Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 14, 2012

EKSKLUSIF..!!! JAWAPAN SANUSI SETPOL MB KOSONG, NAMPAK SANGAT DIA TAK TAHU APA-APA...


Dalam penerangan Sanusi Setpol pasal dasar Pakatan Haram Kedah, kononnya GLC mengamalkan usahasama yang menguntungkan Kerajaan Negeri melalui pembahagian keuntungan sebanyak 51% - 49%, di mana kerajaan negeri memegang 51% keuntungan.

Dan kemudian, Sanusi Setpol menuduh pula kerajaan BN terdahulu mengamalkan dasar pembahagian keuntungan 30% - 70% dan kononnya kerajaan negeri hanya memegang 30% keuntungan berbanding pengusaha sebanyak 70%.

Persoalannya, apa buktinya GLC Kedah di bawah PAS memegang keuntungan sebanyak 51% dalam usahasama itu? Sanusi perlu kemukakan bukti-bukti sahih dulu sebelum keluarkan kenyataan memandangkan ia perlu bagi mengelak dia dari cakap kosong...

Kemudian, Sanusi perlu buktikan bahawa kerajaan BN dulu hanya dapat 30% dari keuntungan usahasama tersebut berbanding 70% bagi habuan pengusaha. Setelah dibuktikan barulah adil dan tidaklah Sanusi hanya cakap kosong saja..!

Namun, ada satu perkara yang perlu Sanusi nyatakan. Sekiranya QGR itu dibenarkan untuk melombong Quartz sahaja, bagaimana pula dengan sumber-sumber mineral lain yang diperoleh oleh pengusaha tersebut?

Misalnya, selalunya selain quartz, pengusaha juga boleh memperoleh mineral lain seperti aluminium, tungsten, iron dan pelbagai lagi esktrak mineral dari tapak lombong tersebut. Jadi, Sanusi perlu mengambil kira perkara itu juga...

Dalam ertikata lain, mungkin QGR hanya membayar hasil dari keuntungan quartz sahaja kepada GLC terbabit dan "mencuri" hasil galian yang lain dari tapak yang sama. Jadi, ia akan menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian, bukan?

Justeru itum, jika dikira dengan hasil yang "dicuri" itu, maka berkemungkinan besar bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh 10% sahaja dari hasil keuntungan usahasama itu, manakala pengusaha pula mendapat 90% keuntungan, bukan?

Untuk kajian kes, Sanusi boleh ke kawasan Merbok. Saya tak mahu beritahu lokasi sebenar secara terperinci. Sanusi siasatlah sendiri di kawasan itu dan saya yakin dia akan peroleh bukti yang saya katakan itu...

Kesimpulannya, Sanusi sebenarnya bercakap kosong. Tulis saja panjang-panjang, tapi isinya kosong tidak berisi.Ia membayangkan bahawa Sanusi merupakan seorang bekas land surveyor yang tak tahu apa-apa, tapi berlagak macam tahu...heh!

Weh Sanusi...pergi sekolah lagi la wehhhh..!!! Heh!

P/s: Sambungan pertikaian saya dan Sanusi akan bersambung lagi selepas ini...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!