Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 8, 2012

KRISIS AIR KELANTAN: ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SELAGI RAKYATNYA TAK BERUBAH...


ISLAM itu adalah sebuah agama yang cintakan kebersihan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, Islam itu merupakan sebuah agama yang bersih lagi suci. Bak kata pujangga Islam di zaman silam, kebersihan dan Islam tidak dapat dipisahkan.

Begitulah pentingnya kebersihan di dalam agama rasmi negara. Bila disebut soal kebersihan, tidak dapat tidak, ia sudah tentu sangat berkait rapat dengan air yang menjadi mekanisma untuk membersihkan sesuatu di dalam muamalah kehidupan manusia.

Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan air. Buktinya, boleh dikatakan setiap tahun, negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan mengalami banjir yang agak teruk sehingga pernah menenggelamkan banyak kampung di sana.

Namun, sedar atau tidak, rakyat negeri Kelantan sangat sengsara akibat tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna sebagaimana yang dinikmati oleh negeri-negeri lain di negara ini.

Kira-kira lebih 20 tahun yang lalu, PAS telah berjaya menawan Kelantan dari pentadbiran UMNO/BN dan sejak itulah PAS telah diperintah oleh seorang bekas guru subjek agama Islam, Nik Abdul Aziz, yang kemudiannya di angkat menjadi “Tok Guru Spiritual” atau “Mursyidul Am” parti itu.

Ketika itu, pentadbiran negara masih lagi ditunjangi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang genius Melayu Muslim yang diiktiraf sebagai “arkitek pembangunan negara”.


Nik Aziz kemudiaannya telah melakukan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir dan merayu kepada negarawan itu untuk mengambil alih perkhidmatan air di Kelantan di bawah pengurusan Kerajaan Negeri.

Tun Dr. Mahathir meluluskan permohonan Nik Aziz itu dengan senang hati dan mungkin beliau mahu melihat sendiri sehebat mana Mursyidul Am PAS itu menguruskan sesuatu yang menjadi asas kebersihan komuniti Islam di negeri tersebut.

Namun kini, sudah lebih 20 tahun Nik Aziz mentadbir negeri Kelantan dan dianggarkan bahawa lebih dari 60 peratus rakyat di negeri itu tidak menerima bekalan air bersih. Itu fakta terkini.

Rata-rata rakyat di negeri Kelantan memang menerima bekalan air. Tapi bekalan air yang diterima mereka itu bukanlah bekalan air bersih, tapi lebih tepat kalau dikatakan bahawa mereka lebih 20 tahun menerima bekalan air “keruh”!


Air yang bercampur dengan keladak yang tebal sering masuk ke mulut mereka ketika minum, berkumur, memasak, membasuh dan ada di kalangan rakyat Kelantan yang tinggal di pedalaman lebih gemar mendapatkan air dari aliran jeram di dalam kawasan hutan berdekatan.

Menurut mereka, sumber air jeram dan telaga dikatakan lebih bersih serta jernih berbanding sumber air yang dibekalkan oleh anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd.

Persoalannya, apakah seorang pemimpin “suci” yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak mampu memastikan umat Islam dan rakyatnya menikmati air bersih walaupun diberi peluang menguruskan masalah itu lebh dari 20 tahun?

Memang tidak munasabah sekiranya ia gagal diselesaikan oleh seorang yang kononnya mementingkan Islam, sedangkan Islam itu mementingkan kebersihan, termasuk sumber yang membersihkan kehidupan umatnya.

Apa Nik Aziz rasa sekiranya jubah, ketayap, izar dan serban putihnya itu dibasuh dengan air keruh berkeladak serta kemudiaannya bertukar warna menjadi kuning keperang-perangan?
Marah? Geram? Rasa tidak yakin dengan kebersihan pakaiannya?

Begitulah yang dirasai oleh pakcik makcik, paksu maksu, adik kakak dan abang sebagai rakyat di Kelantan selama 20 tahun. Mungkin bekalan air di rumah Menteri Besar itu bersih dan jernih, dan itu menjadikan Nik Aziz tidak menghiraukan bekalan air “keruh” di rumah rakyat marhain?


Mungkin kerana sifat semulajadi yang ada pada ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, yang sering turun padang dan merasai sendiri kesulitan serta masalah rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir Kelantan suatu hari nanti.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada rakyat di negeri itu sama ada mereka masih mempercayai individu biasa yang bertopengkan kewarakan seperti Nik Aziz yang jelas tidak tahu berkhidmat untuk rakyat, atau mereka wajar percaya kepada seorang insan “versatile” yang terbukti mahir memberi khidmat terbaik buat rakyat.

Semuanya terletak kepada kebijaksanaan rakyat Kelantan sendiri dan kali ini mungkin mereka sedar tentang betapa pentingnya mereka memilih BN pada PRU ke-13 yang akan datang di mana segala kemudahan asas dan kehidupan mereka untuk beribadah kepada Allah lebih terjamin, Insyaallah.

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!