Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 6, 2012

PKR TAKKAN BERANI SIASAT AZMIN DEMI MENJAGA MARUAH ANWAR...

http://dukeofumno.blogspot.com/

NAMPAKNYA, kemelut dalaman PKR kali ini meruncing lagi apabila kumpulan yang dikatakan anti-Azmin Ali mula memperhebatkan serangan terhadap “kekasih gelap” Anwar itu menerusi skandal seks di dalam jamban yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden parti tersebut.

Menariknya, sumber dalaman utama PKR sendiri menceritakan kepada saya betapa riuh rendahnya majoriti ahli dan pemimpin parti itu yang mahu siasatan dalaman dilakukan terhadap Azmin berhubung pendedahan gambar yang sangat mirip dirinya itu.

Khabarnya, kem Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah mahu Azmin disiasat berdasarkan gambar-gambar panas yang tersebar di internet secara meluas itu di mana ia dikatakan sangat memalukan parti itu.

Dari cerita tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Wan Azizah sebenarnya akur dengan dakwaan bahawa lelaki di dalam gambar-gambar itu adalah Azmin!

Selain itu, dipercayai juga bahawa gambar-gambar tersebut sebenarnya adalah bersumberkan dari para pemimpin PKR yang menyokong dan bersimpati terhadap nasib Wan Azizah yang seolah-olah diketepikan begitu saja oleh suaminya atas dasar “lebih sayangkan” Azmin berbanding isterinya.

Apatah lagi Azmin yang sebelum ini berjaya menggulingkan Zaid Ibrahim dari PKR, dikatakan sering mencuba untuk menggulingkan Khalid Ibrahim yang menjadi penyokong kuat Wan Azizah, termasuk dipercayai menjadi dalang meletakkan kamera tv di dalam pejabat MB Selangot itu.

Ekoran itulah Azmin semakin dibenci oleh para pemimpin bawahan PKR dan pendedahan aksi-aksi tidak senonoh Timbalan Presiden partu itu di dalam tandas bersama seorang wanita muda yang dipercayai bukan isterinya itu adalah “rahmat” bagi mereka.

Bagaimanapun, ia tidak semudah yang disangka untuk mengenakan Azmin. Azmin “kebal” dan dia dilindungi oleh “dewata raya” yang disanjung para pengikutnya bagaikan “Imam Mahdi”!

Khabarnya, Anwar menolak gesaan untuk siasatan dalaman dilakukan terhadap Azmin. Saya tidak pasti sama ada tindakan Anwar itu dibuat supaya Ketua Pembangkang itu tidak disekat Azmin untuk “melawat” isterinya, Shamsidar…

Namun pada pandangan saya, Wan Azizah dan para penyokongnya tidak perlu takut atau berputus asa dengan penolakan Anwar tersebut memandangkan mereka punya medium lain untuk melakukan siasatan terhadap Azmin.

Khabarnya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini telah mengumumkan penubuhan sebuah badan yang dikenali sebagi “Now” untuk menyiasat, mengorek sedalam-dalamnya dan membongkarkan sebarang skandal di negara ini, “ala-ala SPRM”!

Rasanya sebagai Presiden PKR, Wan Azizah boleh mengarahkan anak-anak buahnya untuk mengadu kepada Now dan memohon agar badan itu menyiasat tentang skandal yang melibatkan salah laku moral Timbalannya itu.

Bukan apa, ia bertujuan semata-mata mahu membersihkan PKR dari sebarang pemimpin yang terlibat dengan skandal seks dan mungkin dengan cara itu segala dosa serta skandal-skandal yang melibatkan suaminya akan “dilupakan” rakyat…

Sudah tentu Wan Azizah dapat tidur lena dan menarik nafas lega sekiranya rakyat Malaysia tidak lagi bertumpu kepada skandal-skandal seks suaminya dan beralih arah menuding jari terhadap musuh politik dalamannya itu, bukan?

Pergilah berjumpa Rafizi sebelum terlewat. Khabarnya Rafizi kini sedang pening kepala berhadapan dengan tuduhan melanggar akta BAIFA yang akan mengheretnya ke penjara tidak lama lagi.

Sebelum Rafizi “masuk ke dalam” lebih baik Wan Azizah mengadu padanya. Manalah tahu Now yang ditubuhkan Rafizi itu boleh membantu Wan Azizah membersihkan “tong tahi” yang sarat dengan dosa-dosa tidak bermoral itu…

Apapun, kita biarkan PKR menyelesaikan kemelut dalamannya sendiri. Kita lihat betapa telusnya mereka menyelesaikan salah laku dan skandal yang melibatkan para pemimpin utama parti itu sejak awal penubuhannya.

Bukan apa, selama ini sudah “berbuih mulut” rakyat dan rakan-rakan karib Anwar dan Azmin menceritakan tentang aktiviti-aktiviti persundalan mereka, namun dakwaan-dakwaan itu tidak pernah diakui atau diadili seadil-adilnya.

Dan jika benar PKR sebuah parti yang berpaksikan keadilan, siasatlah segera mengenai skandal Azmin itu dan jangan lupa heret sekali Anwar Ibrahim bersama kerana dipercayai dialah yang menjadi “mentor rasmi” suami Shamsidar itu…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!