBAI-LEBAI PAS..!!!


Abby Abadi yang aku kenali tak seperti Abby Abadi yang dulu. Dulu Abby memang agak jahil dalam soal agama. Setelah beberapa tahun bercerai dengan Norman Hakim, Abby berubah memakai tudung dan berimej Islamik...

Bagus..Aku suka dengan perubahan imej dan pakaiannya. Lebih menutup aurat berbanding sebelumnya...

Tapi aku tak sangka bahawa perubahan Abby itu juga membawa perubahan terhadap fahamannya terhadap Islam. Sejak bertudung, dia lebih gemar berpolitik dan begitu rapat dengan para pemimpin PAS. Dia kejutkan para peminatnya dengan menjadi ahli PAS seumur hidup...

Abby semakin hanyut dan undangan PAS untuk berceramah politik di atas pentas sambil disambut jeritan pak-pak lebai PAS yang "geram" melihatnya seolah-olah menjadi keseronokan baginya. Dia gah dengan panggilan "ostazah segera PAS"...

Dalam keghairahannya, dia mengeluarkan fatwa terbaru dari fahaman "agama PAS" yang disampaikan di sebuah majlis sambutan Aidilfitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini...
“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.
“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,” 
Aku terkasima dengan "fatwa" Abby ini. Dia sudah periksakah kesahihan fatwanya itu?

Betulkah kalau lelaki tu pakai seluar pendek paras atas lutut sebanyak 3 kali maka dia tak boleh jadi wali? Siapa yang ajar dia? Mazhab mana dia pakai? Mazhab Pok Nik Ajis atau Mazhab Hadi Awang?

Itulah Abby sekarang. Sesuka hati mak bapak dia saja keluarkan fatwa songsang. Sesongsang dirinya bersama pak-pak lebai PAS....

2 comments:

panglima perangcyber said...

bro blog demo kawe dah add dlm list...tq

Anonymous said...

ikut cara pakistan kot,sana pakai seluar pendek bukan islam.mungkin yang tarbiah dia bekas penuntut yang cari ilmu di pakistan.mungkin kot.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!