Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 25, 2012

PEDASSSS..!!! PKR Pulau Pinang Terletak Dibawah Kaki Guan Eng..!!!

CHOT 1

Agak menarik apabila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kelam-kabut apabila minit mesyuarat tidak rasmi PKR negeri itu yang dibocorkan di media internet sehingga dia terpaksa memberi penjelasan mengenainya.

Minit mesyuarat yang dikatakan hanyalah lebih menjurus kepada perbincangan tidak berekod itu mendedahkan bagaimana Mansor menggelar Guan Eng sebagai “tokong” yang membayangkan pengaruh Ketua Menterinya itu yang dilayan seolah-olah “Tuhan” di Pulau Pinang.

Dan kerana itulah juga menurut Mansor, Guan Eng dan DAP di negeri dikatakan bersifat angkuh serta sombong terhadap PKR serta parti chauvinis ultra kiasu itu dijangka bakal menuntut lebih banyak kuota kerusi DUN di negeri itu pada PRU kali ini.

Justeru itulah maka Mansor dikatakan “geram” dan berjanji pada orang-orang bawahannya bahawa PKR akan memastikan kuota mereka tidak “dirampas” oleh DAP pada PRU ke-12 ini serta bersedia untuk bertanding tiga penjuru sekiranya DAP tetap berdegil mahukan kerusi mereka.

Kerana “kantoi” dan terdedahnya minit mesyuarat tersebut, maka mengamuklah DAP Pulau Pinang di mana Pengerusinya, Chow Kon Yeow, mendesak Timbalan Ketua Menteri I itu memberikan penjelasan segera mengenainya.

Maklumlah, Mansor kutuk Guan Eng macam-macam dan sudah tentu puak-puak DAP tidak beri muka terhadap “keldai” yang selama ini berada di bawah tapak kaki mereka.

Mungkin kerana itulah maka Mansor semalam terpaksa memberi penjelasan palsu mengikut skrip yang dipercaya telah disediakan Guan Eng untuknya mengenai apa yang berlaku meskipun tanpa rela dan berbohong kepada media.

Semua orang tahu bahawa kenyataan media Mansor tiba-tiba terganggu dan terpaksa dihentikan apabila Guan Eng hadir di majlis itu dan mahu bertemu dengan Timbalannya itu. Kenyataan media Mansor dilaporkan terhenti selama 15 minit!

Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba Guan Eng “menyerbu” sidang media Mansor dan mengganggu sidang tersebut selama 15 minit?

Apakah Guan Eng tidak percaya dan tidak yakin dengan kreadibiliti Mansor sebagai Timbalannya untuk menjelaskan isu tersebut sehingga terpaksa bergegas ke sidang media itu dan berpakat untuk menggunakan satu skrip yang sama untuk isu tersebut?

Apakah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng tidak punya kerja lain yang lebih penting untuk dibuat berbanding hadir di sidang media itu untuk “membetulkan” kenyataan Mansor supaya selari dengan kenyataannya nanti?

Bukan itu saja, malah media juga melaporkan bahawa Guan Eng sendiri menulis nota di atas sekeping kertas dan diberikan kepada Mansor di sidang media tersebut. Apakah kandungan nota tersebut?

“Skrip” yang diberikan Guan Eng itulah yang dikatakan menjadi panduan kepada Mansor di dalam sidang medianya semalam dan pada saya ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada PKR.

Nampaknya, Guan Eng pandai bermain politik. Nampaknya, dia seolah-olah mahu Mansor tertekan dan menjawab mengikut acuan apa yang dikatakannya di dalam nota tersebut. Ini akan menghilangkan kreadibiliti Mansor.

Mungkin juga Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia tahu dan lihat sendiri bagaimana Mansor yang kononnya “orang kanan” Anwar begitu mudah diarah mengikut kemahuannya dan membuktikan bahawa PKR terletak di bawah kakinya sahaja…

Saya tertanya-tanya, apakah PKR tidak malu bila dipermaikan oleh anak lelaki Kit Siang ini sebegitu hina sekali? Mungkin PKR tak kisah “dikeldaikan” begitu asalkan mereka mendapat kuasa, mungkin…

Dan sekiranya PKR pun dilayan begitu hina sekali, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS di negeri itu. Saya berpendapat bahawa kedudukan PAS mungkin jauh lebih rendah “kasta”nya di mata DAP.

Kalau PKR disifatkan DAP sebagai “kuli batak yang terletak dibawah kaki”, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS yang mungkin hanya “dibakul sampahkan” saja oleh parti kesayangan Nik Aziz itu. Kalau PKR tak malu, PAS lagilah tak malu…kan?

Memang memalukan Melayu Muslim saja PKR dan PAS. Entah bilalah mereka akan sedar tentang kejahilan dan kebodohan mereka yang “dilembukan” DAP. Kasihan…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

pas jadi keddi saja lah.supply club,cuci club,dan mungkin pandai sikit bolehlah isi kad?.mungkinlah ini pandangan saja.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!