Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 8, 2012

PAS TETAP PERTAHAN "KHALIFAH" WALAU DIA HINA UMAT ISLAM WARGA EMAS...ASTAGHFIRULLAHIL'AZIMMM...

guan eng

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyindir golongan warga emas di negeri itu apabila menyatakan bahawa mereka yang dulunya memulangkan kembali wang RM100 yang diberikan, kini berbaris di barisan hadapan untuk menerima wang tersebut.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Guan Eng di  Dewan Besar Sungai Dua kelmarin, dia menuduh kononnya UMNO adalah dalang yang memburuk-burukkan pemberian wang RM100 kepada warga emas dan penduduk miskin di Pulau Pinang sehingga ramai yang memulangkan duit tersebut.

“Khalifah” PAS itu berkata, golongan yang menyerahkan kembali duit tersebut pada tahun lalu adalah antara mereka yang paling hadapan untuk menerima bantuan dari tangan anak Lim Kit Siang itu pada tahun ini.

Pada saya, nampaknya Guan Eng masih lagi tidak sedar dan “buta” dalam isu pemberian wang sumbangan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Dia seolah-olah masih tidak jelas mengenai sensitiviti umat Islam yang tidak mahu dan enggan sekali-kali menerima wang dari sumber haram atau syubhah. Dalam ertikata lain, sumber pemberian atau sumbangan itu lebih diyakini jika bersumberkan dari sumber yang bersih dan meyakinkan.

Pada tahun sebelum ini, rahsian Guan Eng yang menerima wang dari sumber judi lumba kuda untuk diberikan kepada fakir miskin di negeri itu telah terbongkar.

Dalam sepucuk surat yang didedahkan di internet, jelas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima sumbangan berjumlah RM500,000 dari sebuah pusat perjudian lumba kuda yang beroperasi di negeri itu.


Dalam surat tersebut, Setiausaha Sulitnya, Farida Hani M Yacob telah mengutus sepucuk surat kepada Pengurus Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di Batu Gantung, Leow Khin Ming, sebagai tanda “terima kasih” atas pemberian wang tersebut.

Atas sebab itulah para umat Islam di Pulau Pinang mengembalikan semula wang tersebut kepada Kerajaan pimpinan Guan Eng.

Di dalam diri umat Islam di negeri itu, tersemat prinsip tegas pada mereka bahawa biarlah mereka miskin dan hidup kekurangan asalkan darah daging mereka tidak dinodai oleh sumber haram yang akan dimamah api neraka di akhirat kelak.

Kerana itulah mereka memulangkan wang tersebut pada tahun sebelum ini dan ia tiada kena mengena dengan UMNO atau mana-mana dalang sekali pun.

Apa yang dilakukan oleh UMNO sebelum ini hanyalah membantu umat Islammengumpulkan kembali wang “haram” itu untuk dikembalikan kepada “Khalifah” junjungan PAS dengan mesej jelas bahawa umat Islam di negeri itu tidak “kebulur” dengan wang sumber yang syubhah tersebut.

Salahkah tindakan para pemimpin UMNO itu?

Berbanding pada tahun ini, tiada sebarang dakwaan pun yang menyatakan bahawa sumbangan yang mahu diberikan oleh Guan Eng itu berasal dari sumber yang haram. Tiada surat pun yang dibongkarkan yang menjadikan sumber wang tersebut sebagai “syubhah”.

Justeru itu, maka tiadalah sebarang masalah untuk umat Islam dan golongan “fuqara’ wal masakin” di negeri itu untuk menerima wang itu.

Jadi, kalau benar Guan Eng ikhlas dalam pemberian tersebut, tidak perlulah dia mengungkit kisah golongan warga emas yang mengembalikan wang yang diterima tahun lalu.

Dan tidak perlulah “Khalifah” PAS itu menyindir golongan warga emas dan umat Islam yang beratur di barisan hadapan untuk menerima sumbangan tersebut memandangkan mereka layak menerima hak mereka yang “dirompak” Guan Eng selama lebih 4 tahun sebelum ini.

Itu pun jumlahnya amat sedikit berbanding apa yang diberikan Guan Eng kepada “buah hati”nya.

Para umat Islam yang terdiri dari golongan warga emas, ibu tunggal dan kurang berkemampuan itu hanya menerima sebanyak RM100 untuk setahun dan cubalah bandingkan dengan wang sebanyak RM1.5 juta yang khabarnya digunakan untuk membiayai rumah mewah “Rainbow”!

Tidak perlu Guan Eng menghina umat Islam yang kurang bernasib baik itu kerana percayalah bahawa berkemungkinan kali ini adalah “kali yang terakhir” mereka menerima bantuan “seciput” itu dari tangan “kafir harbi” itu.

InsyaAllah, UMNO/BN akan kembali merampas negeri itu pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!