Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 15, 2012

PANASSS..!!! SEBAB SEBENAR "JANJI DITEPATI" DI TOLAK PAKATAN TELAH DIKENAL PASTI..?


BARU-BARU ini Pakatan Haram telah bertindak menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka apabila cuba mempolitikkan semua perkara yang membabitkan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini.

Semua perkara seperti tema, logo dan terbaru, Pak Samad Janggut pula berdegil mahu menganjurkan himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada tarikh dan waktu yang sama pada hari sambutan tersebut.

Berbanding pertikaian logo atau tindakan Pak Samad Janggut yang cuba mengganggu rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka , saya lebih tertarik untuk mengulas tentang tema “Janji Ditepati”.

Apa masalahnya dengan tema tersebut?

Kita rujuk dulu semangat dari tema “Janji Ditepati” itu dari sudut agama Islam yang menjadi asas kehidupan para muslimin dan muslimat yang menjadi majoriti penduduk bumiputera yang berhak di negara ini terlebih dahulu.

Pada pandangan saya, tema “Janji Ditepati” adalah selaras dengan konsep agama Islam di mana ajaran Rasulullah SAW menggariskan tentang ciri-ciri munafik yang sepatutnya dihindari oleh seluruh umat Islam.

Di dalam sabda Baginda SAW, mafhumnya jelas menyatakan bahawa antara sifat munafik itu ialah apabila individu itu berjanji, maka dia akan memungkiri janji tersebut!

Jadi, bagi memastikan negara ini dan seluruh rakyatnya mengamalkan disiplin yang diterapkan Rasulullah SAW di dalam ajaran Baginda itu, maka seharusnya tema sambutan hari kemerdekaan ini disambut baik oleh seluruh rakyat, khususnya umat Islam di dalam Pakatan Haram.

Dari segi moralnya, saya ingin bertanya, siapa di antara kita yang suka ditipu dan dimungkiri janji oleh seseorang?

Rasanya, orang gila pun takkan suka ditipu atau janji yang ditabur kepada mereka dimungkiri sesuka hati, bukan?

Justeru itu, kenapa pula para pemimpin Pakatan Haram begitu beriya-iya memburuk-burukkan tema “Janji Ditepati” itu?

Pada saya, semuanya kerana politik dan sebenarnya para pemimpin Pakatan Haram sangat tersinggung dengan tema itu memandangkan ia tepat terkena di “batang hidung” mereka yang suka memungkiri janji-janji mereka.

Misalnya, rujuk kembali kepada manifesto-manifesto yang sebelum ini ditabur pada PRU ke-12 dahulu di mana boleh dikatakan  hampir semua janji-janji “bulan dan bintang” yang ditabur kepada rakyat itu gagal ditunaikan.

Pakatan Haram sedar bahawa mereka layak digolongkan sebagai mereka-mereka yang munafik berdasarkan hadis Rasulullah SAW  dan mereka terdesak untuk mengelak dari dituduh sebagai munafik oleh rakyat di negara ini.

Maka sebab itulah mereka bersungguh-sungguh menyerang, memburuk-burukkan dan memperlekehkan tema “Janji Ditepati” dengan pelbagai dakwaan yang bersifat putar alam serta tidak berkreadibiliti.

Bagi mengelak keburukan sendiri, Pakatan Haram terpaksa mengubah tema sambutan hari kemerdekaan di negeri-negeri jajahan mereka meskipun begitu banyak sepanduk, “banner”, “bunting” dan “papan tanda” telah didirikan terpaksa ditukar.

Misalnya, di Kedah yang sebelum ini menggunakan tema “Terus Berbakti” terpaksa ditukar kepada “Senegara, Sebangsa, Sejiwa” dan perubahan kepada tema itu juga bakal membabikan kos percetakan yang amat tinggi.

Bayangkan berapa ratus ribu ringgit yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan PAS Kedah untuk menempah dan menaikkan iklan kempen sambutan Hari Merdeka dengan tema baru Pakatan Haram tersebut di dalam masa yang singkat!

Dan sudah tentu kosnya berlipat ganda dan dipercayai kontrak-kontrak percetakan semula itu dimonopoli oleh kroni-kroni pak-pak lebai PAS itu sahaja, bukan?

Hakikatnya, hanya rakyat Malaysia yang bijak saja yang akan “celik” dengan agenda jijik pembangkang ini dan hanya yang cerdik menilai saja yang akan terus membawa semangat “Janji Ditepati”.

Jadi, tak payahlah terus ditipu propaganda jahat yang dipelopori Pakatan Haram itu dan para penyokong tegar parti-parti pembangkang itu patut bersedia untuk menerima profesyen baru Anwar yang akan bertugas sebagai “guru di Israel” selepas PRU ke-13 nanti, insyaAllah.

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!