Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 9, 2012

PANASSS..!!! IPT DI NEGERI JAJAHAN PAKATAN HARAM LINGKUP HABISSS..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Bila mendengar tentang perkara yang “percuma”, sudah tentu ramai yang akan tertarik dan menyokong tindakan mana-mana pihak sangat bermurah hati untuk menawarkan perkara “percuma” tersebut.

Saya masih ingat lagi para pelajar “bodoh” yang sanggup tidur atas jalan semata-mata menuntut Pendidikan “Percuma” untuk mereka dan ibubapa mereka yang “bengap” itu menyokong mereka berkhemah di Dataran Merdeka semata-mata mahu lari dari tanggungjawab membayar yuran…

Sama ada dalam bentuk barangan produk atau perkhidmatan yang “percuma”, sesiapa sekali pun sanggup berbaris panjang untuk mendapatkannya. Itulah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pakatan Haram melalui beberapa dasar “percuma”nya di dalam “kitab suci” mereka, Buku Jingga.

Namun, apabila tiba pada perlaksanaannya, Pakatan Haram jelas menunjukkan sikap berdolak-dalik dalam memberikan perkhidmatan “percuma” yang dicanang ke seluruh negara.

Misalnya, di dalam isu Pendidikan Percuma yang diilhamkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang telah menyusahkan dan memeningkan kepala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di Kedah.

Sebagaimana maklum, Kerajaan Negeri Selangor memiliki UniSEL dan Kerajaan Negeri Kedah pula memiliki KUIN sebagai universiti yang dibiayai penuh oleh kerajaan negeri masing-masing.

Bila Rafizi melontarkan dasar Pakatan Haram untuk memberikan pendidikan percuma untuk memancing sokongan rakyat, maka peninglah kepala Khalid dan Azizan memikirkan perlaksanaan dasar itu yang memerlukan mereka berdua memikirkan cara menguruskan IPT itu secara percuma.

Di Selangor, UniSEL dikatakan hampir bankrap di mana pihak pengurusan IPT itu berhutang kepada kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd, sebanyak lebih dari RM15 juta berhubung penyelanggaraan dan pengurusan kampusnya.

Faktanya, Jana Niaga telah menghantar berpuluh-puluh pucuk surat untuk membincangkan tentang cara penyelesaian bagi masalah tersebut, namun Kerajaan Negeri Selangor memberikan banyak alasan dan tidak mengendahkan cadangan perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Pada saya, alasan-alasan Khalid itu adalah semata-mata untuk “lari” dari bayar hutang! Khalid tahu, kos untuk operasi asrama UniSEL membabitkan peruntukan sebanyak RM200 juta dan kampus pula sebanyak RM600 juta.

Khalid tahu UniSEL tak mampu bayar kerana kerajaan negeri pimpinannya sudah hampir bankrap dan dana yang dulunya beratus juta di UniSEL hampir kering sehingga memaksa Khalid bercadang untuk pajak tanah milik UniSEL untuk mendapatkan RM30 juta bagi melangsaikan hutang!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Di Kedah pula, Azizan sudah berkali-kali diperli, disindir dan dipermainkan apabila gagal membuktikan kedudukan kewangan KUIN yang semakin meruncing “dikerjakan” oleh Rektor pilihan MB Kedah itu, Prof Jamil.

Fakta menunjukkan bahawa kedudukan KUIN kini sedang nazak di mana para kakitangannya dinafikan hak kenaikan gaji 13 peratus, lewat dibayar gaji setiap bulan sehingga dikejar bank-bank setiap hari dan kereta mereka ditarik.

Malah lebih kritikal lagi, wang potongan zakat para kakitangan KUIN juga “dipusingkan” dan tidak dibayar pengurusan KUIN kepada Lembaga Zakat!

Ia dipercayai berpunca dari kegelojohan pengurusan KUIN dan Azizan yang menubuhkan banyak anak syarikat IPT itu sehingga kos operasi jauh melebihi kos pendapatan. Misalnya, Insan Medik memerlukan kos RM350,000 sebulan sedangkan jumlah pelajarnya hanyalah 8 orang sahaja!

Kemudian, Azizan dengan “bangga”nya mengumumkan kenaikan yuran pengajian dari RM60 bagi seunit kredit sehingga mencecah RM200 seunit kredit! Kononnya ia bertujuan bagi menjana pendapatan lebih untuk IPT yang ditubuhkan UMNO/BN itu!

Persoalannya, dengan krisis kewangan yang meruncing di IPT yang diambil alih oleh Khalid dan Azizan itu, bagaimana Pakatan Haram boleh mendakwa bahawa mereka akan memberikan Pendidikan “PERCUMA” kepada rakyat Malaysia?

“Pilot Case” mereka di dua universiti sekecil itu pun gagal dilaksanakan, bagaimana mereka mahu melaksanakan dasar itu di seluruh IPTA di seluruh negara? Apakah mereka mahu menjahanamkan seluruh pusat-pusat pengajian tinggi yang selama ini begitu lancar ditadbir UMNO/BN?

Mungkin kerana itulah Rafizi menghadapi tekanan kuat dan goyah “dikerat” Khalid Ibrahim di Selangor dan Azizan Razak enggan melayan sebarang kerenah PKR di Kedah. Mungkin mereka bosan dengan idea Rafizi yang kononnya “paling strategik” di pandangan Anwar!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!