Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 8, 2012

PECAH REKOD..!!! PADERI GAY ANJUR MAJLIS RESEPSI DI MALAYSIA..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Nampaknya Ambiga, Marina Mahathir, Anwar Berahim dan sekutu-sekutunya boleh menarik nafas lega dan berbangga dengan paderi gay ni yang pecah rekod paling tak senonoh di Malaysia...

Paderi gay ni buat majlis resepsi lepas "kahwin" dengan "balak" dia kat KL..!!! Heh! Aku rasa depa jemput Ambiga, Marina dan Anwar..cuma mungkin depa "takut" nak pegi kot...! Takut media rakam gambar depa... Heh!

Aku nak tanya, zaman-zaman sebelum ni pernah ke berlaku perkara ni kat Malaysia? Tapi sejak Anwar, Ambiga dan konco-konconya mempromosikan LGBT, puak-puak kaum Nabi Luth AS ini makin berani "naik tocang" kat negara kita ni...

Tak boleh ke Paderi tu kahwin kat oversea je dan tak payah bawak masuk budaya paling buruk tu kat Malaysia? Malaysia kaya dengan budaya dan adab susila norma masyarakat bertamadun. Tapi dirosakkan oleh puak-puak macam ni...

Apa pandangan hangpa pulak? Heh!

Paderi Gay Anjur Majlis Resepsi Kahwin


KUALA LUMPUR – Paderi gay rakyat Malaysia yang ‘berkahwin’ dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

”Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,” kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia ‘mengahwini’ Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

”Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

”Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,” katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. – AGENSI

2 comments:

Anonymous said...

Hei..That's the pride of Christianity. So Jesus was gay, is that true..

Anonymous said...

ha..ha...maybee

Bila Kak Su Bersuara... Heh!