Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 1, 2012

PANASSS..!!! LAGI MP SABAH MASUK PAKATAN HARAM...??!!!

dzul ahmad

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini menegaskan bahawa dia optimis bahawa Pakatan Haram akan mendapat 14 kerusi di Sabah rentetan dari insiden perletakan jawatan dua Ahli Parlimen negeri itu.

Kononnya, kedua Ahli Parlimen BN Sabah yang bertukar haluan menyokong Pakatan Haram itu akan membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu telah berjaya membolosi “peti deposit BN” di negeri kepulauan Borneo tersebut.

Pemimpin “agama PAS” yang kononnya “pakar strategi” itu turut mendakwa tindakan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar BN kononnya kejutan bukan kepalang dan amat menyeksakan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Peliknya, dakwaan “pakar strategi” itu tidak disertakan dengan sebarang kajian, penilaian fakta atau penyelidikan secara ilmiah. Tiba-tiba saja dia kata BN akan hilang 5 kerusi di Sabah hanya disebabkan oleh dua orang pengkhianat itu?

Atas dasar apakah Dzulkefly membuat kenyataan tersebut? Jika setakat “cakap-cakap” di kalangan orang Sabah yang gila jawatan dan mengampu Pakatan Haram untuk dicalonkan pada PRU ke-13 ini, rasanya tak payah sebutlah…

Tak malukah seorang “pakar strategi” mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disertakan dengan penyelidikan secara terperinci dan “accurate”?

Apatah lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin “agama PAS” yang kononnya tidak menipu dan tidak memutar belit fakta. Tidak berdosakah berbuat demikian di dalam hukum “agama PAS”?

Sebelum ini Majlis Profesor Negara yang membuat kajian secara ilmiah, berfakta, terperinci dan berhati-hati telah menyimpulkan bahawa Kedah bakal dirampas kembali oleh UMNO/BN ekoran sokongan rakyat yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Kajian tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk dikaji dan terpaksa diselidik secara terperinci sehingga di peringkat akar umbi tanpa sebarang unsur berat sebelah atau memikirkan kepentingan mana-mana pihak oleh MPN.

Tapi, hasil kajian MPN itu diperlekeh dan dikatakan “tipu” oleh para pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Azizan Razak dan ramai lagi.

Pelik betul! Kenyataan Dzulkefly langsung tiada kajian, tiada fakta kukuh atau penyelidikan dijalankan, tapi kenyataannya dipercayai PAS, Pakatan Haram dan Harakahdaily.

Manakala kajian MPN yang “accurate”, berkreadibiliti dan berfakta kukuh itu pula dikatakan tidak benar, berat sebelah, diperlekeh sewenang-wenangnya dan dianggap satu propaganda UMNO/BN untuk menipu rakyat.

Akal siapa yang setuju dengan kenyataan “pakar strategi” PAS itu?

Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti?

Setahu saya, tindakan dua individu yang khianat pada rakyat Sabah itu telah diketahui lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh mereka. Najib dan kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya dan tiada apa yang nak diterkejutkan oleh mereka.

Dalam ertikata lain, saya percaya mereka sudah sediakan payung lebih awal mengenainya. Silap-silap, kenyataan akhbar dari Najib atau Muhyiddin telah disiap lebih awal sebelum Lajim dan Wilfred mengumumkan keluar parti.

Kecewa yang amat menyeksakan? Tolonglah! Saya berpendapat bahawa tindakan kedua Ahli Parlimen Sabah itu langsung tidak mengecewakan atau menyeksa sesiapa pun. Itu hak mereka untuk meletak jawatan atau nak beralih arah sekali pun.

Cuma, tindakan mereka itu mendedahkan bahawa mereka memang tidak setia, khianat dan memiliki sikap “opportunis” yang tidak berpendirian. Misalnya, dulu mereka mendakwa Anwar pengkhianat, meliwat dan “raja” rasuah, tapi sekarang mereka “menjilat” Anwar pula…

Orang sebeginikah yang harus “disimpan” di dalam UMNO/BN? Rasanya, spesis-spesis ‘sesumpah” seperti ini sangat dialu-alukan untuk keluar dari UMNO/BN dari terus menjadi “virus” yang mampu membarah sepertimana yang dilakukan Anwar dahulu.

Justeru itu, kenyataan “pakar strategi” PAS ini langsung tidak boleh dipakai. Saya hairan juga mengapa Dzulkefly dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Mungkin kerana gelaran “doktor”nya?

Ini bukan pakar strategi. Ini namanya “pakar tohmah” atau “pakar putar alam” yang hanya bijak bermain dengan persepsi bodoh yang tidak berpijak pada fakta atau bukti kukuh. Pakai cakap ikut suka mak bapak dia saja. Itu pun PAS bangga dan lantik dengan dia?

Sumber:  Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

orang luar boleh berkata apa saja berkenaan politik sabah , hakikatnya orang sabah lebih tahu apa rahsia sebenar disebalik keberambusan lajim dan Bumburing !

lajim dan Bumburing tu tak ada apa2 ...tak mendatangkan kudis pun pada BN sabah !

daripada cempedak baiklah nangka , daripada rosak baiklah tiada ! faham tak ?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!