Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 7, 2012

PANASSS..!!! ANAK MUDA DARI MESIR INI MENYESAL SOKONG AMBIGA..!!!

HASHIM NGAH

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Mendengar tindakan yang diambil terhadap Hasyim, PAS yang kononnya “prihatin” cepat-cepat mengambil kesempatan menyelar, mengutuk, mencaci dan memburuk-burukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu yang kononnya “zalim” terhadap para pelajar Malaysia di Al-Azhar…

Selepas puas mengutuk UMNO/BN, barulah PAS kemudiannya berjanji kepada pelajar-pelajar itu untuk menolong mereka mencari dana bagi membantu membiayai yuran dan kos sara hidup mereka sementara menghabiskan pengajian mereka di sana.

Menariknya, khabarnya PAS telah berjaya mengumpul sebanyak puluhan ribu ringgit dari ceramah-ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara bagi membantu para pelajar tersebut.

Dan sememannya melucukan apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Hasyim hanya menerima wang sebanyak RM50 sahaja dari puak-puak PAS..!!! RM50 sahaja? Biar betul..!

Dan kerana RM50 itulah Hasyim menyedari betapa teruknya perangai puak-puak Pakatan Haram, khususnya PAS, yang begitu mudah memanipulasi minda para pelajar Al-Azhar untuk menyokong mereka.

Apatah lagi apabila dia menerima tamparan hebat di mana PAS gagal menunaikan janji parti itu untuk membiayai kos pengajian dan sara hidupnya sehingga tamat pengajian di Al-Azhar.

Ditemani bapanya, Hasyim akhirnya terpaksa menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula oleh Yayasan Terengganu.

Mungkin memahami betapa mudahnya anak-anak Malaysia di luar negara yang tidak tahu apa-apa di luar sana dipengaruhi dakyah jijik pembangkang dan dengan ehsan bagai seorang “ayah kepada anaknya”, pinjaman tersebut diluluskan kembali.

Nak tahu berapa jumlahnya? Pinjaman yang diluluskan kepada anak muda “bekas” peserta Bershit itu berjumlah RM301,144 dan daripada jumlah itu sebanyak RM170,000 bakal digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup Hasyim di sana.

Paling pedih ialah puak-puak Pakatan Haram. Hasyim sendiri mengaku bahawa tindakannya menyertai Bershit 2.0 itu adalah satu tindakan yang sia-sia dan tidak bermanfaat untuk dirinya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab!

Apakatah lagi PAS yang sememangnya memalukan apabila gagal menunaikan janji membiayai dan membela nasibnya, serta dikatakan hanya menyumbang sebanyak RM50 sahaja!

Soalan “cepu mas” untuk dijawab oleh puak-puak PAS, ciri-ciri golongan apakah apabila mereka berjanji dan kemudiaannya mereka gagal serta tidak menunaikan janji tersebut? Ciri-ciri orang munafik atau ciri-ciri orang PAS?

Justeru itu, saya berpendapat supaya para pelajar Malaysia di luar negara agar tidak terlalu cepat terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan jahat para pemimpin Pakatan Haram yang berkunjung universiti-universiti mereka “menjual gula-gula racun berbisa”.

Mungkin para pelajar di luar sana agak terhad untuk mengetahuai cerita-cerita sebenar yang berlaku di tanahair, namun mereka sebagai golongan yang terpelajar, mampu berfikir dengan baik dan adil dalam tindakan sepatutnya memeriksa dulu “gula-gula” yang diberikan pembangkang.

Bukan apa, rakyat Malaysia di tanahair sudah jelak dan makin ramai yang sudah terkena “badi racun” yang diberikan oleh Pakatan Haram sehingga ada yang meraung hiba hampir tergadai punggungnya…

Apakah para pelajar di Al-Azhar mahu menerima nasib yang sama? Jika tidak, pandai-pandailah fikirkan yang terbaik demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Sepatunyalah ditarik balik bantuan yang diberi pada pelajar tersebut, jangan dibantu lagi saya tidak yakin pelajar tersebut benar-benar insaf apabila tamat belajar mereka akan menyerta semula ibarat anjing yang selalu makan tahi kalau tak makan pun akan di hidu gak. biar bagi pengajaran pada dia dan yang lain.

Anonymous said...

Aku ..penduduk Bangi.. semalam satu Ostad berkempen untuk kutip wang bagi penuntut ini.. sebab katanya dianyanyai Kerajaan Tgganu... kata Ostad tu .. sabelum ini ..sisuatu tempat di selangor ..dia syarah baru 5 minit .. hamparan sejadah dipenuhi derma Rm 5000.. jadi malam itu data satu jam dia syarah..jadi faham faham lah bagi jemaah syurau untuk derma sebanyak yg bolih..
sungguh jahat cara dia kutip.. dikutuk fitnah Kerajaan Tganu..dan dia kaut derma...
Alhamdulillah..artikal ini..cukup menyedarkan.. rompakan kopiah putih hijau yg berleluasa ..dewasa ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!