Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 13, 2012

PANASSS..!!! PENCEGAH MAKSIAT DI KELANTAN ROGOL GADIS BERGILIR-GILIR..!!!


Perkara ni berlaku di Kelantan, negeri pimpinan "tok guru spiritual", Pok Nik Ajis. Mungkin inilah hasil "tarbiyah" puak-puak PAS di negeri itu. Sapa ajar depa? Iklan-iklan ubat kuat seks di Harakah yang ajar?

Kita dalam bulan Ramadhan. Tapi, keganasan seksual ni masih berlaku lagi. Aku tahu, Pok Nik Ajis akan salahkan UMNO kononnya tolak "hudud PAS" tu...tapi hudud PAS tu tak adil, camana Tun M nak approve draf hudud tu dulu...?

Misalnya dalam kes rogol yang melibatkan wanita Islam dan lelaki bukan Islam. Hudud PAS tetapkan wanita tu kena sebat atau rejam dengan batu. Tapi lelaki bukan Islam yang merogol tu pulak dihukum di bawah undang-undang sivil dan dikenakan penjara saja...adil ke "hudud PAS" tu???

Sebab tu la Tun M tolak dulu...tapi puak-puak PAS ni pulak tuduh UMNO tolak undang-undang Allah. Padahal, UMNO tak tolak pun hudud Allah, UMNO hanya tolak "hudud ciptaan PAS"..!!! Heh! 

‘Pencegah Maksiat’ Rogol Wanita Bergilir-Gilir

KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya. – SINAR HARIAN

2 comments:

Anonymous said...

untung banyaklah depa ni.

Anonymous said...

0136933452
0173086003
Seri sedia membantu percuma...
Watpe rogol2...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!