Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 9, 2012

PANASSS..!!! RAMAI ARTIS BERTUDUNG TAK SUKA ABBY...?!



 

BOLEH dikatakan tindakan transformasi golongan artis dan selebriti yang memilih untuk berhijab mengenakan tudung di kepala merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal oleh rakyat, khususnya para peminat industri hiburan tanahair.

Boleh dikatakan lebih 30 orang artis dan selebiriti yang masih muda jelita telah memilih untuk “berhijrah” dengan memakai tudung dan membayangkan bahawa mereka kini berminat untuk mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih Islamik.

Antara artis yang telah berimej dan berbusana muslimah ialah Catriana Ross, Abby Abadi, Aishah, Liza Hanim, Sharifah Aleya, Noryn Aziz, Nastasha Hudson, Raja Farah, Irma Hasmie, Siti Fazurina, Yatt Hamzah, Farah AF, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Begitu juga dengan beberapa selebriti yang turut bertransformasi mengenakan tudung seperti Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Azizah Ariffin, Abby Fana, Teh Syuhada dan ramai lagi yang berminat menuju ke arah Islam.

Bagaimanapun, dalam ramai-ramai tersebut, ada juga yang seolah-olah mahu mengejar populariti segera dengan mencetus kontroversi dan memburuk-burukkan imej rakan-rakan artis yang berhijrah tersebut.

Misalnya Aishah dan Abby masing-masing telah secara terbuka mengumumkan bahawa mereka kini menceburkan diri di dalam bidang politik setelah bertudung.

Aishah dan Abby dengan bangga “memeluk agama PAS”, tanpa segan silu mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong atau menyertai parti itu, maka tidak lengkaplah keIslaman dan ketaqwaan mereka kepada Allah.

Malah lebih memalukan apabila Abby yang dipercayai kurang berpengetahuan mengenai Islam sebelum ini menegaskan bahawa dia takut sekiranya dia akan disoal malaikat di dalam kubur jika dia tidak menyokong PAS.

Kononnya, Abby tidak mahu namanya tercicir dari disebut oleh malaikat bahawa dia sempat memeluk PAS sebelum mati.

Persoalannya, apakah Abby fikir dengan mengaku bahawa dia adalah seorang ahli PAS maka dia tidak akan dihisab di dalam kubur, tidak akan dihakimi di Padang Mahsyar dan dikecualikan dari melintas titian silatulmustaqim untuk ke syurga kelak?

Apakah dia fikir dengan memberitahu malaikat dalam kubur nanti bahawa dia berguru dengan “Nik Aziz Nik Mat” maka serangga, ular, kala jengking dan sebagainya tidak akan menyeksanya?

Rasanya, Abby dan Aishah perlukan percerahan sewajarnya mengenai ajaran Islam sebenar dan tidak terikut-ikut dengan fahaman “agama PAS” yang sudah sekian lama berjaya memesongkan umat Islam dengan dakyah karut marut.

Lebih dari 50 tahun kita merdeka dan selama lebih dari tempoh itulah umat Islam terpecah dua sebelum dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan apabila seorang agen Yahudi terlatih memaksa isterinya menubuhkan sebuah parti khas untuknya, Keadilan.

Pada saya, saya menyanjung tinggi beberapa artis seperti Farah Asyikin yang baru-baru ini diasak oleh puak-puak PAS di markaz mereka di Taman Melewar tentang pendiriannya tentang soal politik.

Dengan selamba, Farah Asyikin menghampakan pak-pak lebai PAS itu dengan menegaskan bahawa dia memilih Islam dan tidak terpengaruh dengan sentimen “masuk PAS barulah Islam sebenar” sebagaimana yang dijaja Abby sebelum ini.

Mungkin puak-puak PAS kecewa, namun pada saya, Farah Asyikin bercakap benar dan pendiriannya yang fokus terhadap Islam itu adalah tepat berbanding Aishah dan Abby yang riuh rendah berpolitik bagai nak bertanding menjadi calon PRU!

Tindakan Abby dan Aishah itu sebenarnya mencemarkan nama para artis dan selebriti yang berhijrah di mana dikhabarkan bahawa rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dan tindak tanduk mereka berdua yang lebih cenderung ke arah politik berbanding Islam.

Saya percaya, sekiranya dakyah “artis bertudung perlu peluk agama PAS maka baru disahkan keIslaman” itu tidak diperbetulkan sebaik-baiknya, dikhuatiri ramai artis lain yang berniat untuk berhijrah rasa takut untuk berbuat demikian. Wallahua’alam.

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

tak de sape penah cakap PAS tu agama...!it's juz parti politik!jangan pandai2 nak buat fitnah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!