Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 14, 2012

PANASSS..!!! TAMRIN GHAFAR "KENCING" ATAS KUBUR BAPANYA SENDIRI..?!!!!


Siapa tidak kenal dengan Datuk Tamrin Abdul Ghafar, anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang begitu banyak menabur jasanya kepada parti keramat UMNO di sepanjang hayat beliau.


Bila disebut nama Tamrin, sudah tentu ramai “otai-otai” UMNO akan terbayang bapanya yang begitu hebat dan harum namanya meskipun sudah beberapa lama meninggal dunia. Namun, ramai yang mengakui tentang pengorbanan Allahyarham yang sangat dihormati kawan dan lawan.

Hakikatnya, mungkin cerita mengenai Allahyarham Tun Ghafar tidak pernah didengar apatah lagi dikenali oleh golongan muda masa kini.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu mengenai tokoh pejuang bangsa itu kerana beliau hanya sebentar saja menjawat jawatan nombor dua negara itu dan hanya seketika sahaja menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO pada suatu masa dahulu.

Tun Ghafar merupakan seorang yang mula bertatih di dalam politik dari peringkat bawah. Dia orang susah dahulu dan dia menapak setapak demi setapak bersama semangat memperjuangkan nasib anak bangsa, agama dan tanahair.

Namanya begitu harum sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga beliau ditarik ke peringkat pusat oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu yang agak “sukar” untuk mencari seorang Timbalan yang benar-benar secocok dengan corak pentadbirannya.

Akhirnya, Tun Ghafar berjaya berada di puncak ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehinggalah ketika beliau “dijatuhkan” oleh “seseorang” pada 15 Oktober 1993.

Mungkin mereka yang “buta sejarah” tertanya-tanya tentang “seseorang” yang menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar ketika itu. Tahukah anda siapakah gerangannya?

Cuba anda selak di dalam lipatan sejarah politik negara, siapakah “individu” yang berjaya “mencantas” seorang tokoh yang berjiwa rakyat tersebut? Siapa yang “gulingkan” bapa Tamrin Ghafar..?

Saya masih ingat lagi mengenai sebuah cerita benar yang disampaikan oleh salah seorang sahabat Allahyarham, Tan Sri Sanusi Junid, yang memberitahu tentang “rahsia” kejatuhan Tun Ghafar Baba dan angkara siapakah yang membuatkan beliau “rebah tidak bangun-bangun” lagi selepas itu.

Menurut Tan Sri Sanusi, ketika itu ada seorang “anak muda” yang gelojoh gilakan kuasa dan mahukan jawatan yang disandang oleh Tun Ghafar ketika itu. Siapa lagi “anak muda” itu kalau bukan Anwar Ibrahim.

Jadi, Anwar perlu menjatuhkan Tun Ghafar di dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden pada satu Pemilihan parti di Perhimpunan Agung UMNO. Anwar pada ketika itu enggan mengaku mahu bertanding jawatan tersebut, kononnya menghormati kedudukan Tun Ghafar.

Tiba-tiba, Anwar tunjukkan kemunafikan dirinya dengan mengumumkan bahawa dia akan mencabar dan merebut jawatan Tun Ghafar ketika itu. Anwar bawa “team Wawasan”, yang kononnya mendapat restu Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nak tahu bagaimana Anwar berkempen?  Dalam satu kejadian di Sabah, seorang pemimpin UMNO Sabah menangis di depan Tun Ghafar mengaku bahawa dia ada menerima “habuan” dari pelobi Anwar yang merupakan seorang “tauke balak”!

Pemimpin UMNO Sabah itu menangis kerana terlalu menghormati Tun Ghafar yang ketika itu hadir bersama Tan Sri Sanusi dan memberitahu bahawa “habuan” tersebut telah menghalangnya untuk memberikan undi kepada Tun Ghafar pada Pemilihan Agung UMNO itu nanti.

Akibat dari “cara kempen paling telus Anwar itu” yang juga disusuli oleh borang-borang “merah jambu” yang berterbangan di PWTC, akhirnya Tun Ghafar terpaksa menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Saya kira, Tamrin mungkin tahu tentang riwayat politik arwah bapanya yang “dibunuh” Anwar sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Atau jika mahu versi yang lebih jelas, dia boleh dapatkan info dari Tan Sri Sanusi sendiri.

Apa yang mengharukan ialah mengenai Tamrin yang kini menyokong individu yang menganiaya dan menzalimi bapanya itu dengan menyertai PAS.

Mungkin Tamrin tidak menyertai PKR kerana dia malas untuk mengadap Anwar, kononnya dia “bencikan” bapa Nurul Izzah itu. Tapi, sedarkah dia bahawa dengan menyertai PAS maka dia telah meletakkan dirinya lebih hina dari apa yang sepatutnya?

Jika dia menyertai PKR, sekurang-kurangnya dia masih mampu untuk menggulingkan Anwar dari pucuk pimpinan parti itu pada pemilihan yang akan datang. Tapi dengan menyertai PAS, tahukah dia bahawa PAS hanyalah berada di tahap “keldai” yang menjadi balaci hina Anwar?

Allahyarham Tun Ghafar begitu terkenal dengan kesetiaannya kepada perjuangan UMNO, demi Islam, bangsa Melayu dan Tanahair, serta beliau tidak pernah mengkhianati parti meskipun dianiaya sebegitu rupa oleh Anwar Ibrahim.

Namun anaknya Tamrin, sanggup mengkhianati perjuangan ayahnya itu? Dan saya fikir, jika rakyat negara ini mengenali ayahnya sebagai perjuang kental bangsa Melayu, Tamrin pula selepas ini akan dikenali sebagai pengkhianat kepada perjuangan bapanya, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Tun Ghafar seorang yang benar-benar berjuang untuk parti dan berjuang untuk bangsa agama dan negara. Tiada kepentingan diri. Saya pun pernah dengar cerita yang sama seperti penulisan tersebut. Saya masih ingat bagaimana Tan Sri Sanusi menggunakan Bus sebagai medium untuk memberi menjelasan. Pakai Bus express adakan ibarat rombongan ke suatu tempat dan dalam perjalanan diberikan penjelasan tentang kejahatan Anwar nak jatuhkan Tun Ghafar. Anwar Menteri Kewangan dan beliau lah memulakan dan membawa budaya politik Wang ala ala CIA operandi dalam UMNO. Dan perkara yang sama beliau buat dalam PAS apabila lulusan SRP pun boleh jawat jawatan tetinggi Parti ketepi kepimpinan Ulamak berijazah....

Mohon pautkan blog saya tuan. http://gombakgempur.blogspot.com/

Bila Kak Su Bersuara... Heh!