Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, September 9, 2012

BILA "KELDAI" PAS CUBA PECAH BELAH NAJIB-MUHYIDDIN...

keldai

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar baru-baru ini berjaya menambah koleksi kebodohannya apabila mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 pada November ini kecuali beliau ditakutkan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Kata Mahfuz, Najib dan Muhyiddin kononnya kini sedang berbalah dan sengaja melakukan spekulasi berbaur fitnah mengatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO itu cuba menjatuhkan Presidennya sendiri.
Kononnya lagi, Najib berpandangan bahawa lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet UMNO pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan oleh gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU ke-13.

Pertamanya, maklumat dari siapa yang menyatakan bahawa Najib dan Muhyiddin sedang bergaduh?
Keduanya, sejak bila pula Muhyiddin menjadi dalang untuk menjatuhkan Presiden UMNO itu sedangkan beliau begitu terkenal dengan kesetiaannya terhadap pemimpin yang berjawatan lebih tinggi darinya.

Fakta Mahfuz yang ketiga lebih pelik apabila dia mengaku mendapat tahu bahawa Najib berpendapat lebih baik beliau dijatuhkan pada PRU ke-13 berbanding hilang jawatan kepada Muhyiddin.

Sejak bila Mahfuz diberi kelebihan oleh Allah untuk “kasyaf” dan dapat menilik pemikiran orang lain, khususnya Perdana Menteri, yang pastinya jauh lebih bijak dan berIQ tinggi berbanding dirinya yang tidak lulus SRP?

Sebagaimana maklum, Najib dan Muhyiddin merupakan anak-anak didik Tun Dr. Mahathir yang terkenal dengan amalan menghormati kedudukan pucuk pimpinan serta setia dalam memberi sokongan terhadap kepentingan parti atau kerajaan.

Buktinya, Najib dan Muhyiddin begitu taat kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mereka memegang tampuk pemerintahan negara.

Berkenaan dengan peralihan kuasa dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib, ia dilakukan atas desakan majoriti ahli-ahli parti setelah mengambil kira kepentingan rakyat serta demi menjaga kestabilan politik negara.

Tidak timbul langsung isu atau cerita buruk yang menggambarkan Najib atau Muhyiddin saling menjatuhkan antara satu sama lain.

Namun kini, tiba-tiba saja muncul poster gambar Timbalan Perdana Menteri itu yang kononnya mahu Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum PRU ke-13.

Memang kemunculan poster misteri itu mengejutkan ramai pihak. Namun menurut sumber yang boleh dipercayai, siasatan menunjukkan bahawa poster berkenaan merupakan satu propaganda yang dimainkan oleh pihak pembangkang dalam usaha memecah belahkan kepimpinan UMNO.

Mana mungkin Muhyiddin sanggup berbuat demikian terhadap Perdana Menteri sedangkan kajian sedang menunjukkan bahawa Najib begitu popular dan mendapat sokongan dari majoriti rakyat Malaysia.

Takkanlah Muhyiddin hilang akal dan berlaku  bodoh untuk mencantas Najib sedangkan dia sendiri sedar tentang kekuatan Presiden UMNO itu kini sedang berada di kemuncaknya. Mahfuz fikir Muhyiddin sebodoh dia, kah?

Kebodohan Mahfuz terbukti apabila membuat spekulasi kononnya Najib lebih rela kalah di medan PRU ke-13 berbanding hilang kuasa kepada Timbalannya.


Tidakkah Mahfuz mampu berfikir bahawa kekalahan BN pada PRU ke-13 itu memberikan kesan yang lebih buruk kepada Najib berbanding hilang kuasa kepada Muhyiddin?

Sekiranya kalah pada PRU ke-13 nanti, sudah tentu Najib akan berdepan dengan cemuhan ramai memandangkan BN sebagai sebuah parti yang tidak pernah kalah, namun kali ini kalah ketika dipimpin beliau.

Sekiranya kalah pada PRU ke-13 nanti, sudah tentu Najib akan dilabelkan sebagai seorang PM yang paling lemah dalam sejarah BN memandangkan beliau bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Berbanding menyerahkan kuasa kepada Muhyiddin sebelum PRU ke-13, sudah tentulah ia tindakan paling licik untuk menjahanamkan Timbalan Presiden UMNO itu.

Misalnya, jika Najib tahu BN akan tewas, beliau boleh meletak jawatan dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin yang sudah tentunya akan dipersalahkan kemudiaannya atas kekalahan tersebut.

Najib boleh “kambing hitam”kan Muhyiddin, namun saya pasti Najib tidak bodoh seperti Mahfuz yang mempunyai fikiran sebegitu kepalang bodohnya!

Saya pasti gandingan Najib-Muhyiddin adalah gandingan paling mantap dan digeruni oleh pihak Pakatan Haram sehingga terpaksa menghantar Mahfuz untuk melakukan “operasi hitam” sebagai propaganda mencetus pepecahan di dalam UMNO/BN.

Malangnya Pakatan Haram tidak sedar bahawa mereka telah menghantar “keldai” paling bodoh untuk melakukan spekulasi bodoh tersebut, apatah lagi Naib Presiden PAS paling bodoh itu memberikan alasan paling tidak masuk akal untuk memecah belahkan kem kerajaan.

Nasihat saya kepada Mahfuz, lebih baik dia pulang saja ke Pokok Sena dan berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya memandangkan ramai penduduk di kawasan parlimen itu sudah berang terhadapnya.

Kata pengundi Mahfuz, mereka memilih dia sebagai Ahli Parlimen untuk memastikan hidup mereka lebih selesa di parlimen itu, tapi Mahfuz sebok pula menawarkan diri menjadi “keldai” belaan DAP dan PKR…bodoh betul!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

kadang-kadang apabila Allah telah mencuba keimanaan kita ni dengan bermacam-macam dugaan.mahfuz ini diduga oleh Allah SWT bagi dia menang PR12 sebagai wakil rakyaat,apakah yang kita semua memperolehi dari kemenangan beliau.buka mata dan pandang disekeliling bagi yang mengundinya,pembangunan dari semua aspek,perkembangan Agama Islam dan apa lagi?.bagi saya hanya keburukaan yang banyak.habok puntarak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!