Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 6, 2012

PEDASSSS..!!! NURUL IZZAH TAKUT "BARANG PAPA" TERSEBAR DI SABAH..?!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

RASANYA bukan taraf budak hingusan seperti Nurul Izzah untuk mengandaikan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Sabah sebagai “takut” memandangkan dia baru setahun jagung berkecimpung di dalam dunia politik tanahair.

Nurul Izzah masih terlalu mentah untuk menilai sesuatu tindakan para pemimpin UMNO/BN, khususnya yang berjawatan Perdana Menteri yang jelas tahu maksud segala percaturan dan gerakan yang dibuatnya.

Memang benar. Baru-baru ini Datuk Seri Najib ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan BN di negeri di bawah bayu itu.

Rasanya tidak ada salahnya tujuan beliau dalam tindakannya berkunjung ke Sabah.

Sebagai Presiden BN, Datuk Seri Najib berhak dan bertanggungjawab turun padang dan memantau segala keadaan di negeri tersebut yang baru-baru ini kehilangan dua orang Ahli Parlimen BN yang bertindak keluar parti dan membelot.

Pada saya, tindakan ini adalah sama dengan tindakan PAS yang menghantar Naib Presidennya, Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan masalah dalaman Kerajaan PAS Kedah dan kemudiannya menyaksikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula ke negeri itu untuk menyelesaikan kemelut itu.

Untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib “takut” dengan apa yang berlaku di Sabah, rasanya itu tidak tepat sama sekali.

Untuk apa Najib “takut”?

Apakah hanya kerana pergi memantau keadaan di Sabah dan memperkukuhkan barisan kepimpinan BN di Sabah maka Najib layak dihukum sebagai “takut”?

Rasanya, Datuk Seri Najib jelas dengan segala perancangan dan agenda-agenda transformasi yang bakal dijalankan di Sabah selepas PRU ke-13 nanti dan mungkin kehadirannya di negeri itu bagi memperjelaskan segala perancangan tersebut.

Selain itu, sudah tentu kehadiran pemimpin nombor satu BN itu ke negeri itu mampu meningkatkan lagi semangat para pemimpin di Sabah bagi melakukan persiapan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal direncanakan tidak lama lagi.

Pada pandangan saya, mungkin Nurul Izzah sendiri yang takut dengan kehadiran Perdana Menteri ke Sabah.

Mungkin anak sulung Anwar Ibrahim itu tahu bahawa Presiden BN itu mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri dan “sentuhan ajaib” yang mampu merubah kembali landskap politik yang cuba dipengaruhi unsur jahat Pakatan Haram di Sabah.

Apakah Nurul Izzah fikir Najib tidak punya maklumat mengenai strategi, isu dan sentimen yang dimainkan oleh pihak Pakatan Haram untuk meracuni pemikiran rakyat dan pemimpin di negeri itu?

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Datuk Seri Najib memiliki kekuatan yang digeruni oleh ayahnya dan “thinktank” yang dimiliki oleh Perdana Menteri itu sebenarnya langsung tidak dapat ditandingi oleh Ketua Pembangkang.

Pada saya, mungkin Najib hadir di Sabah untuk menakut-nakutkan Anwar di Semenanjung. Masih ingat lagi bagaimana Perak boleh dirampas kembali ke pangkuan BN setelah lebih 11 bulan dirosakkan oleh rejim Nizar Jamaluddin?

Ketika itu, senarionya memperlihatkan seorang ADUN BN yang pada mulanya “melompat masuk” menyertai Pakatan Haram di Perak. Maka bertepuk tangan dan melompat gembiralah “Papa Nurul Izzah” menerima berita tersebut.

Namun tidak lama kemudian, ADUN itu tiba-tiba “melompat” kembali ke pangkuan BN Perak dan “lompatan”nya itu turut sama disertai oleh dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP! Maka ketika itu “terkejut beruk”lah “Papa Nuruk Izzah” dan meraung sakanlah dia…

Apakah Nurul Izzah tidak takut peristiwa yang sama akan berlaku di Sabah? Kalau takut, katakanlah takut…

Pada saya, Nurul Izzah wajar “tutup mulut” dari terus menyalak bagai budak kecil yang tidak mendapat kasih sayang dari “papa”nya.

Kalau benar pun mahu bersuara, sewajarnya Nurul Izzah tanya bapanya mengenai “16 September” yang benar-benar memalukan dia sekeluarga.

Nurul Izzah perlu menjaga maruah keluarga setelah bapanya begitu teruk mencemar nama baik ibu, adik dan sanak-saudaranya, khususnya bila segala rahsia-rahsia “gelap” bapanya itu terbongkar dan menjadi sindiran ramai rakyat Malaysia.

Seperkara lagi, harapan saya agar Nurul Izzah tolong beritahu bapanya agar jangan takut untuk menunjukkan jam tangan OMEGA miliknya. Bukan apa…ramai yang teringin sangat nak tengok jam tangan yang kononnya ada di dalam almari ibunya itu, kan?

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!