Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 27, 2012

PEDASSS BERAPIII..!!! Hadi Cuba Bohong Rakyat Pasal Fakta Sejarah Hudud PAS..!!!

hadi anwar
"Dah dekat PRU dah ni...hang main isu hudud...suruh keldai Mahfuz bukak mulut longkang dia..."
Saya fikir, hanya Mahfuz saja yang sukar untuk dibezakan sifatnya dengan keldai atau baghal, rupanya Presiden PAS, Hj Hadi Awang juga tidak terkecuali dari kategori tersebut berdasarkan kenyataannya yang terkini mengenai perlaksanaan hudud di negara ini.

Terbaru, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud mengikut acuan demokrasi yang wujud di negara ini.

Katanya PAS sudah lama cuba memperkenalkan perlaksanaan hukum hudud di dalam sistem perundangan negara melalui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Presiden PAS itu bagaimanapun tidak rasa pelik dengan tentangan dari DAP untuk melaksanakan hudud berbanding UMNO yang kononnya “menolak” perlaksanaan hukum berkenaan di dalam sistem perundangan syariah di negara ini.

Malah dia menuduh bahawa UMNO menyekat usaha melaksanakan hudud dengan sepucuk surat yang kononnya memberi amaran kepada PAS di negeri Kelantan dan Terengganu ketika itu untuk tidak melaksanakan draf berkenaan.

Nampaknya Hadi cuba bermain kotor. Dari kenyataannya itu, bolehlah saya tegaskan di sini bahawa ia adalah tuduhan fitnah terhadap UMNO dan menunjukkan kebejatan cara Presiden PAS ini berfikir secara adil.

Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1990’an itu ketika mana PAS “cuba tunjuk pandai” dengan membuat draf hukum hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.

Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil.

Dan Kerajaan PAS Kelantang kemudiaannya membuat sedikit pembetulan di dalam draf tersebut dan ia ditolak kali kedua oleh Kerajaan Pusat dengan alasan yang sama, iaitu draf undang-undang itu tidak adil perlaksanaannya kepada umat Islam.

Ketika Hadi menjadi Menteri Besar di Terengganu, dia juga cuba membuat draf hudud di negeri itu, namun draf berkenaan juga ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Saya ingin bertanya secara ikhlas kepada Hadi dan puak-puak PAS yang ada ketika itu, apakah benar UMNO menolak draf hudud tersebut kerana Kerajaan BN tidak mahukan hukum Allah itu dilaksanakan di negara ini?

Dan sekira Kerajaan BN menolak draf berkenaan, apakah ia boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Allah SWT?

Sebenarnya, alasan Kerajaan Pusat menolak ketiga-tiga set draf enakmen berkenaan disebabkan oleh sifat draf itu yang tidak adil sama sekali. Bukan setakat satu atau dua akta yang didapati tidak wajar, malah lebih dari tiga akta berkenaan yang didapati tidak adil.

Draf-draf berkenaan bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu.

Beberapa khilaf turut disenaraikan di dalam surat penolakan draf hudud tersebut yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir dan ia menjelaskan betapa ceteknya ilmu serta mentahnya ijtihad para ulama “agama” PAS ketika itu.

Jadi, kenyataan Hadi bahawa UMNO menolak hudud adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan yang jelas memandangkan yang ditolak ketika itu adalah draf hudud PAS yang mencemar sistem keadilan di dalam Islam dan hukum Allah yang sebenar.

Saya yakin, sekiranya salah satu draf yang dikemukakan PAS itu adil, jaami’ dan maaniq segalanya, sudah pasti bukan saja Tun Dr. Mahathir, malah tiada sesiapa pun yang akan menolak “masterpiece” hukum Allah berkenaan untuk dilaksanakan di negara ini.

Takkanlah UMNO mahu membiarkan PAS memalukan Islam dengan mengamalkan hukum hudud yang tidak adil? Sesungguhnya UMNO tidak pernah redha melihat Islam direndah-rendahkan kualiti sistem keadilannya di negara ini.

Tapi, DAP yang terang-terang dan bermati-matian menolak hukum berkenaan pula yang dipuji Hadi?
Ketika draf-draf hudud itu dikemukakan, saya percaya DAP tidak menyemak langsung enakmen-enakmen tersebut. Dengar saja perkataan “hudud”, terus Karpal, Kit Siang dan DAP tolak tanpa kompromi.

Malah saya percaya, sekiranya draf hudud itu adil dan sempurna sekali pun, DAP akan tetap menolak serta menentang keras perlaksanaannya di Daulah Islamiyyah ini.

Jadi, siapa yang patut pelik kepada siapa sekarang? Hadi patut pelik pada UMNO atau seluruh umat Islam yang patut pelik kepada PAS yang kini memeluk kafir harbi yang jelas menolak hudud dan kerajaan Islam, malah boleh dikategorikan sebagai “anti-Islam” secara tidak langsung!

Saya memohon kepada Hadi supaya mengangkat balik otak dan akalnya yang kini diletakkan di “kepala lutut” serta diletakkan kembali di kepalanya yang berserban itu dan jagalah sebaik mungkin supaya tidak lagi menjadi sebodoh alang bukan kepalang seperti Mahfuz Omar.

Bukan apa, rasanya Mahfuz sudah terkenal dengan tahap IQ dan pemikirannya yang lebih rendah berbanding keldai,jadi  saya berpendapat tidak perlulah Hadi sertai kedunguan Naib Presidennya itu…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!