Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 2, 2012

KHALID GAGAP GUNA DUIT RAKYAT MACAM DUIT BAPAK DIA PUNYA..!!!

rafizi

Sebagaimana maklum, hari ini dunia politik negara gempar apabila bekas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah ditahan polis dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen kewangan NFC di khalayak ramai.

Bekas pelajar Leeds Universiti itu dituduh melalui BAIFA yang melarang sama sekali akaun kewangan bank mana-mana syarikat untuk didedahkan sewenang-wenangnya.

Lebih menarik ialah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan satu dana khas bagi membantu Rafizi membiayai kos guaman pendakwaan tersebut!

Pada saya, penangkapan Rafizi memang sudah dapat dijangka lebih awal memandangkan dia terbukti mendedahkan dokumen terlarang NFC kepada media tidak lama dulu. Media yang membuat liputan mengenai berita itu punya bukti kukuh menunjukkan perlakuan Rafizi itu.

Agak menghairankan apabili seorang yang terpelajar tidak tahu mengenai BAIFA yang melarang tindakan tersebut dan selamba mengaku tidak bersalah di kandang tertuduh?

Namun apakan daya, mungkin atas dasar mahu naik cepat dengan mengejar publisiti murahan di dalam dunia politik, Rafizi mengenepikan undang-undang itu demi melonjakkan namanya. Jadi, jawablah sendiri di mahkamah nanti.

Apa yang menghairankan saya di sini ialah mengenai Khalid Ibrahim yang tiba-tiba menyatakan di dalam laman sosial twitternya bahawa kos guaman Rafizi bagi kes itu akan dibantu oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor.


Bila disebut soal “kos”, maka sudah tentu ia akan membabitkan soal kewangan dan bila disebut soal “membiayai” maka ia sudah tentu membabitkan sejumlah wang yang akan diberikan kepada Rafizi bagi menyelesaikan pembiayaan guamanannya bagi kes itu.

Apa yang “istimewa”nya ialah kenyataan Khalid itu mendedahkan bahawa dana bantuan kos guaman tersebut adalah bersumberkan dari Kerajaan Negeri Selangor!

Bila melibatkan sejumlah peruntukan kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor, maka tentulah ia bakal melibatkan wang rakyat Selangor.

Persoalannya, apakah rakyat Selangor berikan wang mereka kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan membantu pemimpin politik Pakatan Haram yang didakwa di mahkamah? Apakah rakyat Selangor menghalalkan wang mereka digunakan untuk tujuan itu?

Saya tertanya-tanya, sejak bila Kerajaan Negeri Selangor menyediakan dana khas untuk membantu kos guaman bagi kes individu-individu di mahkamah?

Kes Rafizi yang melanggar BAIFA itu adalah sebuah kes yang melibatkan hal peribadi aktivis PKR itu. Tindakan yang dibuat oleh Rafizi itu juga dibuat atas kapasiti politik dan jelas tidak melibatkan langsung Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi, apa halnya Kerajaan Negeri Selangor mahu menyediakan bantuan kos guaman untuk kes Rafizi?

Jelaslah bahawa di sini kita dapat melihat bagaimana Pakatan Haram tidak telus di dalam menjaga amanah wang rakyat Selangor. Wang rakyat digunakan begitu saja untuk menyelamatkan pemimpin PKR di mahkamah.

Saya percaya, mungkin bukan Rafizi saja yang mendapat bantuan kos guaman dari Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini, berkemungkinan besar ramai lagi pemimpin Pakatan Haram yang menggunakan dana rakyat untuk kepentingan peribadi mereka.

Justeru itu, penyelewengan wang rakyat Selangor itu perlu disiasat sedalam-dalamnya oleh pihak berwajib dan memandangkan SELCAT seolah-olah tidak berfungsi di dalam menjaga ketelusan perbelanjaan wang rakyat oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor, maka ia wajar dibubarkan.

Lagipun, sudah banyak kali SELCAT “tutup mata” bila didedahkan mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim dan elaun yang diterima anggota panel SELCAT pun bukannya sedikit, bukan?

Justeru itu, rakyat Selangor wajar “membuka mata” mereka melihat kepincangan dan penyelewengan wang mereka yang diuruskan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Saya percaya, majoriti rakyat Selangor “tidak buta”, bukan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Panglima Perang said...

salam perjuangan tuan. Blog tuan telah saya pautkan. pohon tuan pautkan blog saya yang kerdil ini.www.myhomesoil.blogspot.com Moh kite tentang kebatilan PR!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!