Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 13, 2012

CERITA PANASSS PASAL KEDAH YANG TAKKAN ADA DALAM HARAKAH..!!!


MEMANG benar berita mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semakin sihat dan dibenarkan untuk kembali bertugas di Wisma Darulaman, namun begitu dia terpaksa berulang alik ke hospital swasta termahal di Kedah itu sekerap 3 kali seminggu untuk rawatan lanjut.

Setelah reda dari terlantar sakit di wad hospital berkenaan, kehadiran Azizan di pejabatnya baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada Exco-Exco kanan Kerajaan PAS Kedah kerana mereka lebih suka Menteri Besar itu berada di pejabatnya.

Khabarnya, mereka kini sedang rancak menyusun gerakan masing-masing untuk memastikan nama mereka tercalon pada PRU ke-13 nanti dan menumpukan fokus kepada agenda “persaraan” Azizan Razak selepas pilihanraya kelak.

Sebagaimana maklum, Exco paling kanan yang mahu menggulingkan Azizan Razak ialah Phahrolrazi Zawawi. Bukan lagi rahsia, gerakan tersebut begitu giat dijalankan sama ada secara terbuka di media atau secara halus melalui sabotaj yang memeningkan kepala Azizan.

Misalnya, Phahrolrazi dikatakan sengaja mendedahkan peningkatan lesen pusat-pusat hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kedah semata-mata untuk melihat media dan ahli-ahli PAS “menyerang” Menteri Besar yang sering uzur itu.

Malah lebih parah, Phahrolrazi juga dikatakan telah membuka pekung kelemahan pentadbiran Azizan Razak kepada beberapa pemilik blog dan cybertroopers pro-UMNO/BN melalui identiti-identiti rahsia.
Lebih parah bagi Azizan Razak, Phahrolrazi dikatakan mendapat sokongan penuh dari beberapa pemimpin PAS Kedah yang lain khususnya ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh.

Ismail dikatakan marah terhadap Azizan yang mahu menggulingkannya sebagai calon PRU ke-13 dengan meletakkan nama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya sebagai calon di Alor Mengkudu.

Selain itu, Mahfuz Omar juga dikatakan bercita-cita untuk menjadi MB Kedah menggantikan Azizan. Namun dia dikatakan telah disekat oleh bala tentera pro-Menteri Besar itu yang diketuai oleh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor.

Bagaimanapun, Mahfuz melalui kuasa dan jawatan Naib Presiden PAS di peringkat Pusat dikatakan telah menggunakan kelebihannya itu untuk menempatkan dirinya sebagai calon di kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada PRU ke-13 nanti.

Mahfuz kemudiaannya dikatakan begitu khuatir dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti. Mahfuz secara peribadi dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan Mat Sabu dari dulu lagi.

Persoalannya, apa pula kata Azizan? Sebagaimana yang dimaklumkan di media, Azizan mahupun mana-mana pemimpin PAS Kedah menafikan segala kemelut yang sedang panas menggelegak di dalam parti tersebut.

Bau busuk yang cuba disembunyikan itu bagaikan tidak mampu lagi dibendung apabila pergolakan dalaman itu meniti dari mulut ke mulut akar umbi PAS sehingga tersebar meluas di kalangan rakyat negeri Kedah.

Azizan semakin panas punggung. Namun apakan daya, meskipun dia merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar negeri itu, dia sangat lemah untuk mempertahankan kerusi empuknya di Wisma Darulaman.

Hari semakin hari, PAS Kedah semakin bergolak dan siapa pula yang akan menaiki “takhta” MB selepas Azizan Razak digulingkan?

Kalau nak diikutkan, Azizan lebih rela serahkan kerusi MB kepada UMNO/BN berbanding menyerahkan kuasa tersebut kepada puak-puak PAS. Itulah yang dikatakan Azizan pada salah seorang pegawai JUSA Kedah sebelum ini.

Dan menjelang PRU ke-13 ini, sama-samalah kita saksikan perebutan kuasa di kalangan puak-puak PAS yang semakin rakus menggila demi kepentingan politik masing-masing. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Yang pastinya UMNO/BN semakin dekat dihati rakyat Kedah…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!