Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 25, 2012

PANASSS..!!! Berani Penyokong Anwar Sebut Pasal “16 September”..!!!?

anwar

Anwar Ibrahim Club (AIC) semalam telah mempertikaikan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan Anwar Ibrahim kini di dalam keadaan tertekan ekoran gagal menunaikan janji-janjinya kepada rakyat di negara ini.

AIC yang merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membodek “pemimpin anugerah Tuhan” itu berkata, Anwar tidak wajar disamakan dengan Obama yang kini dikatakan menerima tekanan politik domestik disebabkan isu yang sama – janji tidak ditepati.

AIC mempersoalkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu yang membidas Anwar secara “direct” yang dipetik oleh sebuah portal. Pertubuhan itu juga mendakwa Tun Dr. Mahathir mempunyai “dendam yang amat mendalam” terhadap Anwar selama ini…

Mungkin justeru kerana dendam itulah maka kononnya Tun Dr. Mahathir menyerang Anwar begitu, ulas AIC mengenai negarawan ulung yang banyak berjasa itu.

Saya tertanya-tanya, siapakah Presiden AIC yang bernama Saifuddin Shafi Muhammad ini dan apakah latar belakangnya?

Begitu teruk sekali ketaksubannya terhadap Anwar sehingga membuatkan dia “buta”, “tuli” dan seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras lagi untuk menilai tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sama ada benar atau tidak.

Bukanlah saya mahu menyebelahi Tun M, namun di atas nama berkata benar tentang sesuatu kebenaran, saya berpendapat bahawa kenyataan mantan Perdana Menteri itu sangat tepat mengenai sifat Anwar.

Siapa tidak kenal Anwar dengan janji-janji bohongnya? Kalau sehari tidak berbohong, mungkin Anwar tidak mampu bergerak. Bohong mungkin adalah candu terbaik untuk Anwar berpolitik di zaman millenium ini…

AIC ingat tentang janji “16 September 2008” dulu? Kini kita sudah di tahun 2012, empat tahun selepas janji Anwar itu dilafazkan. Kenapa AIC tidak pertikai tentang janji itu dan melabelkan Anwar memiliki ciri-ciri seorang munafik? Adilkah AIC dalam sokongannya?

AIC masih ingat lagi cerita kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Sebagaimana maklum, Anwar juga dari Pulau Pinang dan pada PRU ke-12 yang lalu dia telah bersumpah kepada penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan geran tanah untuk mereka.

Itu sumpah dan bukan lagi janji. Malah lebih buruk lagi, sumpah tersebut Anwar lafazkan di atas kepala salah seorang penduduk beragama Hindu di kampung itu untuk menyelesaikan masalah mereka sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Pulau Pinang.

Malangnya, selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri, bukan saja tanah kampung tradisi masyarakat India itu dijual kepada pemaju perumahan, malah mereka dihalau secara tidak wajar oleh Guan Eng melalui pemaju tersebut.

Itu baru satu kes dan belum lagi diceritakan bagaimana Anwar berjanji mahu menghapuskan DEB dan meramaikan JUSA dari kalangan bukan Melayu di PRK Bukit Selambau kemudiaannya.

Paling menarik, sekiranya diselak sehelai demi sehelai kitab suci pegangan Anwar, Buku Jingga, beratus-ratus janji “bulan dan bintang” yang dijanjikan Anwar sedangkan dia sedikit pun tidak mengemukakan formula yang realistik dan praktikal untuk melaksanakan janji-janji itu.

Mungkin kerana itulah Anwar rasa sangat tersinggung dengan tema Hari Kemerdekaan, Janji Ditepati, memandangkan dia sememangnya tidak menepati janji-janji yang ditaburkankepada rakyat sebelum ini.

Anwar mahu turunkan harga minyak ke paras paling rendah. Namun dia tidak beri formula terperinci untuk berbuat demikian melainkan mahu menggunakan wang petronas sebagai subsidi kepada rakyat.
Mana kerajaan nak cari duit untuk tanggung kos yang selama ini dibiaya melalui GLC terkaya itu?

Begitu juga baru-baru ini Anwar kecoh mahu menurunkan harga kereta di negara ini. Tapi apakah mereka berfikir secara waras tentang apa yang akan berlaku kepada peniaga kereta terpakai, pengimport kenderaan, Proton, Perodua dan lain-lain pengeluar kenderaan tempatan.

Memang sedap dengar janji Anwar mahu turunkan harga kenderaan. Benda murah, siapa yang tak suka? Tapi rasanya rakyat lebih suka kalau kereta-kereta itu diberi secara percuma kepada mereka. Kenapa Anwar tidak beri kereta percuma saja pada setiap rakyat Malaysia? “Gerenti” menang!

Rasanya AIC perlu berpijak di bumi yang nyata. Saifuddin Safie patutnya bubarkan saja AIC dari terus “hidup segan mati tak mahu”. Atau lebih baik kelab tersebut tubuhkan kelab baru “Anti Anwar Ibrahim Club”, tentu lebih ramai yang akan sertai..kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!