Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 24, 2012

PANASSS AIDILFITRI: Azmin Tak Takut Dosa Besar..?

mak tom

Sudah genap setahun Azmin Ali tidak pulang-pulang menjenguk ibunya di rumah peninggalan ayahnya di Keramat. Bukan saja tidak menjenguk, dia dikatakan langsung tidak menghubunhi ibu tua itu walaupun melalui panggilan telefon.

Kira-kira setahun lalu juga pada Hari Raya Aidilfitri, Azmin mengamuk memaki hamun adik beradiknya dan memarahi ibu kandungnya itu sebelum bergegas merambus dari rumah keluarga mereka. Ke mana dia menuju, ibu tua itu tidak tahu…

Apa yang Mak Tom tahu, dia hanya mampu menangis melihat sikap Azmin yang kurang ajar dan sangat melukakan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan di dalam rahim. Mungkin kerana terlalu marah dan kecewa, Mak Tom sempat menyumpah anak lelakinya yang lupa daratan itu…

Peristiwa perderhakaan Azmin terhadap ibunya itu bukanlah sesuatu yang direka-reka atau sekadar lakonan. Malah ibunya turut dikunjungi media dan meluahkan kelukaan hati seorang ibu berhubung perbuatan Azmin tersebut.

Meskipun dituduh “dipaksa” dan “dibeli” UMNO, Mak Tom sedar tentang anaknya yang sudah jauh “dihanyutkan” oleh petualang sialan yang bernama Anwar Ibrahim yang berjaya meracuni seorang anak muda yang dulunya begitu taat untuk berubah menjadi penderhaka tegar!

Pada Aidilfitri ini, Mak Tom merajuk. Dia “membawa diri” ke Melaka bersama anak-anaknya yang lain dan menyambut hari lebaran di negeri Hang Tuah itu. Ini adalah kali pertama Mak Tom tidak mengambut Hari Raya Aidilfitri di rumah peninggalan ayah Azmin itu sejak 40 tahun.

Mungkin saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran Timbalan Presiden PKR itu mengenai ibunya kini. Dan saya juga mungkin tidak tahu apa yang menjadikan Azmin begitu tegar berkeras melukakan hati Mak Tom.

Namun biar apa pun alasan yang diberikan Azmin, saya tetap beranggapan bahawa dia adalah sememang seorang anak yang derhaka pada ibu kandungnya.

Ini bukan soal politik. Sekiranya seorang pemimpin UMNO sekali pun yang berbuat sebagaimana Azmin terhadap Mak Tom, sudah tentu saya akan memberikan label yang sama. Sekiranya Azmin Presiden UMNO sekali pun, saya akan tetap mengatakan dia adalah PENDERHAKA!

Bukankah jelas tentang firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang menyatakan adalah berdosa bagi mana-mana hambanya untuk melukakan hati ibunya meskipun dengan berkata “uh!” sekali pun? Azmin tidak belajarkah tentang firman Allah itu?

Bukankah jelas bahawa Islam menggariskan bahawa menderhaka dan menyakitkan hati seorang ibu itu dikategorikan para ulama Islam sebagai salah satu dosa besar?

Dalam hal ini, Azmin bukan sekadar mengeluarkan kata “uh!”, malah dia dikatakan menengking dan selama lebih setahun tidak kembali bertemu dengan ibunya untuk meminta maaf di atas kebiadapannya itu.

Meskipun ibunya pernah menjelaskan tentang insiden ini dan merayu Azmin untuk pulang ke pangkuannya sambil airmatanya berlenangan di pipinya, Timbalan Presiden PKR itu tetap degil dan tidak terbuka hatinya untuk mentaati permintaan ibunya itu.

Pada saya, manusia seperti itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai insan. Malah dia lebih layak dianggap sebagai “binatang” atau “syaitan” yang bertopengkan manusia.

Saya tidak marah sekiranya dia mahu terus bersama PKR atau terus menjadi “hamba” Anwar, namun sebagai anak yang dididik dan diberikan pelajaran yang cukup sempurna oleh kedua ibubapanya, dia sepatutnya mendahulukan ibunya berbanding perkara lain di dunia ini.

Malah, ada sabda Rasulullah SAW yang memerintahkan umatnya untuk berhenti serta merta ketika mendirikan solat dan menyahut sekiranya  dipanggil oleh ibunya.

Malah sabda Rasulullah SAW, ibu adalah manusia paling berhak untuk dilayan sebaik-baiknya oleh seorang anak berbanding manusia lain di muka bumi ini. Saya petik sabda Rasulullah SAW yang tertulis di sudut sebelah atas kanan portal ini;
Abu Hurairah RA berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.
Saya tertanya-tanya, apakah Anwar, Nik Aziz dan para pemimpin Islam di dalam Pakatan Haram ulas mengenai penderhakaan kubra Azmin Ali ini dan apakah mereka masih redha untuk menjadikan seorang penderhaka kepada ibu kandungnya sendiri untuk menjadi pemimpin Rakyat?

Sekiranya Anwar pernah “memecat” Dr. Hasan Ali melalui Azmin sebelum ini, apakah PAS tidak boleh bertindak “memecat” Azmin melalui Mat Sabu, Mahfuz Omar, Tuan Ibrahim atau Salahuddin Ayub? Nik Aziz ada masalah sakit tekak sampai hilang suara, kah?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

apa lah sangat pasal emak dia tu. bini dia pun dia dah sedekah kepada kekasih dia...besar dosa dia tu, dosa bini berzina, dia dayus, dia bersubahat, air krim lagi....dosa pahala bukan lagi dalam kehidupan harian dia. apa status sasaorang sekiranya dia tidak ambil peduli hukum-hukum islam? sila lah jawab

Bila Kak Su Bersuara... Heh!