Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 4, 2012

PEDIHHHH..!!! AKHIRNYA DIA MENGAKU KALAH TERKULAI DI KAKI KARPAL...


AKHIRNYA dia mengaku kalah. 

Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi tunduk “kow tow” kepada Karpal Singh dan DAP yang menentang habis-habisan pelaksanaan hukum hudud ciptaan PAS.
Dalam kenyataan terbarunya, Nasrudin mengaku bahawa DAP tidak dapat menerima hudud walaupun sudah berkali-kali berbincang dengan kepimpinan dan para ulama PAS mengenai perlaksaan hukum tersebut.

Namun, Nasrudin menegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hukum tersebut sekiranya diberi mandat majoriti untuk menjadi kerajaan, sekaligus mengenepikan bantahan DAP yang menjadi sekutunya sejak 2008 itu.

Nampaknya, ternyata PAS kini dikuasai sepenuhnya oleh DAP dan partinya hanya dilayan bagai parti kelas bawahan di dalam gabungan pembangkang itu.

Itulah fakta terkini kedudukan PAS di dalam Pakatan Haram yang dibangga-banggakan sebelum ini.
Kononnya PAS parti dominan? “Dominan” apa kalau tiada satu pun dasar perjuangan PAS diterima oleh DAP dan PKR? Malah dasar perjuangan utama PAS seperti hudud pun boleh diketepikan.

Pada pandangan saya, PAS sebenarnya tersalah pilih kawan. Dia fikir dia boleh “menjinakkan” kafir harbi, tapi sebaliknya PAS sendiri yang “dijinakkan” oleh parti chauvinis ultra kiasu dan agen Yahudi itu.

Ketika PAS bercadang mahu bergabung dengan DAP dan PKR pada tahun 2008 dulu, parti itu begitu riak dan takbur menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu dibuat atas dasar yang ikhlas dan “satu hati”.

Malah Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat begitu bongkak menegaskan bahawa PAS sanggup dan lebih rela berkawan dengan syaitan untuk menumbangkan UMNO/BN di persada politik negara.

Setelah diuji Allah dengan beberapa kemenangan di peringkat negeri pada PRU ke-12, PAS kemudiannya begitu optimis menyatakan bahawa mereka akan berdakwah kepada DAP untuk menerima syiar Islam dan membentuk sebuah kerajaan Islam.

Di Pulau Pinang, PAS pernah menimbulkan dakwaan bahawa Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang dianggap sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” itu bakal memeluk agama Islam dalam masa terdekat setelah menerima dakwah PAS.

Padahal,Guan Eng makin hari makin teruk menekan umat Islam di Pulau Pinang dan menjalankan dasar chauvinis ultra kiasu dengan mengenepikan kepentingan bangsa Melayu dan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

Itu termasuklah tindakannya yang cuba menghalang ahli perniagaan Melayu Muslim terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dari mengambil alih Penang Port.

Kemudian, pada muktamar PAS yang lalu, PAS mengejutkan golongan ulamanya dengan mengumumkan pembatalan perjuangan menubuhkan kerajaan Islam dan menggantikannya dengan kerajaan kebajikan.

Hudud pula turut dibatalkan apabila DAP bermati-matian menolak hukum tersebut sambil disokong penuh oleh PKR yang menyebelahi DAP dalam hal ini.

Persoalannya, apakah PAS kini masih lagi mahu menegakkan benang yang basah?

Begitu ramai umat Melayu Islam yang dapat melihat dengan jelas, termasuk para penyokong PAS sendiri yang mengakui bahawa PAS kini dibawah telunjuk DAP dan PKR di dalam ikatan gabungan pembangkang itu?

Bagaimana lagi PAS mahu menipu diri sendiri? Takkanlah mahu terus meletakkan PAS di dalam keadaan begitu yang mampu merosakkan masa depan PAS?

Sewajarnya PAS bermuhasabah mengenai kedudukannya di dalam Pakatan Haram. Di Perak misalnya, keghairahan Nizar Jamaluddin yang dikawal bagaikan boneka oleh DAP begitu terserlah sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati para penyokong PAS di negeri itu.

Malah di beberapa kawasan, para pemimpin PAS dan ahli-ahlinya setuju melabelkan Nizar sebagai liabliti kepada PAS Perak dan tidak lagi menyokong bekas Menteri Besar itu pada masa akan datang.

PAS harus memperbaiki reputasinya dengan bermufaraqah keluar dari gabungan Pakatan Haram untuk berdiri sendiri sebagai entiti parti berasingan atau bergabung bersama BN untuk menjadi “check and balance” di dalam parti pemerintah itu.

Saya percaya, tindakan menyendiri atau bergabung dengan BN lebih disokong oleh ramai umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini sebagai lambang perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu yang akan menggerunkan mana-mana pihak yang mahu memijak agama Allah dan bangsa bumiputera di negara ini.

Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku, PAS…

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Bohong tetap bohong... seorang yang munafik lagi fasik... politik menghalalkan cara... islam dijaja, agama tergadai, jadi bahan ejekkan kaum kafir yang dijilat selama ini...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!