Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 22, 2012

DOUBLE STANDARD! POK NIK HANYA BERANI MARAH SAM, TAK BERANI MARAH KADIAQQQ..!!!


SAM Bacile atau nama sebenarnya, Nakoula Basseley Nakoula, adalah seorang Yahudi yang kini dalam pelarian apabila dia diburu oleh berbilion umat Islam yang mengamuk menghalalkan darah kafir laknatullah itu.

Reaksi itu adalah hasil dari filem pendek yang dihasilkan lelaki Yahudi itu yang bertajuk “Innocence Of Muslims” yang jelas menghina junjungan kita, Rasulullah SAW, sekaligus membuatkan kebangkitan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia, muncul pula “Yahudi kecil” yang tiba-tiba gatal mulut memperlekeh bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile dan ia menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati terhadap pemimpin DAP yang bernama Ngeh Koo Ham itu.

Antara yang marahkan Sam Bacile dan Ngeh Koo Ham itu ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyelar kedua-dua individu terbabit.

Nampaknya Nik Aziz lebih nampak “kuman di seberang laut”, sedangkan “gajah di depan matanya” langsung dia tidak nampak!

Sebelum ini kita digemparkan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang khatib jemputan di Padang Serai di mana dia mendakwa bahawa Rasulullah SAW telah menyebut nama Anwar Ibrahim di dalam mimpi para pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Khatib itu berkata, mimpi tersebut muncul di dalam tidur para pemimpin Ikhwanul Muslimin dan di dalam mimpi itu Rasulullah SAW menyebut bahawa Islam akan menang di Malaysia di zaman Anwar Ibrahim.

Persoalannya, apakah logik dan dapat diterima akal bahawa para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu bermimpi perkara yang sama, berbicara dengan Rasulullah tentang perkara yang sama dan menyebut nama individu yang sama?

Benarkah mimpi tersebut atau ia hanyalah rekaan oleh mereka yang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri dengan mudah?

Begitu juga dengan insiden baru-baru ini apabila bekas Menteri, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir menyatakan dalam ceramahnya di Sabah bahawa dia mendengar suara Allah yang meminta dia kembali ke arena politik.

Logikkah dakwaan Kadir itu sedangkan diriwayatkan bahawa hanya Rasulullah SAW dan Nabi Musa saja yang pernah mendengar suara Allah.

Siapakah Kadir untuk Allah berbicara dan memperdengarkan suaraNya dan apakah dia terpilih untuk mendengar suara Allah setelah dia menyertai kem Pakatan Haram?

Lagipun, wahyu dari Allah tidak akan diturunkan lagi setelah kewafatan Rasulullah SAW memandangkan Baginda adalah “khatamul anbiya” dan hadis menjelaskan kedudukan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul yang terakhir sebelum kiamat.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz membisu, tidak menegur atau memarahi khatib dan Kadir sedangkan kedua mereka jelas menghina Rasulullah SAW?

Apakah hanya kerana Sam Bacile tidak berada di Malaysia dan Ngeh Koo Ham kebetulan seolah-olah membela Yahudi itu maka Nik Aziz berani menyelar kedua “jenis Yahudi” tersebut?

Saya melihat sikap yang ditunjukkan Mursyidul Am PAS itu sebagai “double standard” dan dia hanya berani marahkan pihak yang dia tahu akan memberikan “mileage” politik kepadanya menjelang pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mungkin Nik Aziz sedar bahawa usia politiknya sudah “senja” dan ramai pemimpin di dalam partinya sedang menunggu masa dia kehilangan pengaruh sebelum dia disingkirkan secara halus.

Namun, apa yang Nik Aziz tidak tahu bahawa dia sepatutnya bersara dari terus menjadi pemimpin yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang begitu karut serta menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah Nik Aziz sanggup marah pada dirinya sendiri? Rasanya tidak…

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

ini org tua sudah expired date... sbb tu dah x berfungsi apa2 pon..cakap banyak aja mcm bunyi terompah kayu...(itu dia yg cakap dulu..) kalau banding nik aziz dgn Tun M, walau pun nik ajis tu org kata ulamak..tapi kecelaruan fikirannya nmpk tergambar diwajahnya..sbb dia tiada keikhlasan...dia angkuh dan sombong...adakah pasti dia akan jadi penghuni syurga...cuba lihat wjh Tun M.., pnuh klembutan dn ketenangan..terpancar cahaya keikhlasan...tidak mendabik dengan ilmu yg memenuhi dada...tapi jasanya...hanya ALLAH jua yg membalasnya...Amin...

Anonymous said...

Kena terajang dik cina kit siang..sebab cadang perlaksanaan hudud simusang berjanggut ni tak buat cerita ke..waktu disepak kepala oleh karpal singh minggu lepas dikatanya Mainan Umno..sudah2 laa orang tua oii..ko cuma pandai bercakap berubah-ubah saja..dah 22 tahun memerintah kelantan ..apa jadi..HIV dan penagih baru kelantan nombor satu..keruntuhan moral rakyat jangan cakap laa..ko perbetulkan dulu keadaan moral dinegeri ko baru la tengok negeroi orang jangan asyik dok mengutuk orang tapi diri sendiri punggung pun dah nampak..nanti kang diliwat oleh sinuar brahi..dari segi pemikiran tak payah cakap laa ko ni dah lama dilwat oleh DAP dan nuar brahi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!